Friday, January 28, 2011

Dugaan Demi Dugaan

Jika saya mengatakan saya sedang gembira ketika ini, itu bermakna saya menipu. Jika saya mengatakan saya sedang senang hati ketika ini, saya juga menipu. Hakikatnya, sejak kebelakangan ini, saya memang dihimpit pelbagai ujian dan dugaan yang datang bertubi-tubi, bertimpa-timpa, dan dari pelbagai arah. Kadang rasa tak mampu hadapi. Tapi tak boleh. Kena kuat. Boleh?

"boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu"
(Al-Baqarah: 216)


"wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat" (Al-Baqarah: 153)



Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu


Bibir mudah mengucap sabar

Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran



Segala takdir

Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya



Harus ada rasa bersyukur

Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya



Allah rindu mendengarkan

Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi



Segala takdir

Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya



Allah rindu mendengarkan

Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica

**saat ini memang lagu-lagu sebegini yang menjadi motivasi diri. Di samping buku 'La Tahzan' juga. Semoga beroleh kekuatan...hurm..

Sunday, January 23, 2011

SOLAT

Assalamualaikum semua..Entry kali ini saya copy paste dari blog 'Pencari Iman Sejati' ( klik sini ). Semoga dapat sama-sama berkongsi ilmu.

**maaflah sebab sejak akhir-akhir ini tiada kekuatan untuk menulis di blog, banyak copy paste saja. Tapi harap masih dapat beri manfaat kepada pembaca(kalau ada la yang baca blog saya nie).


Dari Abu Hurairah, dari Nabi saw bersabda : "Barangsiapa yang melalaikan akan solat akan menerima 15 balasan dari Allah. 6 balasan semasa hidup, 3 semasa saat kematian,3 didalam kubur dan 3 semasa keluar dari kubur (hari akhirat). Bagi 6 balasan semasa hidup :


1. Allah akan mencabut barakah dari umurnya
2. Allah akan membuang ciri-ciri orang yang baik dari wajahnya
3. Setiap amalan yang dilakukan Allah tidak akan dibalas
4. Do'anya tidak akan naik ke langit
5. Bukan darinya dianggap sebagai do'a orang yang soleh
6. Roh dikeluarkan tanpa Iman

Bagi 3 balasan semasa hendak mati :


1. Mati didalam keadaan memalukan

2. Mati didalam keadaan lapar.

3. Mati didalam keadaan haus, walaupun jika ia minum air seluruh lautan sekalipun ia masih haus.

Bagi 3 balasan semasa didalam kubur :

1. Allah menyempitkan kuburnya sehingga tulang rusuknya bertemu
2. Allah membakar kuburnya dengan api dan menukarkan bahan pembakar api siang dan malam
3. Allah menghantarkan seekor ular yang bernama "al-syujaa'" yang akan memukulnya dari pagi sehingga tengahari kerana meninggalkan solat Subuh, dari tengahari sehingga Asar kerana meninggalkan Asar dan seterusnya. Dengan setiap pukulan ia boleh menimbuskan seseorang sejauh 70 ela kebawah tanah.

Bagi 3 balasan dihari Kiamat :

1. Allah menghantar mereka yang bersamanya kedalam neraka dengan cara menarik mukanya.
2. Allah melihatnya dengan marah yang menyebabkan daging dimukanya jatuh kebawah
3. Allah mengadilkannya secara ketat dan mencapakkannya kedalam api neraka dan ia adalah satu keputusan yang buruk!


Barang siapa yang dapat menjaga Solat 5 waktu, Allah swt. akan kurniakan padanya 5 ganjaran:

(1) Memperoleh keberkatan rezekinya di dunia.
(2) Diangkat siksaannya di alam kubur.
(3) Memperoleh buku catitan amal melalui tangan kanan.
(4) Melalui titian sirat sepantas kilat.
(5) Masuk syurga tanpa hisab.

"Tidak ada tiga orang (lelaki) dalam sesebuah kampung atau sesebuah desa yang tidak mengerjakan sembahyang berjemaah, melainkan mereka (mudah) dikuasai oleh syaitan (dengan menjadikan mereka mencuaikan perintah syara’); oleh itu hendaklah engkau sentiasa menyatukan diri dengan jemaah (kerana dengan itulah sahaja engkau akan selamat dari angkara syaitan)"(Riwayat Imam Ahmad).

Friday, January 21, 2011

1 semester 7 subjek~

Alhamdulilah..semalam saya baru saja selesai melakukan pendaftaran subjek. Semester ini cuma sebanyak 7 subjek diambil termasuk Projek Tahun Akhir iaitu sebanyak 19 jam kredit. Antara 7 subjek ini hanya 4 subjek saja yang mempunyai peperiksaan akhir manakala 3 daripadanya merupakan penilaian berterusan termasuk test, report, assignment, viva dan sebagainya. Ok la sikit berbanding semester lepas yang sebanyak 9 subjek perlu diduduki untuk peperiksaan akhir.. =)


Baiklah, sekian saja saya melaporkan..Assalamualaikum.



Monday, January 17, 2011

1ST AWARD FROM LUVLY DUVLY KAKLONG!^_^

Hoyeah!
Dapat first award from my luvly duvly sis @ Rosmalinda Abd.Rahim aka Lindarahim
excited!^_^
Thank you!!
Alrite..
i will keep that in mind.
kaklong masak mmg best!!!(bodek2)
hekhekhek :P
luv...zanaishi aka nanabaik(eh2?)hee ~~

Friday, January 14, 2011

Kuatlah Wahai Kaum Hawa


Allah S.W.T berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan
anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya
dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya
dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang
suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini
adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk
yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat
dimana cinta itu ada."

Wednesday, January 5, 2011

Hari Lelaki & Wanita (HALWA 11) + Kursus Pra-Perkahwinan


Tajuk: Hari Lelaki & Wanita (HALWA 11)
Tempat: Auditorium Fakulti Pendidikan Universiti Malaya
Tarikh: 15 Jan - 16 Jan 2011
Antara Program Menarik: Kursus Pra-Perkahwinan
Yuran: Rm55 (pelajar UM) & Rm 60 (bukan pelajar UM)
Anjuran: Unit Helwani PMKUM

**Sijil yang diiktiraf JAKIM akan diberikan kepada setiap peserta
**Sesiapa berminat boleh daftar sebelum 5 Jan 2011 (malam ini last!)