Tuesday, December 28, 2010

Kematian Hati

Antara Tanda-tanda Hati Telah Mati
  • Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya
  • Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda
  • Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
  • Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya
  • Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya
  • Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
  • Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
  • Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya
  • Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
  • Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya

Sebab-sebab Kematian Hati
  • Hubbul dunia (kasihkan dunia)
  • Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
  • Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah

Hidup Hati Itu Kerana 3 Perkara

  • Zuhud dengan dunia
  • Zikrullah
  • Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah

Oh status hati kita pula bagaimana?Masih hidup?Kesakitan?Nazak?Atau mati sudah?huhu..ayuh 'renovate' hati kita sebelum terlambat!




P/S:Tuan blog ini tidak terkecuali ya.








Monday, December 27, 2010

Must Read!-Khusus untuk Wanita

Assalamualaikum semua. Maklumlah sekarang waktu cuti, jadi saya punya banyak masa untuk menjelajah dari blog ke blog. Terjumpalah satu entry ni disatu blog yang juga entry ini diambil dari blog yang lain, sesuai untuk pembaca wanita di luar sana. Harap sudilah membacanya :)

.................x....................

Sewaktu saya bersiar-siar di KLCC, Mid Valley, Times Square dan seribu satu pasaraya lagi, hampir setiap kali saya akan berjumpa dengan remaja Melayu yang tidak ada langsung ciri-ciri kemelayuan.
Sekali pandang persis Minah dan Mat Salleh. Rambutnya berwarna-warni, didandan pula dengan mekap beserta aksesori, ditambah pula dengan skirt singkat, memang serupa dengan orang kulit putih, cuma kulit mereka sahaja masih Melayu.
Kenapa ya? Kalau adapun remaja Melayu, jiwa dan pakaian mereka membuatkan seolah-olah saya sedang membeli belah di pasaraya ternama di New York atau Hong Kong. Hebat bukan?
Saya akui, fesyen mampu mencipta satu suasana yang berbeza. Cuba bayangkan sebentar, kamu sekarang di Mid Valley dengan berjubah, dan hampir semua manusia di sekelilingmu berpakaian jeans ketat dan berskirt singkat, bukankah kamu akan gusar?
Mana tidaknya, apa yang kita fikirkan ialah apa yang orang lain fikirkan terhadap kita. Betul?
"Eh, Minah ni, pakai jubah pula."
Dalam zaman yang serba canggih, hatta pakaian sekalipun mahu dicanggihkan (bukan jenama canggih). Saya juga hairan, entah dari mana pereka-pereka fesyen ini mendapat ilham.

Mereka mencipta pakaian dalam pelbagai versi, dedah belakang, tutup depan, dedah atas dan tutup bawah. Semua kelihatan hebat di mata kita kerana ia adalah sesuatu yang lain dalam norma masyarakat kita. Bukankah anda suka kalau anda menjadi perhatian?


Kita & Fesyen
Teringat sewaktu saya dan dua orang teman lama bertemu, kami menghabiskan masa dengan membeli belah. Saya dan Si A mahu membeli pakaian. Al-kisah, singgahlah kami di sebuah kedai pakaian di East Cost Mall, dan ketika membeli kemeja, saya memilih kemeja yang agak labuh manakala teman saya, si A memilih kemeja biasa. Lalu saya ditegur begini :
"Eh, Aishah, kenapa labuh sangat?".
Saya tergamam. Kelu lidah seketika. Walhal sebenarnya akal saya mencari-cari idea untuk membalas soalannya yang bagi saya tidak perlu dijawab.

"Erm, memang saya suka jenis yang macam ini."


Sikap Umat Kita

Di zaman fesyen bohsia bohjan dijaja, akhlak umat Islam entah kemana, saya merasakan sesuatu telah hilang dalam diri kita. Sesuatu yang hilang itu yang pernah berlaku pada umat terdahulu; yang menyebabkan kita kehilangan zaman-zaman indah kegemilangan Tamadun Islam.


Apa yang Hilang?
Izzatul islam. Perasaan bangga dengan Islam. Saya percaya umat kita sudah hilang perasaan bangga sebagai seorang Muslim. Mana tidaknya, kita sendiri yang merasa malu apabila berpakaian mengikut syariat, apabila tidak berhias, berdandan dan tidak mengikut trend fesyen.
Seolah-olah Muslim yang mengikut syariat tergolong dalam golongan yang terasing jika berpakaian menutup aurat kerana kebanyakan manusia berfesyen dengan fesyen dedah-dedah.
.......................x..........................
Ada satu lagi cerita. Harap siapa yang sudi membaca tidak jemu.
Saya berasal dari sebuah sekolah biasa, maka adab dan sosial pelajar-pelajar juga biasa-biasa sahaja. Apabila saya dan kawan bertudung jenis kain akel, saya dan teman baik dipanggil ustazah. Tinggi sungguh penghargaan yang diberi pada kami.
Suatu hari, kawan saya memakai tudung labuh. Usai solat Isyak di surau sekolah, dia keluar. Merah padam mukanya apabila memasuki kelas gara-gara semua mata memerhatinya dari surau sehingga ke kelas. Terpaksalah dia menyorok seketika di dalam tandas.
Saya tahu, barangkali kamu terlupa sekali-sekala untuk memakai lengan panjang, terlupa untuk menutup rambutmu yang ikal mayang, terlupa untuk memakai seluar di bawah paras lutut dan seribu satu lagi kelupaanmu.
Tapi kamu jangan lupa, malaikat yang mencatat amalanmu di kiri dan kanan tidak pernah lupa untuk menulis amalanmu. Dan yang paling kamu tak boleh lupa, Pencipta kita sentiasa memerhatikan kita. Maha Suci Allah dari sifat hamba-Nya yang pelupa. Kalau hari-hari lupa, sampai bila kesudahannya?
Barangkali juga kamu tahu menutup aurat penuh itu wajib. Cuma kamu masih belum kuat untuk berubah. Kamu tahu, memakai tudung perlu menutup dada, memakai baju jangan yang ketat-ketat dan nipis, apabila berhias biarlah berpada-pada.
Tetapi kamu jangan lupa, kekuatan itu datangnya dari iman. Dan iman itu datangnya dengan keyakinanmu pada janji Tuhan. Apa kamu sudah lupa mengapa Allah memberi arahan sedemikian?
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (An-Nur :31).
Maka saya membuat kesimpulan peribadi. Kebanyakan kita berpakai mengikut undang-undang budaya bukan syariat lagi. Kalau tidak, mana lahirnya golongan pakai jubah tapi tak bertudung, apabila bertudung pula, baju hampir-hampir tanpa lengan, kain pula terbelah depan belakang?

Kalau lelaki pula, seluar ketat-ketat, seluar singkat-singkat. Mungkin begini, lahir-lahir ibu bapa pakai begitu, maka anak-anak juga mengikut apa yang dipakai ibu bapa. Kita pakai ikut budaya tanpa tahu dalilnya?


Prejudis Terhadap Diri Sendiri
Seringkali bila memikirkan masalah umat, saya hairan, mengapa umat Islam lewat zaman ini bersikap prejudis terhadap saudara sendiri? Mengapa apabila ada yang cuba-cuba "berhijrah" ke arah yang lebih baik, akan ada nada-nada sumbang di belakang yang memandang serong?

Bukannya mahu diambil yang jernih dibuang yang keruh. Apatah lagi memberi sokongan, tapi ia dipulaukan pula semata-mata kerana mentaati perintah Allah. Masya-Allah saudaraku, cepat-cepatlah hisab diri!


Sabda Rasulullah S.A.W:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasululah saw. ,"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing." -H.R. Muslim
Lihatlah saudaraku, Islam kembali asing di akhir zaman ini dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Kita sendiri yang merasa ganjil dan pelik tatkala melihat orang Islam yang iltizam dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar.
Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang normal di kalangan mereka.
Dan begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang mengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam.
Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api." H.R. Tirmizi
Di zaman yang sangat mencabar ini, sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran Islam terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau tidak bersungguh-sungguh, nescaya Islam terlepas dari genggamannya.

Kerana apa? Kerana umat Islam sendiri tidak membantu untuk dia menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. Jadi kesimpulannya, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan.


Lecehnya Islam
Ada yang mempersoalkan, kenapalah perempuan diperintahkan menutup aurat hampir keseluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan? Kenapa lelaki tidak?
Jawapannya pada saya mudah. Kerana yang Allah perintahkan untuk kita tutup itu adalah yang indah-indah belaka. Tanpa perlu lagi dikiaskan dengan analogi palsu yang sudah dihadam oleh kita (analogi permata dalam bungkusan), kita pasti faham. Buktikan pada saya, dimana perempuan tidak cantik?
Tiada!
Tapi lelaki, diberatkan pula dengan amanah dan tanggungjawab. Menjadi lelaki bagi saya umpama bakal memikul sebeban gunung. Mana tidaknya, kalau sudah berkahwin, keluarga sendiri perlu dijaga, ibu dan ayah perlu diutama, anak isteri juga dipikul dosa, nafkah pula perlu diusaha, bukankah itu amanah besar dari Tuhan?
Saya menulis ikhlas dari hati. Untuk kakak, adik, ibu, ayah, abang, kawan, teman, dan Muslim semuanya. Semua ini tanda kasih dan sayang bersama. Kerana saya tahu, syurga dicipta untuk semua hambanya. Maka,saya mahu masuk bersama kalian. Sungguh, syurga itu mahal nilainya, dan jalan menujunya tidak semudah yang kita sangka. Maka, berubahlah dari sekarang.

Marilah kita sama-sama berubah menuju ke jalan-Nya.




............................x...............................
Peringatan ini untuk tuan empunya blog ini juga..sekian wassalam.. :)


Wednesday, December 22, 2010

W.A.N.I.T.A

Dua tiga hari ini hati tidak berapa tenteram dek kerana banyak ura-ura dari rakan-rakan di facebook yang mengatakan result peperiksaan sudah keluar! Begitulah resam hidupku sepanjang hampir tiga tahun dalam pengajian di Universiti Malaya ini (tak termasuk PASUM), baru saja lebih kurang dua minggu bercuti, baru saja nak tenang-tenangkan diri daripada dihambat 'assignment','test','report',pembentangan etc. selama satu semester, atau juga dalam bahasa pasarnya "belum sompek eden nak tarik napeh laie.." kami sudah dikejutkan dengan 'result exam' pula.

Tetapi tak mengapalah, disebalik semua ini terselit juga rasa bangga dengan sistem pengurusan Bahagian Peperiksaan UM yang setakat ini saya rasa cepat dan lancar je. Tahniah. Setakat ini masih ada dua subjek lagi yang belum saya ketahui grednya. Hanya mampu berdoa supaya dapat gred yang baik-baik saja. Ok kita tangguhkan dulu perbincangan tentang 'result exam' ya..

Hari ini saya ingin berkongsi sebuah lirik lagu khas buatmu kaum hawa diluar sana. Bait-bait liriknya boleh kita jadikan pedoman untuk membina peribadi seseorang wanita yang hidupnya seringkali diuji dengan pelbagai dugaan dan mudah saja terdedah kepada fitnah dunia.


