Sunday, July 22, 2012

Q.U.I.T. ?

Assalamualaikum.

Puasa kali ini sudah puasa yang ke-3 saya bergelar blogger. Cepat betul masa berlalu. Puasa tahun tahun yang akan datang belum tentu lagi. Rasa-rasa macam mahu quit dari menjadi blogger. Ada banyak faktor, salah satunya, tidak mahu terlalu meng'expose'kan diri di alam maya ini. Atau mungkin, blog ini nanti hanya akan memuatkan perkongsian resepi-resepi yang saya telah cuba. Apa pun, we'll see. Tiada kata putus lagi buat masa ini :)

Selamat Berpuasa!

Dubai, United Arab Emirates

Assalamualaikum.

Sambungan dari entri yang lalu, saya dah berjanji kan mahu buat entri tentang Dubai nie, jadi hari ini baru ada   
kesempatan+peluang+mood untuk update semula entri yang sudah lama terbengkalai di draft inbox saya tu..:)

Jom ikuti kisah ini..

Perjalanan ke Dubai dari Abu Dhabi memakan masa hampir 3 jam jika menaiki shuttle yang disediakan pihak penginapan MLC, tetapi jika menaiki kereta mungkin lebih cepat. Pada pandangan saya Dubai merupakan sebuah bandar yang sangat cantik dan mempunyai pembangunan terancang

Sewaktu di Dubai, saya bersama tiga lagi orang rakan menggunakan perkhidmatan teksi untuk membawa kami jalan-jalan sekitar bandar Dubai. Harga tambang ialah 100 Dollar (lebih kurang RM200++) untuk tempoh masa 4 jam. Pelbagai tempat menarik yang kami singgah seperti Dubai Creek, Heritage Village, Jumeirah Open Beach, Burj Al-Arab, Madinat Souk, Gold Souk, the Atlantis, beberapa hotel-hotel ternama sekitar Dubai, sebuah masjid yang terkenal di kalangan pelancong, Dubai Mall, Burj Khalifa dan ada lagi beberapa tempat yang saya lupa namanya. 


Burj Khalifa, Dubai
Kami sampai di Dubai Mall pada waktu petang. Antara yang menarik di mall ini ialah ia mempunyai akuarium yang sangat besar di dalamnya. Selain itu, dibahagian luar mall ini terdapat persembahan air pancut yang sangat tinggi. Persembahan air pancut ini bermula pada jam 6 petang, dan mengambil masa lebih kurang 10 minit. Agak menarik persembahan air pancut tu sebab dia akan menari-menari mengikut rentak lagu yang dimainkan. 

 
 Pemandangan Burj Khalifa waktu malam. 
Gambar waktu siang ada juga, tapi bila upload dia jadi tak cantik :')


Madinat Souk
Di sini ada menjual pelbagai jenis cenderahati seperti key chain, baju, kasut dan lain-lain. Tapi harganya agak mahal di sini. Tapi yang menarik ialah suasana shopping di sini agak convenience dan unik. Toilet kat Madinat Souk ini amatlah cantik, macam tak sesuai pula dipanggil toilet. Huhu.

Madinat Souk


Hotel 5 Bintang
Berikut merupakan salah satu hotel 5 bintang yang sempat kami kunjungi. Penginap hotel di sini boleh menaiki bot yang disediakan untuk bergerak dari satu bilik penginapan ke bilik penginapan yang lain dan juga untuk ke tempat-tempat yang lain. Memang terpesona lah kan. Itu baru saya lihat dari luar, kalau masuk ke dalam bilik penginapan ini mesti lagi luar biasa. Macam tak sesuai pula dengan taraf 5 bintang. Ini macam sudah berbintang-bintang je kan..






Cantik..:')


Heritage Village
Kemudian kami ada melawat di Heritage Village. Di sini juga ada menunjukkan khemah-khemah yang digunakan oleh penduduk tempatan yang tinggal di padang pasir. Tapi mungkin untuk zaman dulu-dulu saja. Bagi saya tempat ini walaupun settingnya agak menarik, tetapi sudah seakan-akan terbiar dan tiada penjaga. Tapi view di tepi sungai kat sini agak mengusik jiwa juga. Hehe.








