Tuesday, December 14, 2010

Tawakal

Semester pertama tahun ketiga kini sudah berlalu. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa semester yang baru berlalu ini merupakan semester yang agak mencabar. Mengambil sembilan subjek dalam satu semester bukanlah sesuatu yang mudah. Tambahan pula jadual peperiksaan yang agak rapat-rapat dan adakalanya bertindan dua peperiksaan dalam satu hari menjadikannya lebih menguji KESABARAN. Walaubagaimanapun, usaha sudah dilakukan, seterusnya hanyalah mampu bertawakal kepada yang Khaliq untuk menentukannya. Mudah-mudahan yang terbaik yang akan diperoleh.

Allah S.W.T berfirman:

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan, memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan, barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan(keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah Ath-Thalaaq: 2-3).

2 comments:

  1. dah usaha yg t'baek kn..gud luck zana!!! :)

    ReplyDelete
  2. Hehe.insyaallah nisa..tak tahulah dah tak mampu buat apa2 lagi sekarang nie,mampu bertawakal je. Time kasih nisa comei! ^_^

    ReplyDelete