‘Takutlah (berhati-hatilah) kalian dengan dunia dan takutlah kalian terhadap fitnah wanita, kerana sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa bani Israil adalah dalam urusan wanita.’ (Hadis Riwayat Muslim)

Jom kita hayati liriknya..^^

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan



Tajuk:Wanita
Lirik Lagu: DeHearty

Tuesday, December 14, 2010

Model Tudung?

Cuti semester datang lagi. Sudah sekian lama cuti ini ditunggu-tunggu. Maklumlah, kali terakhir saya dapat bercuti semester ialah ketika ditahun pertama dahulu. Cuti semester pertama tahun kedua saya telah diisi dengan pelbagai kerja lapangan dimerata-rata negeri manakala cuti semester kedua tahun kedua pula telah diisi dengan program latihan industri. Rasa-rasanya ini mungkin cuti semester saya yang terakhir untuk pengajian peringkat ijazah sarjana muda ini. Kenapa? Sebab cuti semester kedua tahun ketiga nanti saya perlu menyiapkan penulisan untuk Projek Tahun Akhir pula!

Oleh itu, untuk mengisi waktu-waktu lapang masa cuti ini, macam-macam aktivitilah yang saya lakukan. Antaranya ialah....haha...jadi model untuk mempromosikan tudung rekaan abang dan kakak ipar saya..wah3....:) Untuk maklumat lanjut anda bolehlah klik disini.











Yang ini pula ialah anak buah saya. Huh melihatkan kerenah dia ni membuatkan saya terfikir macam manalah agaknya tuan pengarah drama atau filem mengendalikan kerenah pelakon kanak-kanak ya! haha. Mana tidaknya..

Kak Su: "Cepatlah kakak pakai tudung yang ni pulak"
Izzah: "Alaaa...ada berapa tudung lagi ni mama su?"
Kak Su:"Ada sepuluh lagi ha baik kakak pakai cepat!"
Izzah:"Hah?Sepuluh?Oh My God!"

Asyik 'Oh my god!' je dia memanjang. Lepas tu kerja belum habis sudah minta upah! Haha.. :p
Ini dia kakak Izzah. Jom kita tengok pose dia :)
















Baiklah, rasanya itu saja yang dapat saya kongsikan pada entry kali ini. Jika ada yang berminat pada 'design' tudung-tudung yang berkenaan bolehlah lawati laman web seperti yang telah saya 'link'kan diatas atau boleh saja klik disini ya.


Sekian saja. Assalamualaikum.. :)

Tawakal

Semester pertama tahun ketiga kini sudah berlalu. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa semester yang baru berlalu ini merupakan semester yang agak mencabar. Mengambil sembilan subjek dalam satu semester bukanlah sesuatu yang mudah. Tambahan pula jadual peperiksaan yang agak rapat-rapat dan adakalanya bertindan dua peperiksaan dalam satu hari menjadikannya lebih menguji KESABARAN. Walaubagaimanapun, usaha sudah dilakukan, seterusnya hanyalah mampu bertawakal kepada yang Khaliq untuk menentukannya. Mudah-mudahan yang terbaik yang akan diperoleh.

Allah S.W.T berfirman:

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan, memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan, barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan(keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah Ath-Thalaaq: 2-3).

Monday, November 1, 2010

Braces oh Braces

Assalamualaikum kepada pembaca..

Hari ini bermulalah sudah study week yang ditunggu-tunggu. Cuti study week semester ini agak istimewa kerana digabungkan dengan 2 minggu cuti khas semester. Jadinya, semua pelajar mempunyai masa 3 minggu cuti untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan semester akhir nanti. Mudah-mudahan cuti ini bermanfaat untuk kita semua insyaallah...^_^

Post saya pada kali ini ialah untuk menunaikan janji saya pada 'Lai' iaitu seorang pembaca blog ini yang ingin mengetahui sedikit sebanyak pengalaman saya memakai BRACES.

*minta maaf ye 'Lai' sebab lambat sikit post tentang ni


(Ini bukan gigi saya...:) )

Pada bulan Disember akan datang ini genaplah 2 tahun saya memakai braces. Bercerita tentang pengalaman awal-awal memakai braces ini dulu memang agak menyakitkan. Lebih kurang 2 minggu pertama pemakaian braces ini saya tidak boleh memakan makanan yang keras (pada ketika ini nasi juga dianggap keras ya). Hanya bubur atau nasi lembik saja yang menjadi menu harian. Kadang-kadang ada juga mak dan kakak saya memasak makanan kegemaran seperti nasi ayam madu dan nasi kerabu, rasa rugi sangat tak makan, dah la dapat balik ke kampung pun jarang-jarang, jadi apa yang saya buat ialah saya siatkan isi ayam tu halus-halus dan bila dah masuk dalam mulut tu pandai-pandaila sama ada nak telan terus ke atau nak hisap bagi lembik dan lain-lain. Apa yang pasti, makanan kegemaran yang biasa dapat dihabiskan dalam masa beberapa minit saja satu pinggan telah mengambil masa hampir satu jam untuk dihabiskan. Mulut, gigi, gusi semuanya terasa sengal-sengal dan sakit yang amat. Doktor saya ada juga sediakan 'pain killer' untuk dimakan jika rasa sakit tu benar-benar tak tertanggung.

