Showing posts with label Motivation. Show all posts
Showing posts with label Motivation. Show all posts

Saturday, August 13, 2011

At This Moment

Image from Google



Hopefully this happy looking picture from Google will inspire me to be much much STRONGER~

Saturday, June 25, 2011

Tips atasi kemurungan

Assalamualaikum.


Kemurungan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Salah satu di antaranya ialah disebabkan oleh apa-apa fenomena yang berlaku secara DRASTIK di dalam diri. Tindakan pantas dan bijak perlu segera dilakukan untuk mengelakkan diri dari terus dibelenggu kemurungan kerana kemurungan ini bukan sesuatu penyakit yang boleh dianggap remeh kerana ianya bisa meragut ke'efektif'an hidup seharian seseorang. Sebentar tadi saya ada search tentang Tips Atasi Kemurungan ini, dan ini yang saya jumpa:

• Belajar menjadi tenang dan bersabar 
• Jangan terlalu high expectation sehingga sukar dicapai 
• Perancangan tugas agar teratur 
• Jangan terlalu mengharap diri sendiri 
• Elakkan bersendirian 
• habiskan masa dengan orang tersayang 
• Libatkan diri dengan aktiviti yang membolehkan anda berfikiran positif 
• Setiap keputusan yanhg berat harus dibincang dengan pihak kedua, dan melihatnyasecara objektif.
 Sumber : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Klik sini
Tips di atas rasanya ada yang kurang, dekatkan diri pada Allah. Itu yang lebih penting. Bukankah ujian itu datangnya dari Dia untuk mendekatkan diri kita kepadaNya? Selama ini dah banyak sangat lalai. Hidup sudah jauh menyimpang dari landasanNya. Sekali sekala ditimpa ujian, cubalah ingat-ingat kembali kesilapan kita yang lalu, tidak perlu menyalahkan takdir. Kerana hakikatnya, Allah tidak menzalimi hamba-hambaNya, sebaliknya manusia itu sendiri yang menzalimi diri mereka. 

Google image


Friday, June 24, 2011

SENYUM

Assalamualaikum.


Orang kata senyum penawar duka. Senyum juga satu sedekah. Senyumlah seindah suria supaya terlerai kekusutan dan dapat menyejukkan hati. Orang yang berfikiran positif rajin tersenyum dan disenangi orang disekeliling. Senyum juga merupakan satu anugerah dari Allah, gunakanlah sebaik-baiknya selagi kita mampu tersenyum. Cuba bayangkan apabila hidup ini tanpa senyuman? Dan yang paling penting, bersyukurlah sebab kita masih mampu tersenyum walaupun di dalam hati sedang bergundah-gulana, kecewa dan dilambung pelbagai masalah... 

"SENYUMLAH DAN SABARLAH"

Wednesday, June 8, 2011

Hari-hari mulut sudah di 'set' untuk mengeluh

Assalamualaikum.

Kadang-kadang pernah kita mengeluh bila tak dapat hidup senang seperti orang lain. Tengok kawan-kawan lain nak beli barang-barang branded atau makan kat restoran mahal-mahal petik jari saja. Sewaktu belajar di IPT lagi sudah memiliki kereta sendiri. Ada pula tu melancong bersama kawan-kawan ke oversea lagi. Wah..mereka itu betul-betul lain dari yang lain. Pasti keluarganya kaya raya. Sedangkan yang kita pula asyik berkira-kira duit. Pagi bancuh air dalam bilik. Tengahari makan budget dalam RM4, tapau nasi dan lauk, kemudian boleh buat makan dua kali, separuh makan untuk tengahari dan separuh lagi untuk dinner. "Selamat poket aku.."

Ada juga di antara kita yang sering mengeluh bila memilik paras rupa yang bagi mereka kurang rupawan, jelitawan dan sebagainya. Sentiasa melihat bahawa orang lain disekeliling sentiasa saja lebih daripadanya. Sedangkan diri kita, macam-macam cacat cela dan segala kelemahan semuanya milik kita. Tidak seperti orang lain yang serba serbi cukup. Lebih mengharukan bila sudah mula merasa rendah diri untuk berhadapan dengan rakan-rakan atau saudara mara. "Aku sedar aku siapa.."

Tidak kurang juga ada yang sentiasa mengeluh bila melihat orang lain lebih berjaya dari kita. Dalam pelajaran dia lah yang paling bijaksana. begitu juga dalam pekerjaan, dia lah yang paling kerap mendapat pujian daripada bos. Sudahlah cantik/kacak, bergaya pula tu, dalam pekerjaan pula tidak ada kurangnya, pantas dan cekap !Jika dalam pelajaran, kita lihat dia tidak seperti kita yang perlu bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran untuk dapat result yang baik, sedangkan dia hanya perlu study last minute saja sudah memadai, pointer exam pasti excellent punya lah..

Akhirnya kita hanya mampu mengeluh mengeluh mengeluh dan mengeluh. Langsung tidak pernah beri ruang pada hati dan fikiran kita untuk merasai dan memikirkan sejenak akan kelebihan dan nikmat-nikmat yang banyak sangat dah Allah beri pada kita. Tidak perlu pergi jauh, nikmat kesihatan itu saja sudah memadai untuk kita rasa bersyukur dan hargai sangat kehidupan yang Allah beri pada kita. Bayangkan saja, orang-orang yang berpenyakit kronik. Ada antara mereka yang memerlukan kos rawatan yang tinggi untuk merawat penyakit tersebut. Ada yang mencecah puluhan dan ratusan ribu ringgit malaysia. Bayangkanlah, berapa banyak yang perlu dilaburkan semata-mata untuk menjadi sihat. Sedar atau tidak, kita yang sihat ini sebenarnya memiliki aset yang sangat besar. Lihatlah betapa mahalnya nilai nikmat sihat itu. Tidak ternilai rasanya. Orang lain sanggup bergolok gadai untuk mendapatkan kesihatan yang baik sedangkan kita yang sihat ini nak rasa syukur dengan nikmat sihat pun susah. Termasuklah saya. 


Kesimpulannya, BERSYUKURLAH DAN HARGAILAH dengan apa yang ada pada diri kita.


Berikut saya sediakan video yang diambil dari sebuah drama Jepun bertajuk One Litre of Tears yang mengisahkan seorang gadis yang sangat tabah berjuang melawan penyakit degeneratif saraf. Ia merupakan kisah benar kehidupan penulis asal diari seorang pesakit degeneratif saraf ini iaitu Aya Kitou yang kini sudah pun meninggal dunia. Degeneratif saraf merupakan satu penyakit yang mampu mengganggu fungsi urat saraf di dalam badan secara perlahan-lahan sehinggalah seseorang pesakit itu tidak mampu bercakap, bergerak dan juga mampu melumpuhkan jantung secara tiba-tiba. Sedih ceritanya tetapi mampu memberi banyak pengajaran. Jika kita rasa kita ini terlalu banyak sangat ditimpa ujian dalam hidup sampai rasa tak mampu dah nak hadapi, sedarlah bahawa ada insan lain yang lebih getir lagi ujian hidup mereka. Sampai di sini dahulu. Assalamualaikum.





Tuesday, May 31, 2011

Terus Melangkah Ke Hadapan



Kaki teruskanlah kau melangkah...


Perjalanan kehidupan
Di kiri kanan dugaan Cabaran
Keseorangan menempuh ujian
Meneruskan perjuangan

Takdir Maha Esa
Restu ayah bonda
Mencapai cita-cita
Usah putus asa
Kelak kau berjaya
Membela nasibmu
Masamu kan tiba

Keimanan keyakinan
Sinar cahaya penunjuk haluan
Walaupun payah kau harus tabah
Demi mencapai segala impian

Jika satu ketika
Langkah tidak terdaya
Berkat doa usaha
Tuhan Maha Esa

Menggapai cita-cita

Lagu Tekad by Hazami

Thursday, May 26, 2011

Serahkan Orang Yang Menzalimi Anda Kepada Allah

Assalamualaikum..

Saya tak berapa pastila jika anda yang membaca blog ini pernah rasa dizalimi atau tidak. Tapi bagi saya sepanjang beberapa puluh tahun (umur dirahsiakan, haha) hidup ini, pernahla rasa beberapa kali dizalimi, tapi perkaranya kecik-kecik saja kut, belum ada lagi yang menghantui hidup sehingga beberapa tahun melainkan perkara yang satu ini. Tak mengapalah, mungkin ini satu ujian barangkali dahulu saya juga pernah melakukan perkara yang sama kepada orang lain yang saya sendiri pun tak sedar. Bab zalim ini saya pernah belajar sewaktu di sekolah dahulu, dan definisinya saya masih ingat sampai sekarang iaitu zalim ialah meletakkan sesuatu perkara itu bukan pada tempatnya. Kalau ikut definisi ini, orang yang suka buang sampah merat-rata juga boleh dikira zalim apatah lagi jika kita membuat dan mereka-reka cerita yang tidak benar tentang orang lain lantas mengguris hati sesama manusia. Bagi orang-orang yang terzalimi, semoga dapat terus bersabar dan meletakkan Allah sebagai hakim yang Maha Adil lagi Maha Mengetahui.

"Kami akan memasang timbangan yang adil kelak pada hari Kiamat, maka (pada hari itu) tidak ada seseorang yang dizalimi barang sedikit pun. Meskipun (amalnya) hanya seberat biji sawi, Kami pasti akan memberikan balasannya. Cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan" (Al-Anbiya':47)

*Bila rasa dizalimi macam nie, buat saya ingat-ingat balik, mungkin saya juga dahulu pernah menzalimi orang lain mungkin? Huhu..supaya saya dapat terima dugaan nie dengan sabar dan penuh bijaksana serta tidak mudah melatah. Ameen.

*Doa orang-orang yang teraniaya itu dimakbulkan Allah~

Wednesday, May 4, 2011

Do You Have Any Problem?

Assalamualaikum..

Do you have any problem? 






Don't just tell ALLAH how big your problems are..

Tell your problems how big ALLAH is..


Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.” ( al-Imran:139)


Friday, April 1, 2011

Kelegaan Yang Amat

Assalamualaikum

Fuh..berapa lama dah nie membiarkan blog TRT (Tekad Redha Tabah) ini terbiar terkontang-kanting seumpama tiada bertuan. "Sorry blog TRT, aku tak dapat nak update kau selalu-selalu sekarang nie dek kerana dihambat bermacam-macam komitmen akhir-akhir ini" saya bermonolog.

Ok.Alhamdulilah saya baru sahaja selesai ditemuduga untuk kerja tadi. Huh. First time menghadiri temuduga untuk kerja. Nervous bukan main. Bermacam-macam kemungkinan dan andaian bermain difikiran. Beberapa minggu sebelum ditemuduga itu pelbagai persediaan telah dilakukan. Termasuklah membuka kembali nota-nota lama yang berkenaan dengan bidang yang saya ceburi. Tidur pun tak lena. Makan tak kenyang. Assignment-assigment juga banyak yang tertangguh dek kerana sibuk membuat persediaan untuk temuduga ini, ditambah pula fikiran yang tidak menentu yang kadang-kadang muka je nampak cool tapi dalam hati hanya Allah saja la yang tahu betapa tak keruannya saya memikirkan apakah soalan-soalan yang agak-agak bakal dikemukan nanti. Terima kasih tak terhingga dekat mak & ayah serta seluruh ahli keluarga serta tak lupa jugak dekat Cik Fatimah Az Zahra' & Cik Fauziah sebab banyak bagi motivasi kerana dua tiga minggu nie saya selalu je berkeluh kesah ketika di dalam kelas dek kerana perasaan yang ditekan-tekan (tekanan perasaan) apabila memikirkan banyak komitmen yang perlu dilakukan dalam masa dua tiga minggu nie. 

