Tuesday, May 31, 2011

Terus Melangkah Ke Hadapan



Kaki teruskanlah kau melangkah...


Perjalanan kehidupan
Di kiri kanan dugaan Cabaran
Keseorangan menempuh ujian
Meneruskan perjuangan

Takdir Maha Esa
Restu ayah bonda
Mencapai cita-cita
Usah putus asa
Kelak kau berjaya
Membela nasibmu
Masamu kan tiba

Keimanan keyakinan
Sinar cahaya penunjuk haluan
Walaupun payah kau harus tabah
Demi mencapai segala impian

Jika satu ketika
Langkah tidak terdaya
Berkat doa usaha
Tuhan Maha Esa

Menggapai cita-cita

Lagu Tekad by Hazami

Sunday, May 29, 2011

Mereka Ber'orientasi' =)

Assalamualikum..

Awal pagi ini saya dikejutkan dengan bunyi riuh rendah dari foyer kolej. Maklumlah duduk pun di tingkat satu je, jadi bila ada huru-hara di ground floor tue sudah pastilah akan dapat didengar dengan jelas. Setelah sekian lama kolej ini sunyi sepi, kadang-kadang kafe pun tak buka yang menyebabkan saya dan Epah terpaksa menapak ke Kolej Sebelas semata-mata untuk mencari sesuap nasi, hari ini kolej ini kembali menjadi riuh rendah kembali. Ada bunyi baby menangis, budak-budak main lari-lari dan segala macam jenis suara yang dapat didengar direct dari bilik saya. Oh..baru teringat...budak-budak asasi masuk hari nie..rasa lega seketika, kerana uneasy feeling yang menyapa saya selama beberapa minggu sepanjang ketiadaan kebanyakan penghuni kolej sebelum ini rasanya sudah tiada lagi. 

Yeay =)

Setelah petang, saya mula mencari-cari stok makanan yang ada di almari, ada roti dan Potato Chips yang masih berbaki hari tue tak habis lagi. Buat air kopi secawan, dan mula mengadap laptop kembali sambil makan roti, Potato Chips dan minum kopi [tiga-tiga sekali??]. Telinga pula sambil mendengar suara-suara fesi yang mengarahkan itu ini kepada pelajar-pelajar asasi yang baru mula mendaftar. Bila ingat-ingat kembali, hehe, waktu orientasi laaaaa yang paling saya lemah sekali. Dan yang paling tak boleh lupa, waktu kena pancut ngan air tasik/longkang yang teramatla busuk dan kotornya. Masa tue fesi tue cakap, "setiap pelajar yang baru nak masuk kolej ini memang wajib rasa kena simbah air tasik nie.." ceh.....dah la air tue datang dari longkang belakang kafe tue. Huhu. Selepas selesai giliran sesi disimbah air tasik, saya terus ke toilet, muntah-muntah sebab tak tahan dengan bau air tasik/longkang menusuk-nusuk hidung. Waa...rasa nak balik rumah time tue jugak. ='(

Kalau dari segi logik memang tak logik pun, suka-suka hati mahu buat peraturan macam tue, kalau la ada pelajar yang alergi ke, then kena penyakit kulit atau gatal-gatal selepas kena pancut air tasik/longkang tue, baru hangpa tahu..[dituju kepada orang-orang yang membuat peraturan tersebut]. Tapi ok la, dua tahun lepas punya pelajar asasi khabarnya dah tak da lagi kena pancut-pancut air tasik/longkang seperti kami dahulu. Rasanya batch kami yang last kena ikut peraturan tue.

"cepat..!!!cepat..!!bawak turun semua barang barang amanah, bekas makanan sekali..!!lampu bilik semua TUTUPPPP!!!" fuyyoo...garangnyeer...sekali lagi saya dikejutkan dengan jeritan nyaring dari fesi-fesi di foyer bawah nun. Epah yang sedang landing landing atas katil sambil mengadap laptop pun mula mengusik "hah cepat zana cepat bawak bekas makanan sekali cepat.." cehh dia nie buat lawak pulak..haha..

Pejam celik pejam celik...masyaallah..sudah hampir empat tahun rupanya saya berada dalam situasi yang sedang dialami budak-budak asasi yang baru mendaftar pagi tadi. Terlari ke sana ke mari dengan membawa barang-barang amanah [beg,payung,topi], telinga dihambat jeritan dari fesi-fesi, perasaan cuak dengan fesi-fesi tue jangan cakapla...dan segala macam perasaan lagi. Dah la waktu tue perasaan nak masuk PASUM pun 50 50 jer sebab frust tak dapat scholarship JPA untuk ke oversea. Haha. Kesian....=)

Tapi tue dulu. Sekarang keadaan sudah berubah. Pengalaman lalu membuatkan saya selalu ingat bahawa apabila kita hilang sesuatu yang kita sangkakan baik itu, bersabarlah, insyaallah Allah akan menyediakan kita dengan sesuatu yang jauh jauh jauh lebih baik lagi.