Dubai Creek
Di Dubai Creek ini kami cuma sempat mengambil beberapa keping gambar saja. Di sini sebenarnya ada sebuah restoran atas kapal, kalau sesiapa yang ada budget lebih tu kalau berminat boleh lah cuba :)
Tengah cuaca sejuk berangin duduk di Dubai Creek ini memang best :)

Masjid, Dubai
Ini merupakan salah sebuah masjid yang sempat kami lewati sewaktu di sana. Tapi obviously gambarnya tidak begitu menarik apabila di upload di blog ini. Saya pun kurang pasti mengapa.

Antara sebuah masjid yang terdapat di Dubai. 




Setakat nie je yang dapat saya kongsikan. Sebenarnya banyak lagi gambar lain yang tidak dapat di upload lagi sebab masalah teknikal. Hurm. Tak mengapalah. Hehe.

Selamat Berpuasa semua. Assalamualaikum :)


p/s: Sudah lebih kurang 5 bulan post ini tersadai di draft inbox saya. Salah satu faktor utama adalah kerana gambar-gambar banyak yang tidak dapat di upload dengan sempurna. Apa-apa pun yang penting lega sebab dapat publish entri yang dah tertunda sekian lama nie. 

Tuesday, May 8, 2012

Benarkah Pilihan Di Tangan Kita?

Manusia memang mampu berfikir mana baik dan mana buruk sesuatu pilihan. Tetapi kesudahannya hanya Allah yang menentukan. Siapa kita mahu mempersoalkan kenapa dan mengapa ia terjadi? 

p/s : Kuatlah wahai sahabat..

Thursday, April 5, 2012

Only Allah Knows


When I was really in hard time
I have tried to find someone to talk
Telling your problems to someone is sometime make you feel worst 
Make you feel even weaker
After all it was your fault 
Because you let yourself to depend on someone, other than Allah..

I have cried
I know, crying all day long would not solve the problem
But it really made me feel better
When there is nobody beside me, I know that I still have Allah..
Only You can hear me..only You can understand me.. 

Allah helps me..
Give me strength..
Give me courageous..



p/s : Thanks to Pidot & his fiancee Maziah & his mom for the Melaka Tour or Jalan-jalan Cari Makan last monday. I wish u guys to get married soon, barakallah :)

Tuesday, March 6, 2012

6 Mac 2012

Assalamualaikum.

Kisah di Dubai saya tangguhkan dulu. Nanti next entri saya cerita ok hehe. Tadi saya baru pulang dari Kuala Lumpur kerana ada sedikit urusan di UM dan office di Rohas Perkasa. On the way balik dari office tu singgah la sekejap di KLCC dan tempat yang paling saya suka pergi di sini ialah Kinokuniya. Memang sejak dari jadi student lagi kalau ada kesempatan pergi KLCC dan ada masa  lebih saya akan curi curi peluang menjengah Kinokuniya. Tadi niat di hati pergi ke sana mahu cari buku 'Aku Terima Nikahnya' karangan Hasrizal Abdul Jamil. Dari dulu lagi pernah dengar orang cerita kisah buku ini sedap tapi saya belum berpeluang lagi membacanya, sedih-sedih~ Tapi tadi cik adik yang jaga Kinokuniya tu kata buku tersebut sudah habis pula kan lagi la saya sedih~

Jadi untuk tidak membazirkan tenaga saya penat penat datang KLCC hari tu saya pun membeli 3 naskah majalah. Niat di hati mahu mengisi masa lapang cuti selama lebih kurang seminggu ini dengan membaca bahan-bahan ilmiah. Dan juga untuk membawa beberapa naskah majalah yang mungkin tidak sempat dibaca untuk di bawa ke tempat kerja minggu hadapan. Oh macam tak percaya, minggu depan real life saya akan bermula!
 
Alhamdulilah hari ini blog ini terupdate juga walaupun saya agak kurang pasti apakah manfaatnya entri kali ini kepada anda haha! Maafkan saya. Nanti next entri saya cuba hasilkan entri yang lebih bermanfaat ok? Assalamualaikum :)

p/s : Eh benarkah ada ustaz jemputan khas yang berkhidmat di rig petronas? Harap harap ianya benar belaka :)

Kisah Saya & Abu Dhabi (Bhg.II)

Assalamualaikum.

