Showing posts with label My Profile. Show all posts
Showing posts with label My Profile. Show all posts

Sunday, April 3, 2011

Salasilah Keturunanku

Assalamualaikum

Baru sebentar tadi ayah call saya pesan suruh buka blog Jejak Keturunanku. Mengikut cerita ayah saya masa saya kecik-kecik dulu-dulu la, ayah merupakan keturunan berdarah Bugis. Arwah datuk pula iaitu ayah kepada ayah saya yang bernama Taib bin Abdullah merupakan seorang askar tanah melayu yang ditembak mati oleh tentera komunis. Manakala arwah moyang pula merupakan penghulu di Kesang Tasek. Ada juga satu nama sekolah di Serom jika saya tak silap diambil sempena nama beliau. Seingat saya kalau raya tu pernahlah saya berkesempatan dalam tiga atau empat kali menziarahi kubur moyang di Serom. Setakat itu saja la yang saya tahu, sejarah tentang oneng-oneng dan ke atas memang terus terang saya tak berapa tahu. Jadi berikut ini merupakan serba sedikit tentang salasilah keturunan saya yang dipetik dari Jejak Keturunanku. Jika siapa yang nak tahu bole la teruskan membaca jika tidak berminat it's okay =)


(Carta ini dipetik daripada blog Jejak Keturunanku)
Tok Kesang-->Laji-->Samsu-->Abdullah(moyang)-->Taib(datuk)-->Abdul Rahim(bapa)



(Dipetik dari Jejak Keturunanku)
Penghulu Abdullah merupakan moyang saya. Beliau pernah mempunyai 3 orang isteri dan arwah datuk saya iaitu datuk Taib bin Abdullah merupakan hasil perkahwinan beliau dengan isteri yang kedua iaitu Aminah. 





(Dipetik dari Jejak Keturunanku)
Taib bin Abdullah : Moyang
Abdul Rahim bin Taib : Bapa


Setelah jelajah sedikit sebanyak blog Jejak Keturunanku baru saya tahu banyak juga sumbangan arwah moyang saya iaitu Penghulu Abdullah di bumi Johor. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab membuka kawasan-kawasan di Johor antaranya Sungai Mati, Sungai Senduk, Pantai Layang, Rawang, Bukit Kangkar dan Serom. Manakala arwah datuk pula telah terkorban dalam perjuangan mempertahankan tanah air. Al-fatihah buat arwah moyang Penghulu Abdullah & isterinya Aminah, buat arwah datuk Taib & isterinya Maimun. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para soleheen. Amiin.

Baiklah. Sekian saja untuk kali ini. Assalamualaikum. =)




Friday, May 21, 2010

Diriku dan kehidupan ini

Assalamualaikum semua..

Memandangkan ini merupakan post yang pertama, eloklah kiranya saya memperkenalkan diri terlebih dahulu. Diri ini merupakan seorang pelajar yang sedang menuntut di Universiti Malaya dalam bidang Geologi Gunaan dan kini sedang menjalani latihan industri a.k.a internship di Talisman Energy, Ampang, Kuala Lumpur.

Nak dijadikan cerita, saya kini sepatutnya sedang bercuti semester akhir tahun kedua. Namun, apabila ditawarkan untuk menjalani latihan industri, terpaksalah cuti dua bulan lebih kali ini dikorbankan untuk kesekian kalinya. Untuk pengetahuan, ini bukannya kali pertama cuti semester saya dikorbankan, tetapi cuti-cuti semester yang sebelum ini juga sudah banyak terkorban disebabkan mengikuti kajian lapangan atau fieldwork di merata-rata negeri. Kalau tak silap, cuti semester yang betul-betul saya dapat melepak-lepak depan tv dan bermalas-malasan dirumah berbulan-bulan ialah sewaktu ditahun pertama dulu.huhu..alangkah indahnya..Sekarang ni, dapat balik ke rumah pun sekejap-sekejap je.memang sangat tak puas. Namun apa yang pasti, pada mid-sem break tahun akhir pula nanti saya pasti akan sangat sibuk dengan persiapan tesis dan mungkin juga fieldwork, viva,seminar dan macam-macam lagila yang memang confirm akan menguji mental, emosi dan fizikal diri ini.

Ini bermakna saya kini perlu lebih jelas dan sedar bahawa usia diri ini sudah makin dewasa. Masa untuk bermalas-malasan perlu segera diminimumkan dan diisi dengan tanggungjawab-tanggungjawab yang nyata semakin berat. Cuti panjang?ah lupakan...

Selepas ini, sesudah tamatnya latihan industri pada 9 Julai 2010 ini, saya akan terus masuk semester pertama tahun akhir yang bakal bermula pada 12 Julai 2010. Tahun akhir pastinya menjanjikan dugaan yang lebih mencabar. Apa yang sedang bermain-main difikiran saya sekarang ini ialah projek tahun akhir atau lebih familiar dengan gelaran TESIS!Memang bermacam-macam persediaan rapi perlu dilakukan sebelum menghadapi projek ini. Tajuk tesis telah pun dipilih dan berharap latihan industri yang sedang dilalui sekarang ini sedikit sebanyak membantu diri ini untuk menghasilkan tesis yang baik.


Itulah dia sedikit sebanyak pengenalan dan tentang kehidupan saya yang biasa ini..Ada jodoh nanti kita jumpa lagi di post-post akan datang ok?Assalamualaikum..^_^