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan [ingatlah], Allah jua yang Maha Mengetahui [semua itu], sedang kamu tidak mengetahuinya" [Al-Baqarah:216]

Kurang dari dua bulan dari sekarang, insyaallah jika tiada apa aral yang melintang, saya akan meninggalkan UM [yeke nie?sekali sambung master kat sini..]. Tak tahulah, kita hanya mampu merancang, Allah saja yang berhak menentukan. Dan rasa bertuah juga, sebab saya berpeluang menginap di kolej yang sama sejak dari asasi lagi, kecuali di tahun pertama saya dipindahkan di Kolej Kediaman Kelima. Ini bermakna, sudah lebih kurang tiga tahun saya di kolej ini. Duduk pun di tingkat satu je dari dulu, cuma bilik saja yang bertukar-tukar, mudah sikit, tidak perlu menunggu lift untuk naik ke bilik.

Aaa...apa tujuannya post kali ini? Huhu. Tiada tujuan apa sebenarnya. Saja mahu berkongsi cerita dan pengalaman apabila melihat telatah pelajar-pelajar asasi yang baru mendaftar tadi. Dan juga sekadar memberi peringatan bahawa diri ini sudah TUA rupanya. Haha !

Ok lah, jumpa lagi di entri akan datang. Assalamualaikum..=)

Thursday, May 26, 2011

Serahkan Orang Yang Menzalimi Anda Kepada Allah

Assalamualaikum..

Saya tak berapa pastila jika anda yang membaca blog ini pernah rasa dizalimi atau tidak. Tapi bagi saya sepanjang beberapa puluh tahun (umur dirahsiakan, haha) hidup ini, pernahla rasa beberapa kali dizalimi, tapi perkaranya kecik-kecik saja kut, belum ada lagi yang menghantui hidup sehingga beberapa tahun melainkan perkara yang satu ini. Tak mengapalah, mungkin ini satu ujian barangkali dahulu saya juga pernah melakukan perkara yang sama kepada orang lain yang saya sendiri pun tak sedar. Bab zalim ini saya pernah belajar sewaktu di sekolah dahulu, dan definisinya saya masih ingat sampai sekarang iaitu zalim ialah meletakkan sesuatu perkara itu bukan pada tempatnya. Kalau ikut definisi ini, orang yang suka buang sampah merat-rata juga boleh dikira zalim apatah lagi jika kita membuat dan mereka-reka cerita yang tidak benar tentang orang lain lantas mengguris hati sesama manusia. Bagi orang-orang yang terzalimi, semoga dapat terus bersabar dan meletakkan Allah sebagai hakim yang Maha Adil lagi Maha Mengetahui.

"Kami akan memasang timbangan yang adil kelak pada hari Kiamat, maka (pada hari itu) tidak ada seseorang yang dizalimi barang sedikit pun. Meskipun (amalnya) hanya seberat biji sawi, Kami pasti akan memberikan balasannya. Cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan" (Al-Anbiya':47)

*Bila rasa dizalimi macam nie, buat saya ingat-ingat balik, mungkin saya juga dahulu pernah menzalimi orang lain mungkin? Huhu..supaya saya dapat terima dugaan nie dengan sabar dan penuh bijaksana serta tidak mudah melatah. Ameen.

*Doa orang-orang yang teraniaya itu dimakbulkan Allah~

Tuesday, May 24, 2011

BIADAB

Asslamualaikum..

Dua patah perkataan terpacul dari mulut saya setelah melihat gambar dari blog ini,"kurang ajar.."




Saya dapatkan maklumat ini dari blog TAZKIRAH


Cara untuk spam blog ini di wordpress.com:


2. Masukkan emel anda

3. Dalam kotak WHY? Taip : Insult Islam

4. Klik di Report Blog di sebelah bawah kanan


Tepat jam 8.56 p.m., 24 Mei 2011, saya cuba ke blog ini ianya masih lagi boleh di buka. Tak sanggup nak baca banyak-banyak, baca kat profile penulis saja dah cukup rasanya. Ayuh report spam blog ini beramai-ramai supaya ianya di ban dengan segera oleh wordpress.com.