Secara peribadi saya berpendapat bandar Abu Dhabi adalah sebuah bandar yang cantik dan bersih (jika kotor pun disebabkan oleh pasir-pasir dan debu yang berterbangan). Penduduk tempatan di negara itu rata-ratanya hidup senang atau mewah. Di negara itu saya belum pernah lagi melihat kelibat beggars. Samada pelayan fastfood, kedai-kedai makan, pencuci tandas, tukang sapu sampah, cashier supermarket dan pekerja-pekerja di Ferrari World Theme Park sekalipun bukan terdiri dalam kalangan penduduk tempatan. Malah pemandu teksi pun rata rata terdiri daripada warga India, Nepal dan Bangladesh. Penduduk tempatan di sana kebanyakannya sudah secure dan mendapat kerja yang lebih baik di bawah naungan kerajaan negara mereka.

Pantai dan Sekitar Kawasan Bandar Abu Dhabi

Night in Abu Dhabi 


Amazing view of the town at night


Stunning


Busy night


Reacreational Park.
A bit blur while sandstorm hit the town..but still very nice view~


Jernih dan sejuk air nie


Terpesona. Cantik kan...=')


Pantai ini terletak di tengah bandar Abu Dhabi.


Hamdan Street
Jika berada di bandar ini, antara tempat membeli belah yang terkenal ialah Hamdan Street. Pelbagai barangan seperti cenderahati, pakaian, beg, kasut, jam tangan dan minyak wangi boleh didapati dengan harga yang berpatutan. Bagi barangan yang berjenama(biasanya yang dijual di dalam shopping mall), jika dibandingkan dengan harga barangan berjenama di Malaysia, di sini harganya jauh lebih murah. Tapi jika mahu yang tidak berjenama (harganya pastilah lebih murah dan berpatutan) barangannya boleh didapati di sekitar Hamdan Street itu tadi. 


Marina Mall 
Marina Mall ini terletak di tengah-tengah bandar Abu Dhabi. Di sini, koleksi barang-barang yang dijual lebih kurang seperti yang terdapat di Malaysia, yang bedanya cuma suasana di sini kita dapat melihat rata-rata orang arab di sini memakai jubah bagi yang lelaki dan abaya bagi yang perempuan. Saya teruja melihat suasana seperti ini. Lain dari Malaysia. Nampak seperti masyarakat arab di sini bangga dengan culture mereka. Iya lah kan, even pergi shopping mall pun masih ramai yang memilih memakai jubah dan abaya :) Pengaruh pemakaian barat tu nampak ada kurang sikitla berbanding di Malaysia. Kalau di Malaysia tu, kadang-kadang kita pun tak dapat beza samada seseorang itu melayu, cina atau india kerana dari segi pemakaian hampir lebih kurang sama saja. Oh ya, ada seorang senior di MLC mengatakan bahawa barangan berjenama di Marina Mall ini sebenarnya jauh lebih murah dari berangan berjenama di Malaysia. Ada kaitan dengan cukai kah? Wallahualam.

Di bawah ini merupakan gambar di sekitar Marina Mall. Tapi saya betul betul tak tahu kenapa bila upload gambar gambar ini di blog ia jadi begini teruk sampai ada yang hitam dan kelihatan seperti berlapis lapis. Saya dah cuba upload banyak kali tapi begitu juga hasilnya. Buat sementara ini saya guna dahulu gambar ini, nanti kemudian dah jumpa solution saya update gambar yang baru ok :)

Sebuah kafe dalam Marina Mall. 


Ferrari World Theme Park
Harga tiket masuk bagi kelas biasa ialah 225 dirham iaitu lebih kurang RM180. Ada juga tiket yang lebih mahal di mana anda boleh menikmati lebih banyak faedah seperti tidak perlu beratur panjang untuk menunggu giliran dan boleh bermain sesetengah game yang lebih menarik. Tapi malangnya saya sudah lupa berapa harga bagi sekeping tiket tersebut. Saya dan rakan-rakan hanya beli tiket yang berharga 225 dirham. Itu pun sudah cukup memadai dan menyeronokkan hehe. Yang paling famous di Ferrari World Theme Park ini ialah Formula Rossa iaitu sebuah roller coaster yang terlaju di dunia iaitu dengan kelajuan 240 km/j. Waktu beratur untuk menunggu giliran menaiki roller coaster ini saya memang dah kecut perut.   Perasaan berbelah bahagi samada mahu naik atau tidak sebab saya sememangnya benci menaiki roller coaster haha. Tapi orang kata alang alang dah sampai dan dah beli tiket mahal mahal tu kan, haa eden naik yolah.....tapi lepas tu memang taubat dah tak mahu naik lagi. Scarrrrry sangat ok! :')


