Assalamualaikum.
Dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah boleh dikatakan saya selalu bertukar sekolah. Sekolah rendah saya yang pertama ialah Sek.Ren.Keb. Bakri Batu 2 Muar, Johor. Tak banyak sangat kenangan yang saya ingat sewaktu di sana. Antara yang masih saya ingat ialah saya merupakan seorang pengawas bertudung pink yang garang [ini kata jiran saya la]. Kemudian pada darjah tiga, saya sekeluarga telah berpindah ke kampung. Bersekolah di kampung juga semestinya mempunyai banyak kenangan. Sewaktu darjah enam, saya berkawan baik dengan Najwa dan Ruqayyah. Najwa nie dia pengawas manakala saya dan Ruqayyah pula merupakan pustakawan. Antara kenangan yang paling saya ingat ialah saya selalu teman Najwa jaga gate kecik yang menjadi laluan keluar/masuk pelajar ke kawasan sekolah, alah biasalah dulu-dulu masa sekolah kan ada pengawas jaga kat gate sekolah, kan? Haha. Padahal saya bukannya pengawas pun. Hubungan antara saya dan Najwa semakin renggang bila dia berpindah ke MRSM manakala saya dan Ruqayyah pula ke SMA. Owh. Cerita pasal Najwa, saya baru terima mesej yang dia mahu melangsungkan perkahwinan pada 17 September ini. Eh macam biasa je dengan tarikh kahwin Si Najwa nie? Ish ish pandai betul dia pilih tarikh. Alhamdulilah. Sampai sudah jodoh kawan baik saya masa zaman kanak-kanak dulu. Giliran saya pula entah bila lah agaknya..Hmm..[sambil termenung jauh]..=)
Dua tahun di SMA Al-Asyraf, sangat-sangat banyak kenangan yang tersemat di hati saya. Pahit manis semua ada. Waktu di sekolah ini, saya dan Ruqayyah masih lagi berkawan baik. Bukan saja baik, tetapi sangat sangat baik. Boleh kata macam belangkas lah. Pergi mana-mana selalu berdua. Selalu kalau saya kat mana-mana tanpa dia, orang akan tanya "Qayah mana?". Ustazah dan ustaz di sekolah pun ada yang tahu akan keakraban kami. Sekarang pun, kalau tercontact balik kawan-kawan lama dari SMA, even dari senior pun, diorang akan tanya pasal Qayah kat saya. Hehe.. Owh. Ada satu rahsia yang saya nak bagitahu, dulu waktu di asrama, saya pernah cemburu bila beberapa kali Qayah pergi makan di Dewan Makan dengan kawan lain tanpa kehadiran saya. Haha. Itu lah, dah rapat sangat bila tak dapat pergi makan sama-sama pun nak cemburu. Cemburu buta di zaman kanak-kanak. Hihi. Tapi Qayah tak tahu pun pasal nie sebab saya malu nak bagitahu dan kami terus berkawan baik macam biasa sampai la pada satu hari waktu cuti sekolah saya ambil keputusan untuk bertukar ke sekolah harian biasa.
Di Sek.Men.Dato' Dol Said, saya masuk kelas Rancangan Khas sebab mahu menyambung belajar subjek bahasa arab. Yang adventurenya kelas ini ialah saya merupakan satu-satunya budak perempuan di dalam kelas bahasa arab tersebut, dalam erti kata lainnya, satu-satunya budak perempuan yang ambil 9 subjek untuk PMR tahun 2004. Bayangkan, dalam kelas bahasa arab yang seramai kira-kira 30 orang murid lelaki itu hanya saya satu-satunya perempuan di dalamnya. =') Akibatnya, saya selalu memberi motivasi pada diri sendiri supaya tak lemah semangat. Ok. Selepas PMR, iaitu pada awal tahun tingkatan empat, saya berpindah pula ke sebuah sekolah berasrama penuh.
Awal-awal masuk ke Sek.Men.Sains Muzaffar Syah, saya rasa seperti orang asing atau lebih tepat lagi seperti makhluk asing. Hehe. Kerana apa. Kerana ke mana saya pergi saya dapat rasakan seperti ada mata-mata pelajar tingkatan empat yang sudah sedia ada belajar di sekolah ini semenjak dari tingakatan satu memandang semacam ke arah saya yang merupakan seorang pelajar tingkatan empat yang baru masuk ke sekolah ini. [atau mungkin perasaan saya je]. Tapi itu cuma waktu awal-awal masuk, dah lama-lama tue makin ok bila sudah kenal perangai masing-masing. Kenangan yang paling tak dapat saya lupakan ialah sewaktu study bersama-sama dengan kawan. Hampir setiap malam, saya akan ke bilik Fana dan Zizie yang baik sangat sangat bagi tumpang bilik diorang yang cerah untuk saya stay up dan bermalam di sana. Dan kebiasaannya pada setiap hujung minggu, saya, Nad dan Wadah akan bersama-sama even kadang berkongsi pinggan makan masakan yang dimasak oleh mak Nad. Ha mak Nad kan, kalau masak gulai lemak akan pakai susu rendah lemak instead of santan okay. Hehe. Alhamdulilah juga mungkin sebab dah selalu sangat berkongsi makan berkongsi cerita itu ini semasa dizaman sekolah tue yang buat saya dan kawan baik saya yang sorang nie masih lagi keep in touch sampaila sekarang even sekarang dia sudah pun jauh melanjutkan pelajaran ke Australia.. =)
Saya akhirnya menamatkan zaman persekolahan di Sek.Men.Sains Muzaffar Syah pada tahun 2006..
Sekarang sudah hampir 5 tahun berlalu..
Haih rasa macam masih baru je terima result SPM..
Hmm..
Yang sebenarnya mood untuk becerita tentang kisah-kisah lama ini timbul akibat daripada pelawaan kawan-kawan lama dari SMA untuk berbuka puasa bersama-sama pada hari sabtu ini. Ramai antara mereka yang sudah hampir 8 tahun saya tak jumpa dan beberapa orang antara mereka yang saya dimaklumkan sudah pun mendirikan rumahtangga..
Ok lah. Sampai di sini dahulu ye. Assalamualaikum.