Tentang rawatan pula, sebulan sekali saya perlu berjumpa dengan doktor supaya dia dapat melihat perkembangan gigi saya dan menukar 'wayar' didalam mulut saya mengikut kesesuaian keadaan gigi ketika itu. Ada ketikanya saya perlu memakai getah, dan jumlah getah yang paling banyak saya pernah pakai di dalam mulut ialah sebanyak 5 getah. Setiap pagi getah ini perlu saya ganti sendiri dengan menggunakan getah baru yang dibekalkan. Malang sekali, 2 daripada getah yang pernah saya pakai telah saya telan dengan tidak sengaja. Huhu, mula-mula tu risaula jugak takut jadi apa-apa. Tetapi kata doktor..."tak pe...getah tu halal..." ^_^

Tempoh pemakaian braces pula adalah bergantung pada individu, jika cepat gigi mereka tersusun maka cepatlah mereka boleh menanggalkan braces dan sebaliknya. Kebiasaannya tempoh pemakaian braces ialah antara 2 ke 3 tahun. Tetapi sekarang ada kaedah yang lebih cepat lagi tetapi kosnya pula lebih tinggi.

Kaedah untuk menjaga gigi yang ada braces ini tidaklah serumit mana. Pemakai braces boleh mendapatkan berus gigi khas untuk kes orthodontic seperti gambar di bawah. Ada 2 jenis yang biasa saya pakai iaitu satu yang jenis Oral-B Ortho Brush dan lagi satu jenis Interdental Kit yang terdiri dari dawai dan berus-berus halus untuk membersihkan celah-celah braces. Oral-B Ortho Brush biasanya saya beli di klinik gigi dengan harga RM7 tetapi ianya boleh didapatkan dari farmasi Guardian/Watson dengan harga RM8 kalau tak silap. Untuk yang Interdental Kit juga boleh didapatkan di farmasi Guardian/Watson dengan harga Rm11.



Oral-B Interdental Kit




Oral-B Ortho Brush & Interdental Kit




Interdental Kit membersih celah-celah gigi


Selain itu ubat kumur-kumur atau 'mouthwash' dan floss juga penting untuk pemakai braces. Maklumlah, bila gigi sudah dipenuhi dengan 'wayar' dan 'getah' kadang-kadang berus gigi saja tidak sampai untuk membersihkan di celah-celah gigi yang sempit, jadi ubat kumuran seperti Listerine atau yang biasa saya gunakan iaitu Colgate Plax Multiprotection Mouthwash boleh digunakan hari-hari selepas memberus gigi.

Colgate Plax Multiprotection Mouthwash



Floss sudah tentu sesuatu yang sangat penting untuk pemakai braces. Biasanya saya memang akan letakkan floss di dalam beg untuk di bawa ke mana-mana. Floss yang biasa saya gunakan ialah Dental Floss Toothpick yang biasanya boleh dibeli dalam 3 kotak berkembar dan dalam setiap kotak terdapat 50 keping dengan harga kalau tak silap saya dalam RM5 atau RM6.



Dental Floss Toothpick


Antara perkara yang agak mencabar bagi pemakai braces bagi saya ialah sewaktu makan. Lebih-lebih lagi apabila diajak makan bersama rakan-rakan. Huhu. Ini kerana, sewaktu makan makanan akan mudah terperangkap diruang-ruang kosong yang terdapat pada braces. Makanya pemakai braces dinasihatkan supaya kurangkan bercakap sewaktu makan. Mungkin anda hanya boleh mengangguk atau menggeleng jika ditanya apa-apa sewaktu makan. Atau pesan saja lah awal-awal pada rakan-rakan anda sebelum memulakan makan jika mereka ada apa-apa yang nak dintanyakan pada anda kerana bila anda sudah mula makan sebarang pertanyaan tidak akan dilayan lagi. Apa-apa pun pandai-pandailah untuk anda menyesuaikan diri dengan keadaan itu, kerana apabila sudah berada di situasi itu sendiri barulah kita tahu apa yang perlu dilakukan.

Rasanya itu saja yang dapat saya kongsikan dengan pembaca berkenaan dengan Braces ini. Berkenaan dengan kos, saya difahamkan kos untuk pemakaian braces ini berbeza-beza bagi klinik-klinik yang berlainan. Jika anda perlukan maklumat lanjut eloklah bertanya sendiri kepada yang lebih pakar atau klinik-klinik gigi yang berkaitan ye.

Sekian..:)




Tuesday, September 28, 2010

Severn Suzuki Speech in Rio Summit 1992

Assalamualaikum kepada pembaca..

Hari Khamis yang lalu iaitu bersamaan dengan 23 September 2010, Universiti Malaya telah dilawati oleh sekumpulan pelajar dari Universiti Waseda, Jepun. Berikutan dengan itu, terdapat satu program seminar telah dianjurkan untuk membincangkan isu 'Bioetika' atau 'Bioethic' masa kini. Sebuah klip video ucapan daripada adik Severn Suzuki yang baru berusia 12 tahun di United Nation Earth Summit di Rio de Janeiro 1992 telah di tayangkan kepada para penonton.





Mari ikuti video ini..


Hello, I’m Severn Suzuki speaking for E.C.O. – The Environmental Children’s Organisation.
We are a group of twelve and thirteen-year-olds from Ca

nada trying to make a difference:
Vanessa Suttie, Morgan Geisler, Michelle Quigg and me. We raised all the money ourselves to come six thousand miles to tell you adults you must change your ways. Coming here today, I have no hidden agenda. I am fighting for

my future.
Losing my future is not like losing an election or a few points on the stock market. I am here to speak for all generations to come.
I am here to speak on behalf of the starving children around the world whose cries go unheard.
I am here to speak for the countless animals dying across this planet because they have nowhere left to go. We cannot afford to be not heard.
I am afraid to go out in the sun now because of the holes in the ozone. I am afraid to breathe the air because I don’t know what chemicals are in it.
I used to go fishing in Vancouver with my dad until just a few years ago we found the fish full of cancers. And now we hear about animals and plants
going exinct every day — vanishing forever.
In my life, I have dreamt of seeing the great herds of wild animals, jungles and rainforests full of birds and butterfilies, but now I wonder if they will even exist for my children to see.
Did you have to worry about these little things when you w
ere my age?
All this is happening before our eyes and yet we act as if we have all the time we want and all the solutions. I’m only a child and I don’t have all the solutions, but I want you to realise, neither do you!
* You don’t know how to fix the holes in our ozone layer.

* You don’t know how to bring salmon back up a dead stream.
* You don’t know how to bring back an animal now extinct.
* And you can’t bring back forests that once grew where there is now desert.

If you don’t know how to fix it, please stop breaking it!
Here, you may be delegates of your governments, business p
eople, organisers, reporters or poiticians – but really you are mothers and fathers, brothers and sister, aunts and uncles – and all of you are somebody’s child.
I’m only a child yet I know we are all part of a family, five billion strong, in fact, 30 million species strong and we all share the same air, water and soi
l — borders and governments will never change that.
I’m only a child yet I know we are all in this together and should act as one single world towards one single goal.
In my anger, I am not blind, and in my fear, I am not afraid to tell th
e world how I feel.
In my country, we make so much waste, we buy and throw away, buy and throw away, and yet northern countries will not share with the needy. Even when we have more than enough, we are afraid to lose some of our wealth, afraid to share.
In Canada, we live the privileged life, with plenty of food, water
and shelter — we have watches, bicycles, computers and television sets.
Two days ago here in Brazil, we were shocked when we spent some time with some children living on the streets. And this is what one child told us: “I wish I was rich and if I were, I would give all the street children food, clothes, medicin
e, shelter and love and affection.”
If a child on the street who has nothing, is willing to share, why are we who have everyting still so greedy?
I can’t stop thinking that these children are my age, that it makes
a tremendous difference where you are born, that I could be one of those children living in the Favellas of Rio; I could be a child starving in Somalia; a victim of war in the Middle East or a beggar in India.
I’m only a child yet I know if all the money spent on war was spent on ending poverty and finding environmental answers, what a wonderful place this earth would be!
At school, even in kindergarten, you teach us to behave in the world. You teach us:

* not to fight with others,
* to work things out,
* to respect others,
* to clean up our mess,


* not to hurt other creatures
* to share – not be greedy.

Then why do you go out and do the things you tell us not to do?
Do not forget why you’re attending these conferences, who you’re doing this for — we are your own children. You are deciding what kind of world
we will grow up in. Parents should be able to comfort their children by saying “everyting’s going to be alright” , “we’re doing the best we can” and “it’s not the end of the world”.
But I don’t think you can say that to us anymore. Are we
even on your list of priorities? My father always says “You are what you do, not what you say.”
Well, what you do makes me cry at night. You grown ups say you love us. I challenge you, please make your actions reflect your words. Thank you for listening.

-------------xx---------------

Pelbagai perasaan muncul tatkala mendengar ucapan daripada adik Severn Suzuki dari Canada ini. Perasaan sayu dan kagum silih berganti melihatkan keberanian adik ini melontarkan isi hatinya berkenaan isu dunia yang kian meruncing kini. Apa yang pasti, tak ramai dalam kalangan anak-anak muda seusia dengan adik Severn Suzuki ini mampu untuk berdiri dalam khalayak ramai dan melontarkan suara berkenaan dengan isu dunia seperti ini ataupun sekurang-kurangnya merasa risau akan situasi dunia yang sedang berlaku sekarang..

Penduduk bumi kini nyata makin rakus. Nilai-nilai agama sudah tidak lagi menjadi panduan dalam aplikasi sains dan teknologi. Nilai-nilai agama sudah jauh kau sisihkan dalam keghairahan kau mempelopori khazanah-khazanah dunia ini wahai manusia. Kau tamak. Kau angkuh!

---------------xx-----------------



Tuesday, September 7, 2010

Hari-hari Terakhir Ramadhan



(ini bukan rumah saya..:) )




Sudah hampir lima hari saya di kampung. Alhamdulilah diberi peluang berbuka bersama-sama keluarga lagi kali nie. Semester kali ini agak special sedikit kerana kami diberi cuti raya selama 2 minggu iaitu bermula dari 4 September yang lalu sehinggalah 19 September 2010. Memang syok habis lah. Mana taknya, sebelum ini cuti raya hanya diberikan seminggu saja. Jika sebelum-sebelum ini, saya biasanya akan pulang ke kampung pada malam 2 hari sebelum hari raya. Tapi kali ini tidak lagi.


Nak dijadikan cerita, after berbuka dengan parents, mak saya cakap "nanti lepas ni ikut mak tarawikh kat surau, jumpa dengan orang-orang kampung". Mak dan ayah saya agak mementingkan pergaulan dengan orang-orang kampung, iyalah, mana tahu kalau-kalau satu hari kita ditimpa kesusahan mereka inilah juga yang kita harapkan untuk membantu.
So, dikesempatan yang ada ni dapatlah saya ikut parents bersolat tarawikh di surau kampung saya. Fuh..memang dah lama tak jenguk kat surau ni. Melangkah masuk je kat surau ni membuatkan saya terkenang waktu belajar mengaji dengan Ustaz Berahim di surau ni waktu kecik-kecik dulu. Huhu..Rasa-rasanya last saya solat di surau ini sewaktu masih bersekolah dulu..Tak banyak yang berubah, masih macam dulu juga. Muazzin nya masih lagi anak mak cik Peah iaitu abang (err..tak ingat namanya..huhu) dan imam nya masih lagi Ustaz Berahim. Wajah-wajah makcik-makcik yang ada di dalam surau itu juga sangat familiar bagiku. Makcik Timah, Makcik Bedah, Makcik Siti, makcik Jara dan makcik-makcik lain yang saya tak berapa ingat namanya sebab selalu panggil makcik je. Tetapi bezanya wajah-wajah ini jelas sudah semakin dimamah usia.. Tidak ramai pun jemaah wanita disitu, dalam lebih kurang dua saf saja. Terasa suasana muhibbah dalam kalangan penduduk seqariah, begitu berbeza suasananya dengan sewaktu saya solat jemaah di kolej bersama rakan-rakan. Apa yang lebih membuatkan saya terharu, seorang makcik yang kerjanya menjual surat khabar di pintu pagar sekolah saya dulu mencium-cium pipi saya sambil bertanya khabar apabila saya bersalaman dengannya."Huhu..ingat gak makcik nie kat aku.."

Dan esok merupakan malam terakhir untuk umat islam mengerjakan ibadah tarawikh. Namun apa yang penting, bukan ibadah tarawikh saja yang kita kejarkan pada bulan ramadhan ini, amal yang lain jika kita niatkan kerana Allah insyaallah ianya juga akan diterima sebagai ibadah. Semoga kita semua berkesempatan untuk berjumpa dengan Ramadhan pada tahun akan datang..Insyaallah.

Friday, August 27, 2010

Satu Blog Satu Bendera

Assalamualaikum kepada pembaca..

Aha..Entry ringkas saya pada kali ini adalah bertujuan untuk menyahut seruan seorang rakan yang sedang berkempen 'Satu Blog Satu Bendera' tidak lain tidak bukan untuk menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-53.Untuk maklumat lanjut anda boleh klik pada 'Satu Blog Satu Bendera' yang telah saya 'link'kan seperti di atas dan juga di sini.







Kepada bloggers,followers,blogwalkers,atau sesiapa sahaja yang ada terbaca blog ini, mari sama-sama kita support usaha mereka ni ok?Ayuh tunjukkan rasa semangat cintakan tanah air kita..=)

Akhir kata,

"WE LOVE YOU MALAYSIA"

Sunday, August 22, 2010

Jangan Biarkan Ia Mati

Assalamualaikum kepada pembaca..

Hati merupakan organ penting dalam badan manusia. Bahkan daripada hati akan terlahirlah sifat-sifat atau peribadi atau karakter dalam diri seseorang itu. Hati yang baik maka akan terlahirlah insan yang baik luhur akhlaknya, tetapi jika hatinya yang busuk maka akan lahirlah sikap-sikap tercela daripada diri seseorang. Tatkala manusia sibuk dan bimbang akan kesihatan fizikal tubuh badan mereka, lalu mereka mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga seperti memakan makanan yang seimbang nutrisinya, mengambil makanan-makanan 'supplement', minum air secukupnya dan sebagainya, lantas membuatkan mereka lupa tentang satu perkara yang lebih penting di dalam diri mereka iaitu makanan untuk hati atau rohani mereka. Ketahuilah para pembaca sekalian, demikianlah jyga halnya dengan hati, ianya memerlukan makanan untuk terus hidup dengan subur, segar dan mewangi dalam diri seseorang. Jika tidak diberi makan, tidak dibajai, maka hati-hati ini akan lama kelamaan menjadi kering, rosak, busuk dan seterusnya akan mati! Pabila hati sudah mati anda semua sedia maklum bukan apa kesannya kepada diri dan juga masyarakat?

Apakah agaknya makanan untuk hati-hati manusia ini?

Antara yang dapat saya petik daripada pengisian yang baru saya dengar di masjid Universiti Islam Antarabangsa,Petaling Jaya sebentar tadi ialah antara makanan yang berkhasiat untuk hati itu ialah dengan mendengar pengisian-pengisian rohani, tazkirah dan dakwah.

Pembaca sekalian, reaksi yang biasa kita dengar apabila mengajak rakan-rakan atau orang-orang terdekat kita pergi berusrah atau mendengar tazkirah atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami iaitu untuk belajar agama ialah..

"Alah...pergi dengar tazkirah tu balik-balik cakap benda yang sama, suruh orang sembahyang, puasa dan suruh orang buat baik. Aku bukannya jahat sangat pun, aku takda pun buat jahat ke, mencuri ke.."

Situasi di atas sudah agak common terjadi dalam kalangan masyarakat islam sekarang ini. Ramai yang menganggap tazkirah-tazkirah dan majlis pengisian rohani adalah sesuatu yang remeh dalam kehidupan seharian. Sedangkan mereka tidak menyedari bahawa majlis-majlis ilmu ini atau tazkirah ini merupakan makanan penting kepada hati mereka yang kekeringan hasil daripada dosa-dosa kecil dan maksiat yang mereka lakukan dalam kehidupan seharian.



Agak mustahil manusia-manusia seperti kita yang tidak bersifat maksum seperti Rasullullah S.A.W ini tidak pernah melakukan dosa atau sebarang kesilapan dalam kehidupan seharian bukan? Dengan menghadirkan diri di dalam majlis-majlis seperti ini sebenarnya akan membuatkan kita lebih memahami landasan ajaran islam itu sendiri. Apabila ajaran islam itu sudah difahami maka akan mudahlah untuk kita mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Seperti kata-kata yang sering kita dengar bahawa islam itu mudah, tetapi bukan untuk dipermudahkan!