Maklumat selanjutnya boleh didapati dari
http://my.news.yahoo.com/abim-dakwa-wujud-blog-baru-makcik-hajjah-hina-233052026.html

Assalamualaikum..


Sunday, May 22, 2011

SAYA SERTAI BLOGLIST HARIS KAITO


Assalamualaikum..
Jika ada hati mahu join, sila klik banner di bawah sambil menjerit dalam hati Jom Join Bloglist Haris Kaito.
Terima kasih kepada Encik WildOrchird dan Puan LindaRahim.



Saya Tag:

Thursday, May 19, 2011

Tesis

Assalamualaikum..


Akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu telah tiba, semalam, setelah beberapa hari melepaskan tension di rumah, saya akhirnya akur bahawa saya perlu kembali ke UM untuk menyiapkan tesis. Sampai sahaja di UM semalam, terus menuju ke office Dr.Aminul untuk minta kunci bilik work station, kerana disitulah nanti saya akan menghabiskan kebanyakan masa untuk menyiapkan projek tesis saya. Sebenarnya agak excited juga nak siapkan, kerana tajuk yang saya pilih ialah tajuk yang berkaitan dengan subjek yang saya minat dan paham iaitu Prospect Delineation of Reservoir X in Field Y of Malay Basin. Cabaran untuk projek tesis saya ini ialah tiada rujukan dari senior-senior berkenaan dengan tajuk yang saya pilih, kerana tesis-tesis senior yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih adalah salah disisi undang-undang jika dipublishkan sesuka hati kerana maklumat-maklumat di dalam tajuk tesis seumpama ini selalunya sangat confidential. Jadi kena pandai-pandai sendirilah mahu hidup...=') Harapnya masa lebih kurang 2 bulan ini dapatlah saya betul betul all out untuk projek tesis ini. 8 credit hours...sila buat betul betul ye cik kak..

Gambar sekadar hiasan, ikhsan dari pakcik google

 Sekian, jumpa lagi. Assalamualaikum...=) 

*Oh ya, sekadar ingin berkongsi, saya juga banyak membuat rujukan dari link ini.

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu




Ucapan Selamat Hari Ibu untuk Mak,
Kaklong LindaKak Nurul & Kak Sue..


p/s: alhamdulilah tahun ini bakal dapat 2 orang anak buah lagi hehe ^_^

Wednesday, May 4, 2011

Do You Have Any Problem?

Assalamualaikum..

Do you have any problem? 






Don't just tell ALLAH how big your problems are..

Tell your problems how big ALLAH is..


Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.” ( al-Imran:139)


Tuesday, May 3, 2011

Lovely Blog Award


Assalamualaikum..

Alhamdulilah hari sabtu yang lalu saya sempat pulang ke kampung. Matlamat utama balik kampung hari tue ialah untuk menyambut birthday abang saya yang kedua. Tetapi dek kerana birthday abang ipar, kakak ipar dan seorang sepupu lelaki saya itu dekat-dekat, jadi kami celebrate sekali birthday keempat-empat insan bertuah ini. Destinasi yang kami tuju pada malam sabtu itu ialah Medan Ikan Bakar Umbai. Tapi kali ini, saya bukan mahu meng'update' tentang aktiviti kami di Medan Ikan Bakar, tetapi tentang award yang saya baru dapat ini. 

Wah saya dapat award lagi lah!(pura-pura terperanjat). Ini merupakan award kedua yang saya dapat setakat ini. Lovely blog award lagi tue. Terima kasih Mummy Lin kaklong Linda! Hehe. Walaubagaimanapun, saya masih berharap dapat memperbaiki kekurangan yang ada pada blog ini & dapat selalu merajinkan diri meng'update' entri-entri yang bermanfaat untuk menjadi santapan para pembaca sekalian. ^_^

Blogger yang beri award ini:


7 perkara mengenai saya:

1.tak hebat 
2.tetapi baik kut [muka serius]
3.sangat sayang famili
4.muda
5.kuat makan
6.suka buli anak buah &
7.ada seorang kakak yang 'hot' [hehe]

Rakan Blogger yang terpilih menerima award ini:

1.nad
3.has


Sebab mereka di 'tag'/terpilih:

1.nad sebab nak bagi dia hadiah supaya dia gembira dan tak selalu 
homesick :P

2.eiyra sebab nak bagi dia hadiah tanda terima kasih tolong buatkan 'header'
 blog ini.

3.has sebab nak bagi dia hadiah supaya tak tension menghadapi paper paleontology II hari jumaat nie. Hehe.

Baiklah. Rasanya itu saja untuk entri kali ini. 

Jumpa lagi. Assalamualaikum.. =)