Friday, September 9, 2011

Selamat Hari Raya & Sedikit Renungan

Assalamualaikum.

Rasanya masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua. Dengan rasa rendah diri dan seikhlas hati, saya benar-benar ingin memohon maaf jika ada keterlanjuran saya baik yang nyata mahupun yang tersembunyi kepada anda semua. Apa yang pasti,  Ramadhan yang lalu mempunyai signifikannya yang tersendiri kepada diri saya. Jika kita mahu melakukan sesuatu yang baik itu, janganlah ditangguh-tangguhkan, takut-takut tidak sempat pula untuk melakukannya kelak. Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi satu video yang bagi saya amat amat amat menyentuh hati. 





Begitu banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah video di atas. Selain daripada memperbaiki amalan, bagi saya, satu pengajaran yang agak penting ialah janganlah kita sebagai seorang islam mencaci hina sesetengah orang yang tidak menutup aurat kerana mana tahu suatu hari nanti dia akan berubah menjadi lebih baik dari diri kita. Selayaknya, kita harus mendoakan agar mereka berubah ke arah yang lebih baik. Seperti yang kita maklum, dalam era dunia tanpa sempadan sekarang ini, kita bebas untuk "berbicara" di alam maya sama ada dalam Facebook, Twitter, Blog dan lain-lain. Pernah tak kadang-kadang  kita terjumpa dengan kenyataan/status/entri yang berbaur kutukan/tohmahan/cacian/fitnah secara terang-terangan  yang secara tidak langsung mengaibkan sesebuah pihak/individu?. Sedangkan Allah tidak suka orang-orang Islam membuka aib orang lain. 


Sabda Rasulullah S.A.W : "Barangsiapa membuka aib saudaranya, Allah akan membuka aibnya di akhirat". 


Contoh 1

Jika di Facebook, kita lihat seorang wanita islam yang lengkap menutup aurat tetapi bergambar dengan aksi-aksi yang mengghairahkan. Lalu keluarlah komen-komen yang mengutuk-ngutuk/mencaci wanita itu secara terang-terangan. Padahal, bukankah mengaibkan seseorang itu dosa hukumnya? Banyak lagi cara lain untuk menegur wanita terbabit, mungkin boleh dilakukan dengan cara menghantar emel yang mana hanya si penegur kesilapan dengan si pembuat kesilapan saja yang hadir dalam perbualan tersebut.


Contoh 2

Kadang-kadang dalam perbualan bersama rakan-rakan tanpa sedar kita sering terlanjur mengutuk-ngutuk sesetengah artis disebabkan tidak mengikut syariat islam yang sewajarnya. Pada pendapat saya, jika tidak suka pada cara dan tingkah-laku sesetangah artis itu, janganlah jadikan mereka sebagai bahan umpatan dan penambah dosa kita, sebaliknya ikhlaskanlah diri kita untuk mendoakan agar mereka berubah ke arah yang lebih baik. Itu adalah lebih baik. 

Sebenarnya, entri kali ini agak tidak kemas isi nya [macam entri sebelum sebelum ini kemas pula kan hehe ] kerana kekangan masa sekarang sudah pukul 11 tepat dan 'anak-anak' sudah mahu pulang dari sekolah pada pukul 12 tengahari ini sedangkan lauk satu pun tak masak lagi. Aish.

Semoga amal ibadah kita di bulan Ramdhan yang lalu dapat diteruskan lagi hingga ke bulan-bulan seterusnya. Bersegeralah untuk bertransformasi ke arah yang lebib baik dan hindarkanlah diri dari mengata-mengata yang buruk-buruk tentang orang lain baik di alam maya mahupun di alam nyata. Yang baik datang dari Allah yang buruk datang dari diri saya sendiri. 

Sekian. Assalamualaikum =)


p/s : Bersegeralah bejumpa dengan doktor jika anda dapati ada yang tidak kena pada kesihatan/badan anda!
  

2 comments:

  1. Assalamualaikum rozanna :). best entry. slmt hari raya. sma2lah kita memaafkan saudara2 kita dan melupakan sengketa yg lepas n juga merdeka dr sifat2 mazmumah... ameenn..insya Allah! miss u :)

    ReplyDelete
  2. timah:waalaikumussalam fatimah az zahra' :) time kasih.hehe.selamat hari raya aidilfitri jgk yer..kte pon nk mtk maap bebanyak sesangat if ade terbuat salah kat timah..yup2.buang yg keroh ambil yg jernih..

    ameenn...

    ish i miss u more lah! ^_^

    ReplyDelete