Tuesday, March 6, 2012

Kisah Saya & Abu Dhabi (Bhg.II)

Assalamualaikum.

Secara peribadi saya berpendapat bandar Abu Dhabi adalah sebuah bandar yang cantik dan bersih (jika kotor pun disebabkan oleh pasir-pasir dan debu yang berterbangan). Penduduk tempatan di negara itu rata-ratanya hidup senang atau mewah. Di negara itu saya belum pernah lagi melihat kelibat beggars. Samada pelayan fastfood, kedai-kedai makan, pencuci tandas, tukang sapu sampah, cashier supermarket dan pekerja-pekerja di Ferrari World Theme Park sekalipun bukan terdiri dalam kalangan penduduk tempatan. Malah pemandu teksi pun rata rata terdiri daripada warga India, Nepal dan Bangladesh. Penduduk tempatan di sana kebanyakannya sudah secure dan mendapat kerja yang lebih baik di bawah naungan kerajaan negara mereka.

Pantai dan Sekitar Kawasan Bandar Abu Dhabi

Night in Abu Dhabi 


Amazing view of the town at night


Stunning


Busy night


Reacreational Park.
A bit blur while sandstorm hit the town..but still very nice view~


Jernih dan sejuk air nie


Terpesona. Cantik kan...=')


Pantai ini terletak di tengah bandar Abu Dhabi.


Hamdan Street
Jika berada di bandar ini, antara tempat membeli belah yang terkenal ialah Hamdan Street. Pelbagai barangan seperti cenderahati, pakaian, beg, kasut, jam tangan dan minyak wangi boleh didapati dengan harga yang berpatutan. Bagi barangan yang berjenama(biasanya yang dijual di dalam shopping mall), jika dibandingkan dengan harga barangan berjenama di Malaysia, di sini harganya jauh lebih murah. Tapi jika mahu yang tidak berjenama (harganya pastilah lebih murah dan berpatutan) barangannya boleh didapati di sekitar Hamdan Street itu tadi. 


Marina Mall 
Marina Mall ini terletak di tengah-tengah bandar Abu Dhabi. Di sini, koleksi barang-barang yang dijual lebih kurang seperti yang terdapat di Malaysia, yang bedanya cuma suasana di sini kita dapat melihat rata-rata orang arab di sini memakai jubah bagi yang lelaki dan abaya bagi yang perempuan. Saya teruja melihat suasana seperti ini. Lain dari Malaysia. Nampak seperti masyarakat arab di sini bangga dengan culture mereka. Iya lah kan, even pergi shopping mall pun masih ramai yang memilih memakai jubah dan abaya :) Pengaruh pemakaian barat tu nampak ada kurang sikitla berbanding di Malaysia. Kalau di Malaysia tu, kadang-kadang kita pun tak dapat beza samada seseorang itu melayu, cina atau india kerana dari segi pemakaian hampir lebih kurang sama saja. Oh ya, ada seorang senior di MLC mengatakan bahawa barangan berjenama di Marina Mall ini sebenarnya jauh lebih murah dari berangan berjenama di Malaysia. Ada kaitan dengan cukai kah? Wallahualam.

Di bawah ini merupakan gambar di sekitar Marina Mall. Tapi saya betul betul tak tahu kenapa bila upload gambar gambar ini di blog ia jadi begini teruk sampai ada yang hitam dan kelihatan seperti berlapis lapis. Saya dah cuba upload banyak kali tapi begitu juga hasilnya. Buat sementara ini saya guna dahulu gambar ini, nanti kemudian dah jumpa solution saya update gambar yang baru ok :)

Sebuah kafe dalam Marina Mall. 


Ferrari World Theme Park
Harga tiket masuk bagi kelas biasa ialah 225 dirham iaitu lebih kurang RM180. Ada juga tiket yang lebih mahal di mana anda boleh menikmati lebih banyak faedah seperti tidak perlu beratur panjang untuk menunggu giliran dan boleh bermain sesetengah game yang lebih menarik. Tapi malangnya saya sudah lupa berapa harga bagi sekeping tiket tersebut. Saya dan rakan-rakan hanya beli tiket yang berharga 225 dirham. Itu pun sudah cukup memadai dan menyeronokkan hehe. Yang paling famous di Ferrari World Theme Park ini ialah Formula Rossa iaitu sebuah roller coaster yang terlaju di dunia iaitu dengan kelajuan 240 km/j. Waktu beratur untuk menunggu giliran menaiki roller coaster ini saya memang dah kecut perut.   Perasaan berbelah bahagi samada mahu naik atau tidak sebab saya sememangnya benci menaiki roller coaster haha. Tapi orang kata alang alang dah sampai dan dah beli tiket mahal mahal tu kan, haa eden naik yolah.....tapi lepas tu memang taubat dah tak mahu naik lagi. Scarrrrry sangat ok! :')


On the way to Ferrari World Theme Park


IKEA in Abu Dhabi. It's just in front of the Ferrari World Theme Park. 
Look at the left side of IKEA, that's the rail of the Formula Rossa.


Arrived



Inside the fantastic building of Ferrari World Theme Park


For children. 
Ini kalau bawa Hafiz, Izzah, Ain & Arif mesti diorang suka =)


Scarrrrry much?Hehe!


The World's Fastest Roller Coaster Formula Rossa! 240km/h is very very fast ok~

Ok lah. Setakat ini dahulu entri kisah saya di Abu Dhabi (Bhg.II). Untuk makluman yang sebenarnya saya dah upload banyak sangat gambar untuk entri ini tapi tak tahulah kenapa gambar yang di upload tidak menjadi. Nanti nanti saya akan cuba mencari solusi dan update semula entri ini cantik-cantik ye sebab sekarang sudah kesuntukan masa dan saya perlu tidur dengan segera kerana esok perlu ke KL ada urusan. Assalamualaikum semua :) 

p/s : Saya kuat semangat insyaallah..:)

No comments:

Post a Comment