Showing posts with label Internship. Show all posts
Showing posts with label Internship. Show all posts

Thursday, July 15, 2010

Praktikal BerAKHIR..Semester Baru BerMULA..

Assalamualaikum kepada pembaca semua...^_^

Alhamdulilah..saya baru saja menamatkan latihan industri pada hari jumaat yang lalu. Dalam masa yang singkat iaitu selama lebih kurang 9 minggu, pelbagai ilmu yang telah kami pelajari dari mentor-mentor kami di sana. Apabila tamatnya praktikal, barulah saya sedari betapa pentingnya mempunyai kemahiran untuk bekerja di dalam satu kumpulan. Satu perkara yang selalu ditekankan oleh mentor saya ialah "team work" ataupun bekerja secara berkumpulan. Dalam suatu projek eksplorasi minyak contohnya, seseorang 'geologist' saling bergantung kepada 'geophysicist', 'petrophysicist' dan juga 'reservoir engineer' untuk mencapai matlamat yang sama iaitu untuk mencari lokasi minyak. Setiap individu pula mempunyai tugas dan kepakaran dalam bidang masing-masing yang akan saling melengkapi antara satu sama lain. Kejayaan/kegagalan bagi sesuatu perkara itu pula merupakan kejayaan bersama ahli kumpulan dan bukan kejayaan/kegagalan individu.


Sekadar untuk berkongsi pengalaman, pada 2 minggu sebelum praktikal berakhir, kami telah berhempas-pulas membuat persediaan bagi pembentangan akhir projek kumpulan. Sehinggakan ada hari-hari tertentu yang kami tidak turun kafe untuk makan tengahari. Kadang-kadang terpaksa pula kami stay di pejabat sehingga pukul 6 p.m, 6.30 p.m,dan kadang-kadang sampai pukul 8.15p.m pun ada. Wah...begitu berdedikasi bukan? hehe..


Dipendekkan cerita, setelah berakhirnya pembentangan dihadapan mentor-mentor kami dan juga dihadapan ketua 'Exploration and Business Department' iaitu Lawrence, kami semua berasa tersangat lega dan gembira apabila mendapat pujian menggunung(yang rasanya tak berapa layak pun untuk kami ni,huhu) daripada beberapa staf di situ termasuklah daripada Lawrence sendiri. Syukurlah..sekurang-kurangnya penat lelah kami semua berbaloi juga...^_^ Kegembiraan kami selepas itu disusuli pula dengan program membeli-belah cenderemata untuk mentor-mentor di KLCC!hehe.

Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada mentor-mentor kami iaitu Supian Suntek, Wong Sook Chen, Poh Kwong Wee dan Mohamad Marzuki (Pak Marzuki) dan tak lupa juga kepada mentor-mentor dari kumpulan lain iaitu Anwar Khan, Stanley, Adrian dan Peter Chu. Jasa dan tunjuk ajar kalian sangat kami hargai..

















Apabila tamatnya latihan industri pada hari Jumaat yang lalu, sisa cuti semester ketika itu masih lagi berbaki 2 hari. Lalu, pada malam jumaat tersebut saya telah bertolak ke Melaka menaiki bas untuk mengemas barang-barang yang perlu dibawa pulang ke kolej. Esoknya, iaitu pada pagi hari sabtu, kedua ibu bapa dan juga abang saya telah menghantar saya ke UM dengan selamatnya...

Tapi selepas saja sesi pungah-memunggah barang dari kereta ke bilik, saya kemudiannya telah mengambil keputusan mengejut untuk mengikut kedua ibu bapa dan abang saya pulang ke kampung ibu mertuanya di Pekan, Pahang. Tindakan ini diambil gara-gara masih tidak puas bercuti dan belum ada mood nak masuk UM lagi..huhuhu..

Tapi apa-apa pun, di Pekan memang best. Maklumlah tengah musim durian..Mertua abang saya nie pula memang mempunyai dusun durian, jadi puaslah kami menikmati durian kat sana. Tak cukup itu saja, beberapa guni durian juga turut dibekalkan oleh mertua abang saya untuk dibawa pulang ke Melaka. Selepas semalaman bercuti di Pekan, esoknya iaitu pada hari ahad, saya telah kembali semula ke UM dan terpaksa menerima kenyataan yang semester baru benar-benar akan bermula pada esok hari...huhu..(sabar jela..)

Ok..praktikal sudah..cuti sudah..dan semester baru pun sudah 4 hari bermula.Hurm..pejam celik pejam celik, sudah hampir seminggu semester 1, sesi 2010/2011 bermula. Setakat ini semua urusan di universiti masih berjalan dengan lancar. Diharapkan saya dan rakan-rakan seperjuangan semua dapat meneruskan usaha dan lakukan yang terbaik untuk semester ini. Insyaallah..^_^

Baiklah..itu saja celoteh untuk entry kali nie..nanti-nanti jumpa lagi ya!Assalamualaikum...^_^

Saturday, May 22, 2010

internship's program

Assalamualaikum semua...


