Sunday, May 29, 2011

Mereka Ber'orientasi' =)

Assalamualikum..

Awal pagi ini saya dikejutkan dengan bunyi riuh rendah dari foyer kolej. Maklumlah duduk pun di tingkat satu je, jadi bila ada huru-hara di ground floor tue sudah pastilah akan dapat didengar dengan jelas. Setelah sekian lama kolej ini sunyi sepi, kadang-kadang kafe pun tak buka yang menyebabkan saya dan Epah terpaksa menapak ke Kolej Sebelas semata-mata untuk mencari sesuap nasi, hari ini kolej ini kembali menjadi riuh rendah kembali. Ada bunyi baby menangis, budak-budak main lari-lari dan segala macam jenis suara yang dapat didengar direct dari bilik saya. Oh..baru teringat...budak-budak asasi masuk hari nie..rasa lega seketika, kerana uneasy feeling yang menyapa saya selama beberapa minggu sepanjang ketiadaan kebanyakan penghuni kolej sebelum ini rasanya sudah tiada lagi. 

Yeay =)

Setelah petang, saya mula mencari-cari stok makanan yang ada di almari, ada roti dan Potato Chips yang masih berbaki hari tue tak habis lagi. Buat air kopi secawan, dan mula mengadap laptop kembali sambil makan roti, Potato Chips dan minum kopi [tiga-tiga sekali??]. Telinga pula sambil mendengar suara-suara fesi yang mengarahkan itu ini kepada pelajar-pelajar asasi yang baru mula mendaftar. Bila ingat-ingat kembali, hehe, waktu orientasi laaaaa yang paling saya lemah sekali. Dan yang paling tak boleh lupa, waktu kena pancut ngan air tasik/longkang yang teramatla busuk dan kotornya. Masa tue fesi tue cakap, "setiap pelajar yang baru nak masuk kolej ini memang wajib rasa kena simbah air tasik nie.." ceh.....dah la air tue datang dari longkang belakang kafe tue. Huhu. Selepas selesai giliran sesi disimbah air tasik, saya terus ke toilet, muntah-muntah sebab tak tahan dengan bau air tasik/longkang menusuk-nusuk hidung. Waa...rasa nak balik rumah time tue jugak. ='(

Kalau dari segi logik memang tak logik pun, suka-suka hati mahu buat peraturan macam tue, kalau la ada pelajar yang alergi ke, then kena penyakit kulit atau gatal-gatal selepas kena pancut air tasik/longkang tue, baru hangpa tahu..[dituju kepada orang-orang yang membuat peraturan tersebut]. Tapi ok la, dua tahun lepas punya pelajar asasi khabarnya dah tak da lagi kena pancut-pancut air tasik/longkang seperti kami dahulu. Rasanya batch kami yang last kena ikut peraturan tue.

"cepat..!!!cepat..!!bawak turun semua barang barang amanah, bekas makanan sekali..!!lampu bilik semua TUTUPPPP!!!" fuyyoo...garangnyeer...sekali lagi saya dikejutkan dengan jeritan nyaring dari fesi-fesi di foyer bawah nun. Epah yang sedang landing landing atas katil sambil mengadap laptop pun mula mengusik "hah cepat zana cepat bawak bekas makanan sekali cepat.." cehh dia nie buat lawak pulak..haha..

Pejam celik pejam celik...masyaallah..sudah hampir empat tahun rupanya saya berada dalam situasi yang sedang dialami budak-budak asasi yang baru mendaftar pagi tadi. Terlari ke sana ke mari dengan membawa barang-barang amanah [beg,payung,topi], telinga dihambat jeritan dari fesi-fesi, perasaan cuak dengan fesi-fesi tue jangan cakapla...dan segala macam perasaan lagi. Dah la waktu tue perasaan nak masuk PASUM pun 50 50 jer sebab frust tak dapat scholarship JPA untuk ke oversea. Haha. Kesian....=)

Tapi tue dulu. Sekarang keadaan sudah berubah. Pengalaman lalu membuatkan saya selalu ingat bahawa apabila kita hilang sesuatu yang kita sangkakan baik itu, bersabarlah, insyaallah Allah akan menyediakan kita dengan sesuatu yang jauh jauh jauh lebih baik lagi.

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan [ingatlah], Allah jua yang Maha Mengetahui [semua itu], sedang kamu tidak mengetahuinya" [Al-Baqarah:216]

Kurang dari dua bulan dari sekarang, insyaallah jika tiada apa aral yang melintang, saya akan meninggalkan UM [yeke nie?sekali sambung master kat sini..]. Tak tahulah, kita hanya mampu merancang, Allah saja yang berhak menentukan. Dan rasa bertuah juga, sebab saya berpeluang menginap di kolej yang sama sejak dari asasi lagi, kecuali di tahun pertama saya dipindahkan di Kolej Kediaman Kelima. Ini bermakna, sudah lebih kurang tiga tahun saya di kolej ini. Duduk pun di tingkat satu je dari dulu, cuma bilik saja yang bertukar-tukar, mudah sikit, tidak perlu menunggu lift untuk naik ke bilik.

Aaa...apa tujuannya post kali ini? Huhu. Tiada tujuan apa sebenarnya. Saja mahu berkongsi cerita dan pengalaman apabila melihat telatah pelajar-pelajar asasi yang baru mendaftar tadi. Dan juga sekadar memberi peringatan bahawa diri ini sudah TUA rupanya. Haha !

Ok lah, jumpa lagi di entri akan datang. Assalamualaikum..=)

2 comments:

  1. 1st! hehe....siyez betol ama pun xske orientasi...benci2 fesi garang2 ni...haishhh xmo tregt orientasi masa 1st year dulu...maluuu!haha

    ReplyDelete
  2. nurul:2nd!haha. yer2,sian td dgr bdk2 lari2 n kena torture ngn fesi..huhu..

    ye!jgn engt!buang yang keruh ambil yg jernih!hahaha :p

    ReplyDelete