On the way to Ferrari World Theme Park


IKEA in Abu Dhabi. It's just in front of the Ferrari World Theme Park. 
Look at the left side of IKEA, that's the rail of the Formula Rossa.


Arrived



Inside the fantastic building of Ferrari World Theme Park


For children. 
Ini kalau bawa Hafiz, Izzah, Ain & Arif mesti diorang suka =)


Scarrrrry much?Hehe!


The World's Fastest Roller Coaster Formula Rossa! 240km/h is very very fast ok~

Ok lah. Setakat ini dahulu entri kisah saya di Abu Dhabi (Bhg.II). Untuk makluman yang sebenarnya saya dah upload banyak sangat gambar untuk entri ini tapi tak tahulah kenapa gambar yang di upload tidak menjadi. Nanti nanti saya akan cuba mencari solusi dan update semula entri ini cantik-cantik ye sebab sekarang sudah kesuntukan masa dan saya perlu tidur dengan segera kerana esok perlu ke KL ada urusan. Assalamualaikum semua :) 

p/s : Saya kuat semangat insyaallah..:)

Monday, March 5, 2012

Kisah Saya & Abu Dhabi (Bhg.I)

Assalamualaikum.

Tiba-tiba saya terasa asing dengan blog sendiri maklumlah dah lama tak update :') Yang sebenarnya sudah beberapa kali berusaha untuk mengupdate blog beberapa hari yang lalu, tapi ada ada saja helah dari notebook, smartphone dan kabel internet saya. Tapi takpelah, sekarang ada peluang ni saya akan update laju laju ok haha :)

4 Februari baru-baru ini saya pergi ke Abu Dhabi untuk menghadiri sebuah program latihan dengan 8 orang rakan sekerja yang lain. Sebulan berada di tanah gurun padang pasir mencoretkan banyak kenangan pahit manis yang berharga buat saya. Terima kasih Allah sebab beri peluang kepada saya untuk merasai nikmat nikmat ini. Alhamdulilah :)

Dalam 9 orang tu, hanya 2 orang saja perempuan. Apa boleh buat, mungkin sudah ditakdirkan begitu, ialah kan, dulu waktu dapat scholar dan internship pun hanya 2 orang perempuan saja termasuk saya dalam kalangan 8 orang lelaki. Jadi kesimpulannya, i get used to it lah kan. Insyaallah saya akan cuba memantapkan diri mengharungi dunia pekerjaan yang didominasi hampir 90 peratus lelaki ini. Takut? Mungkin ada. Tapi kan innallahamaana? Hanya pada dia saja tempat saya berlindung. Bekerja di dalam rumah saja pun belum tentu lagi saya selamat jika bukan dengan izinNya. 


Musim Sejuk dan Kering
Sewaktu di sana kami agak bernasib baik kerana Abu Dhabi ketika itu sedang musim sejuk. Suhu pada waktu malam sekitar 15 darjah celcius dan pada waktu siang sekitar 20+ darjah celcius. Berpeluang juga saya melihat bagaimana keadaannya diwaktu ribut pasir dan kabus di sana. Setiap hari, perkara paling penting perlu ada ialah losyen dan pelembap bibir. Maklum sajalah kan iklim gurun, disebabkan hidrasi, kulit dan bibir pun jadi mudah kering. Muka saya pun agak mengelupas waktu di sana sebab saya tertinggal facial moisturizer kat rumah. Alahai cuai betul makcik sorang nie :P

Sunset in Abu Dhabi :) 
[sorry for the not so good image quality hehe!]

