Sunday, January 23, 2011

SOLAT

Assalamualaikum semua..Entry kali ini saya copy paste dari blog 'Pencari Iman Sejati' ( klik sini ). Semoga dapat sama-sama berkongsi ilmu.

**maaflah sebab sejak akhir-akhir ini tiada kekuatan untuk menulis di blog, banyak copy paste saja. Tapi harap masih dapat beri manfaat kepada pembaca(kalau ada la yang baca blog saya nie).


Dari Abu Hurairah, dari Nabi saw bersabda : "Barangsiapa yang melalaikan akan solat akan menerima 15 balasan dari Allah. 6 balasan semasa hidup, 3 semasa saat kematian,3 didalam kubur dan 3 semasa keluar dari kubur (hari akhirat). Bagi 6 balasan semasa hidup :


1. Allah akan mencabut barakah dari umurnya
2. Allah akan membuang ciri-ciri orang yang baik dari wajahnya
3. Setiap amalan yang dilakukan Allah tidak akan dibalas
4. Do'anya tidak akan naik ke langit
5. Bukan darinya dianggap sebagai do'a orang yang soleh
6. Roh dikeluarkan tanpa Iman

Bagi 3 balasan semasa hendak mati :


1. Mati didalam keadaan memalukan

2. Mati didalam keadaan lapar.

3. Mati didalam keadaan haus, walaupun jika ia minum air seluruh lautan sekalipun ia masih haus.

Bagi 3 balasan semasa didalam kubur :

1. Allah menyempitkan kuburnya sehingga tulang rusuknya bertemu
2. Allah membakar kuburnya dengan api dan menukarkan bahan pembakar api siang dan malam
3. Allah menghantarkan seekor ular yang bernama "al-syujaa'" yang akan memukulnya dari pagi sehingga tengahari kerana meninggalkan solat Subuh, dari tengahari sehingga Asar kerana meninggalkan Asar dan seterusnya. Dengan setiap pukulan ia boleh menimbuskan seseorang sejauh 70 ela kebawah tanah.

Bagi 3 balasan dihari Kiamat :

1. Allah menghantar mereka yang bersamanya kedalam neraka dengan cara menarik mukanya.
2. Allah melihatnya dengan marah yang menyebabkan daging dimukanya jatuh kebawah
3. Allah mengadilkannya secara ketat dan mencapakkannya kedalam api neraka dan ia adalah satu keputusan yang buruk!


Barang siapa yang dapat menjaga Solat 5 waktu, Allah swt. akan kurniakan padanya 5 ganjaran:

(1) Memperoleh keberkatan rezekinya di dunia.
(2) Diangkat siksaannya di alam kubur.
(3) Memperoleh buku catitan amal melalui tangan kanan.
(4) Melalui titian sirat sepantas kilat.
(5) Masuk syurga tanpa hisab.

"Tidak ada tiga orang (lelaki) dalam sesebuah kampung atau sesebuah desa yang tidak mengerjakan sembahyang berjemaah, melainkan mereka (mudah) dikuasai oleh syaitan (dengan menjadikan mereka mencuaikan perintah syara’); oleh itu hendaklah engkau sentiasa menyatukan diri dengan jemaah (kerana dengan itulah sahaja engkau akan selamat dari angkara syaitan)"(Riwayat Imam Ahmad).

No comments:

Post a Comment