Oh yang sebenar-benarnya saya terlupa lagi, kenapa mahu berkeluh-kesah? Adakah apabila saya berkeluh kesah itu seumpama saya mahukan dunia itu terjadi seperti apa yang saya mahukan? Sedangkan saya tahu ianya pasti tidak akan berlaku. Adakah saya berkeluh kesah kerana saya mahu hidup yang sentiasa terus-menerus tenang aman damai tanpa dihimpit dengan masalah-masalah seperti yang dinyatakan tadi? "Eh jangan bermimpi. Ada ke orang macam tu dalam dunia? Mana ada Cik Zana oi. Bosan kot hidup macam tu." Pendek kata, "jangan mimpi kau boleh hidup senang lenang tanpa masalah" saya bermonolog lagi. Ewah banyak bermonolog pula akhir-akhir ini.

Firman Allah S.W.T:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : " Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji lagi?"Al Ankabut:2

Tambahan lagi, sikap saya yang asyik risau memikirkan apakah nasib saya kelak selepas interview memang tak patut. Seolah-olah saya berprasangka buruk pula pada Allah S.W.T. Sedangkan Allah S.W.T telah berfirman,

Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu"

Pernah juga saya terbaca bahawa apa yang kita fikirkan sama ada yang terlintas dihati atau disebut dilidah merupakan satu doa. Maka apa maksudnya? Maksudnya, usaha sajalah sungguh-sungguh, kemudian berdoa pada Allah, sesudah itu bertawakal pula, dan Y.A.K.I.N bahawa Allah pasti akan membantu kita. "Boleh tak Cik Zana?" Ah sudah..monolog aje kerjanya saya hari ini..

Dan akhirnya, alhamdulilah KELEGAAN YANG AMAT apabila sudah segalanya sudah selesai sebentar tadi. Walaupun tempoh yang agak lama dan diasak pelbagai soalan yang merangkumi pelbagai topik, tetap berasa lega sebab ianya sudah berlalu dengan selamat. Walaupun sebenarnya ada juga beberapa soalan yang tersangkut tidak dapat jawab tadi. ='(

Oh hari ini hari jumaat. Esok sudah weekend rupanya. cepat betul masa berlalu. Hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi sebelum study week bermula. Ada 2 test yang bakal menjelang dan ada berderet-deret assignment yang perlu disiapkan. Come on Cik Zana. You can do it. =')

Ok lah. Sampai disini saja coretan untuk kali ini. Jumpa lagi. Assalamualaikum!

Friday, January 28, 2011

Dugaan Demi Dugaan

Jika saya mengatakan saya sedang gembira ketika ini, itu bermakna saya menipu. Jika saya mengatakan saya sedang senang hati ketika ini, saya juga menipu. Hakikatnya, sejak kebelakangan ini, saya memang dihimpit pelbagai ujian dan dugaan yang datang bertubi-tubi, bertimpa-timpa, dan dari pelbagai arah. Kadang rasa tak mampu hadapi. Tapi tak boleh. Kena kuat. Boleh?

"boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu"
(Al-Baqarah: 216)


"wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat" (Al-Baqarah: 153)



Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu


Bibir mudah mengucap sabar

Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran



Segala takdir

Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya



Harus ada rasa bersyukur

Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya



Allah rindu mendengarkan

Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi



Segala takdir

Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya



Allah rindu mendengarkan

Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica

**saat ini memang lagu-lagu sebegini yang menjadi motivasi diri. Di samping buku 'La Tahzan' juga. Semoga beroleh kekuatan...hurm..