Friday, April 29, 2011

Geology

Assalamualaikum..

Suatu hari saya ke kafe untuk membeli makanan..

Pakcik kedai makan: Adik ambil kursus apa?
Saya yang pemalu: Geologi pakcik.
Pakcik kedai makan: Ooo..kerja apa nanti ye ambil bidang tu..?korek-korek tanah ye..???

Erk??

Memang tak dapat dinafikan, ramai yang tidak tahu mengenai bidang ini. Saya juga begitu dahulu. Kali pertama mendengar nama kursus ini ialah sewaktu di tingkatan 5, apabila seorang senior melanjutkan pelajaran di Canada dalam bidang ini. 

Dan respon yang saya dengar dari seorang kawan mengenai kakak senior tersebut ialah..

Kawan saya: Kakak tu dia memang pelik sikit, dia punya minat pun memang pelik-pelik sikit, kalau tengok dia dengar lagu pun memang dia suka dengar lagu yang pelik-pelik, tu dia amik course pun pelik-pelik je.

Dulu-dulu la..konklusi awal saya terhadap bidang ini ialah satu bidang bagi orang-orang pelik. 

Haha.

Pelikkah saya?
Generally, memang pun pelik sikit, tetapi baik [??] :P

Ada gambar sikit dapat search dari google tadi. hehe.




See..people keep thinking a geologist is only studying ROCKS. In fact, it is NOT.





There is no right or wrong in our interpretations as long as we can justify them with evidences..





A geologist is meant to be together with field trip..
[don't forget to use sun block, 'banana boat' should be okay] :P





and..


     This is not a bluff. They are really alive.

 Ok lah. 

Sampai sini saja 'post saja-saja' saya untuk kali ini. 

Jumpa lagi.

Assalamualaikum.. :)







Sunday, April 3, 2011

Salasilah Keturunanku

Assalamualaikum

Baru sebentar tadi ayah call saya pesan suruh buka blog Jejak Keturunanku. Mengikut cerita ayah saya masa saya kecik-kecik dulu-dulu la, ayah merupakan keturunan berdarah Bugis. Arwah datuk pula iaitu ayah kepada ayah saya yang bernama Taib bin Abdullah merupakan seorang askar tanah melayu yang ditembak mati oleh tentera komunis. Manakala arwah moyang pula merupakan penghulu di Kesang Tasek. Ada juga satu nama sekolah di Serom jika saya tak silap diambil sempena nama beliau. Seingat saya kalau raya tu pernahlah saya berkesempatan dalam tiga atau empat kali menziarahi kubur moyang di Serom. Setakat itu saja la yang saya tahu, sejarah tentang oneng-oneng dan ke atas memang terus terang saya tak berapa tahu. Jadi berikut ini merupakan serba sedikit tentang salasilah keturunan saya yang dipetik dari Jejak Keturunanku. Jika siapa yang nak tahu bole la teruskan membaca jika tidak berminat it's okay =)


(Carta ini dipetik daripada blog Jejak Keturunanku)
Tok Kesang-->Laji-->Samsu-->Abdullah(moyang)-->Taib(datuk)-->Abdul Rahim(bapa)



(Dipetik dari Jejak Keturunanku)
Penghulu Abdullah merupakan moyang saya. Beliau pernah mempunyai 3 orang isteri dan arwah datuk saya iaitu datuk Taib bin Abdullah merupakan hasil perkahwinan beliau dengan isteri yang kedua iaitu Aminah. 





(Dipetik dari Jejak Keturunanku)
Taib bin Abdullah : Moyang
Abdul Rahim bin Taib : Bapa


Setelah jelajah sedikit sebanyak blog Jejak Keturunanku baru saya tahu banyak juga sumbangan arwah moyang saya iaitu Penghulu Abdullah di bumi Johor. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab membuka kawasan-kawasan di Johor antaranya Sungai Mati, Sungai Senduk, Pantai Layang, Rawang, Bukit Kangkar dan Serom. Manakala arwah datuk pula telah terkorban dalam perjuangan mempertahankan tanah air. Al-fatihah buat arwah moyang Penghulu Abdullah & isterinya Aminah, buat arwah datuk Taib & isterinya Maimun. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para soleheen. Amiin.

Baiklah. Sekian saja untuk kali ini. Assalamualaikum. =)




Friday, April 1, 2011

Kelegaan Yang Amat

Assalamualaikum

Fuh..berapa lama dah nie membiarkan blog TRT (Tekad Redha Tabah) ini terbiar terkontang-kanting seumpama tiada bertuan. "Sorry blog TRT, aku tak dapat nak update kau selalu-selalu sekarang nie dek kerana dihambat bermacam-macam komitmen akhir-akhir ini" saya bermonolog.

Ok.Alhamdulilah saya baru sahaja selesai ditemuduga untuk kerja tadi. Huh. First time menghadiri temuduga untuk kerja. Nervous bukan main. Bermacam-macam kemungkinan dan andaian bermain difikiran. Beberapa minggu sebelum ditemuduga itu pelbagai persediaan telah dilakukan. Termasuklah membuka kembali nota-nota lama yang berkenaan dengan bidang yang saya ceburi. Tidur pun tak lena. Makan tak kenyang. Assignment-assigment juga banyak yang tertangguh dek kerana sibuk membuat persediaan untuk temuduga ini, ditambah pula fikiran yang tidak menentu yang kadang-kadang muka je nampak cool tapi dalam hati hanya Allah saja la yang tahu betapa tak keruannya saya memikirkan apakah soalan-soalan yang agak-agak bakal dikemukan nanti. Terima kasih tak terhingga dekat mak & ayah serta seluruh ahli keluarga serta tak lupa jugak dekat Cik Fatimah Az Zahra' & Cik Fauziah sebab banyak bagi motivasi kerana dua tiga minggu nie saya selalu je berkeluh kesah ketika di dalam kelas dek kerana perasaan yang ditekan-tekan (tekanan perasaan) apabila memikirkan banyak komitmen yang perlu dilakukan dalam masa dua tiga minggu nie. 

Oh yang sebenar-benarnya saya terlupa lagi, kenapa mahu berkeluh-kesah? Adakah apabila saya berkeluh kesah itu seumpama saya mahukan dunia itu terjadi seperti apa yang saya mahukan? Sedangkan saya tahu ianya pasti tidak akan berlaku. Adakah saya berkeluh kesah kerana saya mahu hidup yang sentiasa terus-menerus tenang aman damai tanpa dihimpit dengan masalah-masalah seperti yang dinyatakan tadi? "Eh jangan bermimpi. Ada ke orang macam tu dalam dunia? Mana ada Cik Zana oi. Bosan kot hidup macam tu." Pendek kata, "jangan mimpi kau boleh hidup senang lenang tanpa masalah" saya bermonolog lagi. Ewah banyak bermonolog pula akhir-akhir ini.

Firman Allah S.W.T:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : " Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji lagi?"Al Ankabut:2

Tambahan lagi, sikap saya yang asyik risau memikirkan apakah nasib saya kelak selepas interview memang tak patut. Seolah-olah saya berprasangka buruk pula pada Allah S.W.T. Sedangkan Allah S.W.T telah berfirman,

Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu"

Pernah juga saya terbaca bahawa apa yang kita fikirkan sama ada yang terlintas dihati atau disebut dilidah merupakan satu doa. Maka apa maksudnya? Maksudnya, usaha sajalah sungguh-sungguh, kemudian berdoa pada Allah, sesudah itu bertawakal pula, dan Y.A.K.I.N bahawa Allah pasti akan membantu kita. "Boleh tak Cik Zana?" Ah sudah..monolog aje kerjanya saya hari ini..

Dan akhirnya, alhamdulilah KELEGAAN YANG AMAT apabila sudah segalanya sudah selesai sebentar tadi. Walaupun tempoh yang agak lama dan diasak pelbagai soalan yang merangkumi pelbagai topik, tetap berasa lega sebab ianya sudah berlalu dengan selamat. Walaupun sebenarnya ada juga beberapa soalan yang tersangkut tidak dapat jawab tadi. ='(

Oh hari ini hari jumaat. Esok sudah weekend rupanya. cepat betul masa berlalu. Hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi sebelum study week bermula. Ada 2 test yang bakal menjelang dan ada berderet-deret assignment yang perlu disiapkan. Come on Cik Zana. You can do it. =')

Ok lah. Sampai disini saja coretan untuk kali ini. Jumpa lagi. Assalamualaikum!