Monday, March 5, 2012

Kisah Saya & Abu Dhabi (Bhg.I)

Assalamualaikum.

Tiba-tiba saya terasa asing dengan blog sendiri maklumlah dah lama tak update :') Yang sebenarnya sudah beberapa kali berusaha untuk mengupdate blog beberapa hari yang lalu, tapi ada ada saja helah dari notebook, smartphone dan kabel internet saya. Tapi takpelah, sekarang ada peluang ni saya akan update laju laju ok haha :)

4 Februari baru-baru ini saya pergi ke Abu Dhabi untuk menghadiri sebuah program latihan dengan 8 orang rakan sekerja yang lain. Sebulan berada di tanah gurun padang pasir mencoretkan banyak kenangan pahit manis yang berharga buat saya. Terima kasih Allah sebab beri peluang kepada saya untuk merasai nikmat nikmat ini. Alhamdulilah :)

Dalam 9 orang tu, hanya 2 orang saja perempuan. Apa boleh buat, mungkin sudah ditakdirkan begitu, ialah kan, dulu waktu dapat scholar dan internship pun hanya 2 orang perempuan saja termasuk saya dalam kalangan 8 orang lelaki. Jadi kesimpulannya, i get used to it lah kan. Insyaallah saya akan cuba memantapkan diri mengharungi dunia pekerjaan yang didominasi hampir 90 peratus lelaki ini. Takut? Mungkin ada. Tapi kan innallahamaana? Hanya pada dia saja tempat saya berlindung. Bekerja di dalam rumah saja pun belum tentu lagi saya selamat jika bukan dengan izinNya. 


Musim Sejuk dan Kering
Sewaktu di sana kami agak bernasib baik kerana Abu Dhabi ketika itu sedang musim sejuk. Suhu pada waktu malam sekitar 15 darjah celcius dan pada waktu siang sekitar 20+ darjah celcius. Berpeluang juga saya melihat bagaimana keadaannya diwaktu ribut pasir dan kabus di sana. Setiap hari, perkara paling penting perlu ada ialah losyen dan pelembap bibir. Maklum sajalah kan iklim gurun, disebabkan hidrasi, kulit dan bibir pun jadi mudah kering. Muka saya pun agak mengelupas waktu di sana sebab saya tertinggal facial moisturizer kat rumah. Alahai cuai betul makcik sorang nie :P

Sunset in Abu Dhabi :) 
[sorry for the not so good image quality hehe!]

Tempat Tinggal 
Di sana kami ditempatkan di Middle East & Asia Learning Centre (MLC). Ada di antara kami yang menggelarkannya sebagai Sekolah Schlumberger haha. Iyalah kan, dekat sana memang dah jadi macam budak sekolah, kena pergi kelas, praktikal, ada tests, assignments, kuiz dan final exam. Waktu malam pula selalunya saya duduk di library untuk study group. Haa tula kan saya dah cakap memang macam budak sekolah hehe :) Selain agenda 'persekolahan', semua trainee yang ditempatkan di MLC ini diberikan  kemudahan-kemudahan yang agak memuaskan. Bilik penginapan + bilik air untuk seorang satu, kemudahan beriadah yang banyak dan laundry setiap hari. Perihal makanan pula, haha toksah cakaplah, tengok saiz badan saya sekarang ni je pun dah boleh tahu sedap ke tak makanan kat sana :) Makanan kegemaran saya  di sana ialah nasi beriyani kambing. Dan itu juga merupakan menu lunch saya pada hari terakhir saya di MLC oh sedihnya :')


Setiap trainee diberikan satu bilik seorang..selesa.. =)


The bathroom =P



Bilik khas untuk kami bermain playstation haha best! Rindu kat bilik nie =)


Hujung Minggu
Weekend di Abu Dhabi ialah pada hari Jumaat dan Sabtu. Jadi kebiasaannya bermula dari hari Khamis (malam) hingga hari sabtu saya dan kawan kawan pergi jalan-jalan dan membeli belah di bandar Abu Dhabi dan juga Dubai hehe. Ok sampai sini dulu, cerita jalan jalan di Abu Dhabi dan Dubai saya sambung di entri akan datang ye. Assalamualaikum :)


p/s : Sampai di rumah dari KLIA lebih kurang jam 11.30 hari sabtu terus bersiap siap untuk ke kenduri kahwin saudara, kemudian balik rumah sempat napping sekejap sebelum bangun dan tolong mak masak untuk kenduri pada malam itu juga. Akhirnya alhamdulilah kenduri malam itu berjalan lancar  dan meriah walaupun badan keletihan hampir 8 jam duduk dalam flight, apa apa pun yang penting  saya bersyukur selamat sampai ke tanah air.

2 comments:

  1. Tuu dia...dia dah update dahhh.......haahhaha

    ReplyDelete
  2. muiz:hahaha!kat abudhabi ritu punyela payah nak update blog..kat umah nie sonang sikit den nak update :P

    ReplyDelete