Ada juga dalam kalangan kita yang memberi alasan sibuk dengan kerja, pelajaran dan sebagainya, lalu tidak mempunyai masa untuk menghadirkan diri dalam majlis-majlis ilmu. Antara yang dapat saya kongsikan daripada tazkirah tadi lebih kurang begini dialognya..

Dol: "Mat, aku nak ke surau ni, ada pengisian malam ni, jom ikut nak?"

Mat: "Aduh..aku takda masa la nak pergi dengar ceramah-ceramah agama semua ni. Aku busy ni..kau tak nampak assignment berlambak depan aku ni.."

Tiba-tiba, Mat terasa seperti hendak membuang air besar..lalu dia pun segera berlari lintang pukang ke tandas berdekatan.

Dol: "Ha Mat, kalau 'pasal tu' cepat pula kau ya, assignment pun kau sanggup tinggalkan, itu tandanya kau lebih mengutamakan 'urusan tandasmu itu' daripada majlis-majlis ilmu!"

Lalu Mat pun terkedu dan mula menyedari kesilapannya..

Begitulah antara cerita dan ulasan ringkas yang dapat saya konsgsikan pada entry kali ini. Ingat, jangan biarkan hati itu mati! Siramlah ia agar ianya kelak sentiasa dibasahi dengan iman, berilah ia makanan yang sempurna supaya kelak akan lahirlah peribadi yang mulia dalam diri kita. Wallahualam, saya bukanlah seorang yang arif dan bijak berkata-kata. Entry ini sekadar peringatan untuk diri saya dan juga para pembaca. Fikir-fikirkanlah..

Saturday, August 21, 2010

Bila Waktu Telah Terhenti

Assalamualaikum kepada pembaca..

Saat berkelana seorang diri di kolej di bulan Ramadhan ini membuatkan hatiku teringatkan tentang fasa hidup yang sedang kujalani sekarang nie..sedang fikiran ini sangat sarat dengan test-test yang bakal menjelang dan memikirkan assignment-assignment yang tak pernah putus..hati nie teringat pula tentang bagaimana agaknnya pengakhiran hidupku nanti..adakah hidup ini akan terhenti dikala diri sedang lalai mengecap kebahagiaan dunia?ataupun ketika diri sedang terlena dibuai asyiknya hidup didunia yang penuh dengan tipu daya ini..?nauzubillah..minta dijauhkan.

Bagaimana kau merasa bangga..
Akan dunia yg sementara..
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi..
Meninggalkan dirimu..

Bagaimanakah bila saatnya..
Waktu terhenti tak kau sadari..
Masihkah ada jalan bagimu untuk kembali..
Mengulangkan masa lalu..

Dunia dipenuhi dengan hiasan..
Semua dan segala yg ada akan..
Kembali padaNya..

Bila waktu tlah memenggil..
Teman sejati hanyalah amal..
Bila waktu telah terhenti..
Teman sejati tingallah sepi..

Memang benar, saat nyawa sudah dihujung tanduk, mana mungkin ada lagi peluang untuk kita bertaubat kepadaNya. Hari ini mungkin kita mampu gembira berhibur bersama rakan-rakan..mampu mengecap kebahagiaan 'cinta abadi' dengan sang kekasih..mampu berbangga dengan pencapaian akademik, kerjaya dan sebagainya..tapi pernah atau tidak kita terfikir semua nie hanya sementara..ya, hanya sementara! Hidup ini sebenarnya sangat singkat, cuma manusia saja kadang-kadang lupa tentang perkara itu..

'Semua itu milikmu Ya Allah dan jika Engkau mengkehendakinya sekelip mata saja pasti ianya akan segera hilang dari pandangan kami..MATI itu pula PASTI bagi kami, oleh itu matikanlah kami dalam iman dan taqwa..'


Allahuakbar...T_T



Lirik lagu dari Opick:Bila Waktu Telah Terhenti

Friday, August 13, 2010

Kisah di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum kepada pembaca semua..

Hari ini genap 3 hari sudah umat islam menunaikan ibadah puasa. Alhamdulilah kita masih dikurniakan kesempatan menyambut Ramadhan pada tahun ini..



Pengertian puasa dari segi bahasa ialah menahan diri manakala dari segi syarak pula beerti menahan diri dari makan dan minum untuk satu jangkamasa tertentu. Selain daripada menahan diri daripada makan dan minum, umat islam juga perlu menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang sia-sia contohnya mencuri, bergaduh, membazir, sombong, riak, takabbur dan lain-lain. Bulan Ramadhan adalah bulan untuk mentarbiyah dan mendidik diri terutamanya nafsu yang ada dalam diri kita ini ke arah kebaikan. Berpuasa juga dapat memupuk kesabaran dalam diri umat islam. Jika pada bulan-bulan selain bulan Ramadhan kita perlu berperang dengan godaan syaitan dan nafsu, tetapi pada bulan Ramadhan ini hanya satu sahaja yang perlu kita perangi iaitu nafsu!

Firman Allah S.W.T:

“Sudahkah engkau (Muhammad) melihat orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Apakah engkau akan menjadi pelindungnya?”.(Al-Furqan, 25:43)

Para pembaca sekalian, untuk entry kali ini, saya tidak mahu pergi dengan lebih jauh, cukuplah sekadar saya megulas serba sedikit tentang nafsu dengan mengambil beberapa contoh yang berlaku di persekitaran saya sepanjang bulan Ramadhan ini untuk dijadikan iktibar..

Berikut merupakan antara situasi yang tidak asing lagi terutamanya dalam kalangan pelajar-pelajar islam tidak kira di IPTA atau IPTS..

Kes 1

Pada suatu tengah hari dalam bulan Ramadhan..

Jejaka A: “Peh…lapar gila perut ni..ah apa susah, baik aku kirim dekat budak-budak perempuan yang tak berpuasa pergi beli makanan kat KRC jap. Huhu”.

Kes 2

Gadis A: “Wah..bulan puasa nak dekat dah, bolehlah aku buka puasa dengan sayang aku tiap-tiap hari nanti. Mesti romantik sangat!”

Kes 3

Gadis B: “You, petang nanti habis kuliah boleh tak you temankan I pegi shopping baju raya kat Jejesco? Ada sale tau sekarang, rugi sangat kalau kita tak borong banyak-banyak”.

Jejaka B: “Ok darling. I will do anything for you..”

Lalu petang itu mereka pun berpimpin tangan ke Jejesco yang dimaksudkan..

Kes 4

Gadis C: “Haih..nak pakai baju apa ya hari ni pergi kuliah..baju-baju aku yang branded-branded semua dah abis pakai, tinggal yang baju biasa-biasa aje, malula nak pergi kuliah macam ni…”

Kes 5

Jejaka C: “Ya Allah....dahaganya..dah la panas cuaca hari ni, naik kering dah tekak aku nie Ya Allah..”

Ulasan & Komen

Kes 1: Situasi yang berlaku ini bukanlah rekaan saya semata-mata. Tetapi ianya merupakan kisah benar dari apa yang telah dikhabarkan kepada saya oleh rakan-rakan. Apakah mereka merasakan mereka masih muda dan terlalu awal lagi untuk melakukan ibadah puasa itu?

Firman Allah S.W.T:

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa“. (Surah Al-Baqarah: 183)



Kes 2: Hurm.couple ini sudah menjadi seperti satu budaya dalam kalangan remaja masyarakat kita. Diri saya juga dahulunya(sewaktu zaman hingusan)tidak terlepas dari jerat cinta sebelum nikah yang nyata akhirnya memakan diri saya sendiri. Alhamdulilah, semoga kisah yang lalu itu akan terus menjadi iktibar dalam hidup saya seterusnya. Namun apa yang pastinya,dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, tidak lupa juga ada dalam kalangan kita yang mengambil kesempatan untuk berbuka puasa berdua-duaan bersama-sama yang ter’sayang’ atau dengan term yang lebih dikenali sebagai ber’dating’. ‘Romantik’ bukan?



Firman Allah S.W.T:

"Dan janganlah kalian mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan".(Sura al-Israk: 32)



Kes 3: Bagi mereka yang sedang melanjutkan pengajian di Universiti Malaya, tidak dapat dinafikan lokasinya yang sangat strategik iaitu terletak ditengah-tengah laluan yang menghubungkan pelbagai jenis shopping mall dan juga pusat hiburan. Katakana apa saja, Mid Valley Megamall, The Gardens, The Cineleisure, The Sphere, One Utama, Sunway Pyramid, Berjaya Times Square, Sogo, Pavilion, The Mines, Metrojaya dan tak lupa juga KLCC dan lain-lain lagi merupakan destinasi-destinasi yang mudah saja untuk dituju oleh pelajar-pelajar Universiti Malaya. Makanya, nafsu untuk membeli-belah sehingga habis duit biasiswa/ptptn itu pastinya akan melonjak-lonjak terutamanya apabila semakin menghampiri musim perayaan ini. Pada pendapat saya, tidak salah jika ingin membeli-belah, tetapi haruslah berpada-pada...



Firman Allah S.W.T:

" Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu pula adalah mahkluk yang sangat kufur kepada Tuhannya ".(Al-Isra’:27)

Kes 4: Memakai pakaian-pakaian dan aksesori berjenama terkemuka dunia bukanlah menjadi satu perkara yang menghairankan lagi bagi kebanyakan remaja pada masa kini. Setiap hari ke kuliah, pasti pakaian-pakaian yang berjenama terkenal yang akan menjadi pilihan utama mereka. Pada pendapat saya, ianya tidak menjadi satu kesalahan sekiranya kualiti barangan yang diutamakan, tetapi jangan pula sampai menimbulkan perasaan takabbur di dalam hati sudahlah. Takabbur atau sombong beerti menampak-nampakkan keagungan dan kebesarannya, merasa agung dan besar itu pula berlawanan dengan sikap tawadhuk atau rendah hati.

Firma Allah S.W.T:

“Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku".(Al-A’raf:146).

Kes 5: Berpuasa di dalam cuaca yang panas terik sudah pasti menjadi satu perkara yang sukar bagi kita. Tetapi pernahkah kita sedar bahawa itu merupakan tanda yang Allah masih sayangkan kita? Diujinya kita dengan pelbagai ujian dan dugaan. Cuba anda bayangkan..manusia-manusia yang hidupnya senang-lenang yang langsung tidak pernah dipalitkan dalam hidupnya ujian-ujian dan dugaan-dugaan. Rasa-rasanya seberapa kerap dalam hidup mereka akan mengingati Allah? Berbeza pula dengan kebanyakan manusia yang sering hidupnya diuji dan diuji dengan pelbagai jenis ujian dan dugaan, pastinya hati-hati mereka ini akan segera ingat pada penciptanya.

Firman Allah S.W.T:

"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan kamu seperti orang-orang yang melupakan dirinya sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik".(Surah al-Hasyr: 19)



Rasanya itu saja kisah yang dapat saya kongsikan pada entry kali ini. Ingatan ini juga ditujukan kepada diri saya yang lemah ini dan tak lupa juga untuk rakan-rakan seperjuangan. semoga bulan Ramadhan ini dapat dijadikan sebagai satu medium untuk mengubah diri kita kepada yang lebih baik. Insyaallah..