Thursday, October 27, 2011

Pilihlah Antara 2

Assalamualaikum.

Dalam perniagaan, jika kita tidak jatuh, kita pasti akan memperoleh keuntungan tidak kiralah besar atau kecil keuntungan yang diperoleh. Seorang peniaga/ahli perniagaan yang berhati-hati dan mempunyai persiapan secukupnya insyaallah akan beroleh kejayaan dan begitu juga sebaliknya..

Dalam sebuah pertandingan, jika tidak kalah, jawapan yang sebaliknya ialah kita pasti akan menang tidak kiralah kemenangan yang kecil atau besar. Peserta yang gigih berusaha insyaallah akan beroleh kejayaan dan begitu juga sebaliknya..

Dalam sebuah perkahwinan, jika tidak diakhiri dengan perpisahan, pasangan suami isteri tersebut pasti akan hidup bersama sehingga ke akhir hayat. Pasangan suami isteri yang berusaha mempertahankan rumahtangga mereka dengan menanam sikap bertolak ansur, saling memahami dan sebagainya akan beroleh kebahagiaan dengan izin Allah..

Dalam kehidupan seharian kita, jika tidak diuji dengan kesakitan, maka insyaallah kita akan hidup sihat sesihat sihatnya. Syukur alhamdulillah.

Begitu juga dengan pengakhiran hidup seseorang manusia. Jika ianya tidak diakhiri dengan sesuatu yang baik, maka yang sebaliknya pula akan terjadi. Masuk ke syurga, atau neraka.

Apa-apa pun semuanya terletak pada diri sendiri. Pilihan sudah terpampang di hadapan mata, cuma mahu atau tidak saja.

Kadang-kadang terasa pelik sendiri, kenapa walaupun sudah tahu sesetengah perkara itu salah dan memang jelas mendatangkan dosa, tapi diri masih lagi melakukan kesalahan yang sama. Walaupun macam-macam jenis manusia sudah memberi peringatan, hati masih lagi kaku, peringatan itu langsung tidak mendatangkan kesan kepada diri. Bukan itu saja, malah dijadikan peringatan itu umpama satu bentuk gurauan.


Saya selalu terfikir, bila agaknya saya dan awak yang degil ini mahu berubah.

Mungkin saya dan awak yang degil perlu diberitahu bila waktunya kita akan pergi menghadapNya, lepas tu baru nak berubah? Ataupun saya dan awak yang degil perlu diberitahu yang dunia akan kiamat dalam masa beberapa jam saja lagi, baru mahu berubah? Bukan? Jadi bilakah? Esok? Lusa? Bila dah tua nanti? Sempat tak agak-agaknya? Persoalan-persoalan sebegitu yang selalu membuatkan saya takut. Mahu tidur malam pun susah kerana teringatkan dosa-dosa yang lalu..



p/s : Baru-baru ini, saya amalkan minum jus MonaVie, parents yang suruh minum. Minum 30ml 2 kali sehari. Apa yang pasti, jus ini bukannya boleh membuatkan saya hidup lebih lama, cuma mungkin dia boleh menentukan seberapa sihat saya boleh hidup, itupun hanya dengan izin Allah..

4 comments:

  1. hidup jua hanya ada dua pilihan..

    "Dan Kami telah tunjukkan jalan kebaikan dan jalan keburukan"[90:10]

    Moga kita sentiasa buat pilihan yang baik

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang manusia tau apa yg dibuat itu salah, cuma perasaan untuk berubah itu tidak ada atau belum ada..itulah dinamakan hidayah. hidayah dtg dari Allah..hanya yg betul2 mencari akan mendapat hidayah tersebut.wallahualam kak zana ^_^

    ReplyDelete
  3. Amin Baek : Thanks for your comment.. =)

    Insyaallah. Amiin...~

    ReplyDelete
  4. Armiza Aris : Betul..bruntung bg yg mndpt hidayahNya..

    Thanks Mija.. =)

    ReplyDelete