Post kali ini lebih berkisar tentang pengalaman saya setelah genap 2 minggu menjalani latihan industri. Bermula dari hari pertama intern jadual harian saya mula bermula dari seawal jam 5 pagi saya bangkit dari tidur untuk bersiap-siap ke tempat kerja dan pulang semula ke rumah antara pukul 6.30 paling awal atau 7.30 petang paling lewat. Apabila pulang ke rumah, pada waktu malam masih ada lagi sisa-sisa kekuatan dalam diri untuk bersengkang mata tengok tv (atau kadang-kadang tv tengok saya balik) sampai paling lewat pukul 11 malam. Namun kebiasaannya pukul 10 malam dan keatas saya memang sudah tak mampu lagi untuk besengkang mata.

Kenderaan saya ke tempat kerja pula adalah dengan menaiki kereta, lrt star dan lrt putra. Ini bermakna saya terpaksa menukar lrt star ke putra di Masjid Jamek lalu menyebabkan masa yang diambil untuk saya sampai di tempat kerja adalah kira-kira 1 jam!

Untuk internship's program yang sedang saya jalani sekarang pula adalah melibatkan 4 orang pelajar geologi dari Universiti Malaya dan 4 orang pelajar geofizik dari Universiti Sains Malaysia. Ianya terdiri daripada 6 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan dimana satu kumpulan terdapat 2 orang geologists dan 2 orang geophysicists. Setiap kumpulan diberi satu projek yang perlu disiapkan dalam jangka masa 6 minggu dan 2 minggu berikutnya kami perlu menyediakan bahan untuk pembentangan.

Pada minggu pertama kami di syarikat ini, tugas kami adalah untuk membaca manual-manual,nota-nota dan laporan-laporan yang berkaitan dengan geologi dan syarikat ini. Bahan bacaan yang diberi memang sangat-sangat banyak dan antaranya ialah Petroskills (in compiled notes) yang mempunyai lebih kurang 400 muka surat. Mula-mula tengok memang rasa macam tak mampu nak habiskan dalam masa seminggu tapi alhamdulilah akhirnya kami berjaya juga habis membaca nota tersebut. Nota tu memang sangat best. kenapa?mungkin kerana kebanyakan isi-isinya kami telah belajar sewaktu kuliah dan kebanyakan penerangan serta ringkasan dalam nota-nota tersebut yang membuat kami lebih senang paham. Banyak perkara yang diajar dalam kuliah yang saya baru sedar akan kepentingannya dalam eksplorasi minyak dan gas. 2 minggu pertama ini ternyata telah membuktikan secara kasar bagaimana setiap subjek yang diajar di dewan kuliah diaplikasi dalam syarikat ini.

Pada minggu kedua pula, kami telah dihidangkan dengan sebanyak 5 well logs. Agak teruja, kerana sewaktu kuliah parameter-parameter yang digunakan di dalam log memang tak ditekankan oleh lecturer, tapi kali ini kami telah diajar bagaimana untuk menginterpretasikan sebuah log! Selain itu, kami juga dihidangkan dengan seismic section dimana lokasi-lokasi 'well' itu dapat dilihat melalui seismic section ini. Untuk kes ini saya agak kurang teruja kerana saya sudah biasa melihat malah di dalam test juga telah melihat pelbagai bentuk seismic section.

Seterusnya, tugas kami pada minggu hadapan ialah well seismic tie. Iaitu menghubungkaitkan kelima-lima log tadi dengan seismic section...Maka cuti hujung minggu 2 hari ini harap saya dapat melakukan sedikit persediaan untuk pembentangan akhir projek ini nanti.

Contoh 'well log' yang diambil dari internet

Contoh seismic section yang diambil dari internet

Walaubagaimanapun, diri ini sangat bersyukur kepada Allah S.W.T sebab diberi peluang menjadi salah seorang antara yang layak ditawarkan menjalani latihan industri disini. Sekarang jom kita zoom ke gambar-gambar yang sempat saya ambil di album facebook groupmate saya i.e Mohd Danial Ritzaudeen.hehe.

Tety, Boey dan Lip Heng
Ini bilik khas untuk saya bersama ahli kumpulan iaitu Lip Heng,Izad dan Danial





Ini dia Petroskills 'compiled notes' yang dipegang Boey


Setakat itu sahaja untuk post saya kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang ya! Assalamualaikum...^_^