Wednesday, December 22, 2010

W.A.N.I.T.A

Dua tiga hari ini hati tidak berapa tenteram dek kerana banyak ura-ura dari rakan-rakan di facebook yang mengatakan result peperiksaan sudah keluar! Begitulah resam hidupku sepanjang hampir tiga tahun dalam pengajian di Universiti Malaya ini (tak termasuk PASUM), baru saja lebih kurang dua minggu bercuti, baru saja nak tenang-tenangkan diri daripada dihambat 'assignment','test','report',pembentangan etc. selama satu semester, atau juga dalam bahasa pasarnya "belum sompek eden nak tarik napeh laie.." kami sudah dikejutkan dengan 'result exam' pula.

Tetapi tak mengapalah, disebalik semua ini terselit juga rasa bangga dengan sistem pengurusan Bahagian Peperiksaan UM yang setakat ini saya rasa cepat dan lancar je. Tahniah. Setakat ini masih ada dua subjek lagi yang belum saya ketahui grednya. Hanya mampu berdoa supaya dapat gred yang baik-baik saja. Ok kita tangguhkan dulu perbincangan tentang 'result exam' ya..

Hari ini saya ingin berkongsi sebuah lirik lagu khas buatmu kaum hawa diluar sana. Bait-bait liriknya boleh kita jadikan pedoman untuk membina peribadi seseorang wanita yang hidupnya seringkali diuji dengan pelbagai dugaan dan mudah saja terdedah kepada fitnah dunia.


‘Takutlah (berhati-hatilah) kalian dengan dunia dan takutlah kalian terhadap fitnah wanita, kerana sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa bani Israil adalah dalam urusan wanita.’ (Hadis Riwayat Muslim)

Jom kita hayati liriknya..^^

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan



Tajuk:Wanita
Lirik Lagu: DeHearty

2 comments: