Sunday, July 22, 2012

Q.U.I.T. ?

Assalamualaikum.

Puasa kali ini sudah puasa yang ke-3 saya bergelar blogger. Cepat betul masa berlalu. Puasa tahun tahun yang akan datang belum tentu lagi. Rasa-rasa macam mahu quit dari menjadi blogger. Ada banyak faktor, salah satunya, tidak mahu terlalu meng'expose'kan diri di alam maya ini. Atau mungkin, blog ini nanti hanya akan memuatkan perkongsian resepi-resepi yang saya telah cuba. Apa pun, we'll see. Tiada kata putus lagi buat masa ini :)

Selamat Berpuasa!

Dubai, United Arab Emirates

Assalamualaikum.

Sambungan dari entri yang lalu, saya dah berjanji kan mahu buat entri tentang Dubai nie, jadi hari ini baru ada   
kesempatan+peluang+mood untuk update semula entri yang sudah lama terbengkalai di draft inbox saya tu..:)

Jom ikuti kisah ini..

Perjalanan ke Dubai dari Abu Dhabi memakan masa hampir 3 jam jika menaiki shuttle yang disediakan pihak penginapan MLC, tetapi jika menaiki kereta mungkin lebih cepat. Pada pandangan saya Dubai merupakan sebuah bandar yang sangat cantik dan mempunyai pembangunan terancang

Sewaktu di Dubai, saya bersama tiga lagi orang rakan menggunakan perkhidmatan teksi untuk membawa kami jalan-jalan sekitar bandar Dubai. Harga tambang ialah 100 Dollar (lebih kurang RM200++) untuk tempoh masa 4 jam. Pelbagai tempat menarik yang kami singgah seperti Dubai Creek, Heritage Village, Jumeirah Open Beach, Burj Al-Arab, Madinat Souk, Gold Souk, the Atlantis, beberapa hotel-hotel ternama sekitar Dubai, sebuah masjid yang terkenal di kalangan pelancong, Dubai Mall, Burj Khalifa dan ada lagi beberapa tempat yang saya lupa namanya. 


Burj Khalifa, Dubai
Kami sampai di Dubai Mall pada waktu petang. Antara yang menarik di mall ini ialah ia mempunyai akuarium yang sangat besar di dalamnya. Selain itu, dibahagian luar mall ini terdapat persembahan air pancut yang sangat tinggi. Persembahan air pancut ini bermula pada jam 6 petang, dan mengambil masa lebih kurang 10 minit. Agak menarik persembahan air pancut tu sebab dia akan menari-menari mengikut rentak lagu yang dimainkan. 

 
 Pemandangan Burj Khalifa waktu malam. 
Gambar waktu siang ada juga, tapi bila upload dia jadi tak cantik :')


Madinat Souk
Di sini ada menjual pelbagai jenis cenderahati seperti key chain, baju, kasut dan lain-lain. Tapi harganya agak mahal di sini. Tapi yang menarik ialah suasana shopping di sini agak convenience dan unik. Toilet kat Madinat Souk ini amatlah cantik, macam tak sesuai pula dipanggil toilet. Huhu.

Madinat Souk


Hotel 5 Bintang
Berikut merupakan salah satu hotel 5 bintang yang sempat kami kunjungi. Penginap hotel di sini boleh menaiki bot yang disediakan untuk bergerak dari satu bilik penginapan ke bilik penginapan yang lain dan juga untuk ke tempat-tempat yang lain. Memang terpesona lah kan. Itu baru saya lihat dari luar, kalau masuk ke dalam bilik penginapan ini mesti lagi luar biasa. Macam tak sesuai pula dengan taraf 5 bintang. Ini macam sudah berbintang-bintang je kan..






Cantik..:')


Heritage Village
Kemudian kami ada melawat di Heritage Village. Di sini juga ada menunjukkan khemah-khemah yang digunakan oleh penduduk tempatan yang tinggal di padang pasir. Tapi mungkin untuk zaman dulu-dulu saja. Bagi saya tempat ini walaupun settingnya agak menarik, tetapi sudah seakan-akan terbiar dan tiada penjaga. Tapi view di tepi sungai kat sini agak mengusik jiwa juga. Hehe.








Dubai Creek
Di Dubai Creek ini kami cuma sempat mengambil beberapa keping gambar saja. Di sini sebenarnya ada sebuah restoran atas kapal, kalau sesiapa yang ada budget lebih tu kalau berminat boleh lah cuba :)
Tengah cuaca sejuk berangin duduk di Dubai Creek ini memang best :)

Masjid, Dubai
Ini merupakan salah sebuah masjid yang sempat kami lewati sewaktu di sana. Tapi obviously gambarnya tidak begitu menarik apabila di upload di blog ini. Saya pun kurang pasti mengapa.

Antara sebuah masjid yang terdapat di Dubai. 




Setakat nie je yang dapat saya kongsikan. Sebenarnya banyak lagi gambar lain yang tidak dapat di upload lagi sebab masalah teknikal. Hurm. Tak mengapalah. Hehe.

Selamat Berpuasa semua. Assalamualaikum :)


p/s: Sudah lebih kurang 5 bulan post ini tersadai di draft inbox saya. Salah satu faktor utama adalah kerana gambar-gambar banyak yang tidak dapat di upload dengan sempurna. Apa-apa pun yang penting lega sebab dapat publish entri yang dah tertunda sekian lama nie.