Thursday, May 19, 2011

Tesis

Assalamualaikum..


Akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu telah tiba, semalam, setelah beberapa hari melepaskan tension di rumah, saya akhirnya akur bahawa saya perlu kembali ke UM untuk menyiapkan tesis. Sampai sahaja di UM semalam, terus menuju ke office Dr.Aminul untuk minta kunci bilik work station, kerana disitulah nanti saya akan menghabiskan kebanyakan masa untuk menyiapkan projek tesis saya. Sebenarnya agak excited juga nak siapkan, kerana tajuk yang saya pilih ialah tajuk yang berkaitan dengan subjek yang saya minat dan paham iaitu Prospect Delineation of Reservoir X in Field Y of Malay Basin. Cabaran untuk projek tesis saya ini ialah tiada rujukan dari senior-senior berkenaan dengan tajuk yang saya pilih, kerana tesis-tesis senior yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih adalah salah disisi undang-undang jika dipublishkan sesuka hati kerana maklumat-maklumat di dalam tajuk tesis seumpama ini selalunya sangat confidential. Jadi kena pandai-pandai sendirilah mahu hidup...=') Harapnya masa lebih kurang 2 bulan ini dapatlah saya betul betul all out untuk projek tesis ini. 8 credit hours...sila buat betul betul ye cik kak..

Gambar sekadar hiasan, ikhsan dari pakcik google

 Sekian, jumpa lagi. Assalamualaikum...=) 

*Oh ya, sekadar ingin berkongsi, saya juga banyak membuat rujukan dari link ini.

6 comments:

  1. Tahniah dh siap kn thesis. jelesnye. kite punya msh t'bengkalai lg. huhu

    ReplyDelete
  2. huh??ini perli ka apa nie....uhuhuhu...

    tau la has nye dah ciap...tinggal wat correction je kan?tahniah! :P

    ReplyDelete
  3. alamak.tidakkkkkkkkkkkkkk! hahhaa

    ReplyDelete