Tarikh kejadian : 17 Oktober 2011
Gambar-gambar berikut sebenarnya baru diambil petang tadi iaitu selepas sedikit kerja-kerja pembersihan dilakukan. Kalau ikutkan gambar yang diambil betul-betul beberapa minit lepas dilanda ribut agak lebih tragis dengan dedaunan, pelepah pokok pinang, buah mangga bergolek-golek sana sini, 2 batang pokok tumbang, bumbung buaian dan atap genting rumah terbang dan lain-lain.
Pokok durian tumbang di belakang rumah
Kesannya, tahun depan tak dapatlah merasa buah durian dari pokok nie lagi =(
Bumbung buaian depan rumah (tengok gambar bawah) terbang..
Tinggal beberapa nipah je pokok pisang kipas nie, yang lain semua patah ditolak angin
Beberapa keping atap genting koridor bilik kaklong juga terbang
Salah satu daripada beberapa pasu yang tergolek dan pecah
Alhamdullilah mujur budak yang cute tetapi garang nie dengan anaknya tak terbang sekali..
Itu saja untuk kali ini. Assalamualaikum.
p/s : Thanks kaklong bagi pinjam camera. Dapat je camera petang tadi cecepat update blog. Cameraku entah mana menghilang cari-cari tak jumpa. Huhu.
No comments:
Post a Comment