Sunday, February 27, 2011

Selamat Hari Lahir Bangah

Assalamualaikumwarahmatullah..

2 Mac 2011 iaitu bersamaan dengan hari rabu minggu depan merupakan hari lahir abang pertama saya. Oleh itu kami sekeluarga pun telah mengadakan sidikit jamuan makan di rumah kami semalam memandangkan semalam merupakan hari sabtu dan semua ahli keluarga pun ada berkumpul. Mula-mula rancang nak buat pada waktu malam, tapi atas sebab-sebab tertentu kami tukar plan untuk buat pada pukul 5 petang. Menu masakan?  Macam-macam ada...Daging kambing, ayam, ikan kembung panggang, lauk daging dan rebung masak lemak cili padi, kuih bingka ubi, wadeh, tau fu fa dan 'fruit punch'. Proses penyediaan makanan termasuk memerap daging ayam, kambing dan ikan bermula seawal lebih kurang jam 8 pagi. Ini dia hasil ramuan rempah-rempah yang telah siap untuk memerap daging kambing, ayam dan ikan.

Perap selama beberapa jam dalam peti ais



Proses memanggang bermula



Tukang memanggang ini ialah abg alin dan 'birthday boy' .hehe.



Oppps..ini bukan bbq ye. Itu datuk tengah bakar sampahla..hehe =)

Tu dia..zaman sekarang pakai kipas elektrik je 


Ini ialah tau fu fa yang dimasak oleh kak long. Rupa dia memang nampak tak berapa cantik sebab saya cedok pakai sudu jadi dia hancur sedikit, sepatutnya kalau nak bagi tak hancur kene guna senduk. Dalam gambar nie abg alin pegi letak ais nak bagi sejuk.
 Kalau mahu resepi dia sila ke blog kak long saya. Sodap tak terkata..=)

Ini ialah gambar wadeh yang sempat saya ambil, sebenarnya ada banyak lagi tapi dah selamat masuk dalam perut. Ini juga dibuat oleh kak long. 
Tapi yang membentukkannye ialah mak, saya dan kak nurul. 
Tu yang macam-macam saiz ada tu. Hehe. 

Oh ini ialah kuih bingka ubi. Mak yang buat, sodap woo..

Ehem ehem ehem...Fruit Punch...Ini saya yang buat ok!=)

Baiklah itu saja untuk kali ini. Assalamualaikum semua!^_^




2 comments: