"boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu"
(Al-Baqarah: 216)
"wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat" (Al-Baqarah: 153)
Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu
Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
Munsyid : Mestica
**saat ini memang lagu-lagu sebegini yang menjadi motivasi diri. Di samping buku 'La Tahzan' juga. Semoga beroleh kekuatan...hurm..
kuatkan diri..insyaallah..
ReplyDelete3:139
Baik.time kasih amin.
ReplyDeletesabar ye dik....Allah uji sbb Allah sayang. Allah itu sgt hampir. Yakini kasih sygNya buat kita.
ReplyDeletetime kasih kak...iye mmg btl tue,innallahamaana..
ReplyDeletejgn risau, dah ok dah nie, sekjap je melayan kekecewaan hati yang bergundah gulana haritu..sekarang sudah stabil kembali..alhamdulilah2..heheh :))