Tempat Tinggal 
Di sana kami ditempatkan di Middle East & Asia Learning Centre (MLC). Ada di antara kami yang menggelarkannya sebagai Sekolah Schlumberger haha. Iyalah kan, dekat sana memang dah jadi macam budak sekolah, kena pergi kelas, praktikal, ada tests, assignments, kuiz dan final exam. Waktu malam pula selalunya saya duduk di library untuk study group. Haa tula kan saya dah cakap memang macam budak sekolah hehe :) Selain agenda 'persekolahan', semua trainee yang ditempatkan di MLC ini diberikan  kemudahan-kemudahan yang agak memuaskan. Bilik penginapan + bilik air untuk seorang satu, kemudahan beriadah yang banyak dan laundry setiap hari. Perihal makanan pula, haha toksah cakaplah, tengok saiz badan saya sekarang ni je pun dah boleh tahu sedap ke tak makanan kat sana :) Makanan kegemaran saya  di sana ialah nasi beriyani kambing. Dan itu juga merupakan menu lunch saya pada hari terakhir saya di MLC oh sedihnya :')


Setiap trainee diberikan satu bilik seorang..selesa.. =)


The bathroom =P



Bilik khas untuk kami bermain playstation haha best! Rindu kat bilik nie =)


Hujung Minggu
Weekend di Abu Dhabi ialah pada hari Jumaat dan Sabtu. Jadi kebiasaannya bermula dari hari Khamis (malam) hingga hari sabtu saya dan kawan kawan pergi jalan-jalan dan membeli belah di bandar Abu Dhabi dan juga Dubai hehe. Ok sampai sini dulu, cerita jalan jalan di Abu Dhabi dan Dubai saya sambung di entri akan datang ye. Assalamualaikum :)


p/s : Sampai di rumah dari KLIA lebih kurang jam 11.30 hari sabtu terus bersiap siap untuk ke kenduri kahwin saudara, kemudian balik rumah sempat napping sekejap sebelum bangun dan tolong mak masak untuk kenduri pada malam itu juga. Akhirnya alhamdulilah kenduri malam itu berjalan lancar  dan meriah walaupun badan keletihan hampir 8 jam duduk dalam flight, apa apa pun yang penting  saya bersyukur selamat sampai ke tanah air.

Sunday, January 8, 2012

Training in Miri

Assalamualaikum.

Alhamdulilah saya sudah selamat sampai di Miri kira-kira jam 7 lebih tadi. Sekarang perlu bermalam di sebuah hotel di tempat asing seorang diri. Apa yang penting. BE strong & enjoy the moment:-)

Beg yang dibawa untuk bekalan 5 hari. Itu pun dah kena perli ngan dak syafiq "aih takde beg kecik lagi ke" wahaha sukahati den lah! :-P



p/s: Baru Miri je kot..:-)


Sunday, January 1, 2012

Tahun Dan Umur Baru

Assalamualaikum.

Selamat tahun baru semua. Syukur kita semua masih diberi peluang untuk menghirup udara milik Allah ini. Apabila dikenang-kenang kembali beberapa kenangan yang telah dilalui sepanjang 2011 yang lalu, memang terasa singkat. Lebih-lebih lagi, tahun-tahun yang lalu, kehidupan saya telah disibukkan dengan aktiviti sebagai seorang pelajar. Maka masa yang berlalu itu mungkin tidak terasa sangat sehinggalah pada tahap ini, iaitu pada tahun ini, setelah saya dengan rasminya tidak lagi bergelar seorang pelajar, saya mula tersentak. Diam tak diam umur pada tahun ini bakal menginjak ke angka 24. Subhanallah. 24? Dengan umur sebanyak ini tidak hairanlah setakat ini saya sudah menerima beberapa  jemputan perkahwinan dari rakan-rakan sebaya. Tahniah kawan-kawan. 

Dan saya? Mungkin masih seperti dulu. Atau mungkin juga sudah banyak berubah. Apa yang pasti, semua orang sentiasa mahu berubah ke arah yang lebih baik. Semoga Allah permudahkan. 

Hurm. Tak banyak yang mahu diceritakan. Memandangkan hati ada sedikit sayu apabila sudah menginjak ke tahun baru ini dan juga memandangkan barang-barang masih banyak sangat yang belum dipacking lagi. Semangat entah ke mana menghilang. Tak mengapa. Lupakan. Mungkin tidur adalah jalan penyelesaian.. 

Sekian. Assalamualaikum. 

p/s : 3 tahun itu tidak lama bukan?