Tuesday, September 7, 2010

Hari-hari Terakhir Ramadhan



(ini bukan rumah saya..:) )




Sudah hampir lima hari saya di kampung. Alhamdulilah diberi peluang berbuka bersama-sama keluarga lagi kali nie. Semester kali ini agak special sedikit kerana kami diberi cuti raya selama 2 minggu iaitu bermula dari 4 September yang lalu sehinggalah 19 September 2010. Memang syok habis lah. Mana taknya, sebelum ini cuti raya hanya diberikan seminggu saja. Jika sebelum-sebelum ini, saya biasanya akan pulang ke kampung pada malam 2 hari sebelum hari raya. Tapi kali ini tidak lagi.


Nak dijadikan cerita, after berbuka dengan parents, mak saya cakap "nanti lepas ni ikut mak tarawikh kat surau, jumpa dengan orang-orang kampung". Mak dan ayah saya agak mementingkan pergaulan dengan orang-orang kampung, iyalah, mana tahu kalau-kalau satu hari kita ditimpa kesusahan mereka inilah juga yang kita harapkan untuk membantu.
So, dikesempatan yang ada ni dapatlah saya ikut parents bersolat tarawikh di surau kampung saya. Fuh..memang dah lama tak jenguk kat surau ni. Melangkah masuk je kat surau ni membuatkan saya terkenang waktu belajar mengaji dengan Ustaz Berahim di surau ni waktu kecik-kecik dulu. Huhu..Rasa-rasanya last saya solat di surau ini sewaktu masih bersekolah dulu..Tak banyak yang berubah, masih macam dulu juga. Muazzin nya masih lagi anak mak cik Peah iaitu abang (err..tak ingat namanya..huhu) dan imam nya masih lagi Ustaz Berahim. Wajah-wajah makcik-makcik yang ada di dalam surau itu juga sangat familiar bagiku. Makcik Timah, Makcik Bedah, Makcik Siti, makcik Jara dan makcik-makcik lain yang saya tak berapa ingat namanya sebab selalu panggil makcik je. Tetapi bezanya wajah-wajah ini jelas sudah semakin dimamah usia.. Tidak ramai pun jemaah wanita disitu, dalam lebih kurang dua saf saja. Terasa suasana muhibbah dalam kalangan penduduk seqariah, begitu berbeza suasananya dengan sewaktu saya solat jemaah di kolej bersama rakan-rakan. Apa yang lebih membuatkan saya terharu, seorang makcik yang kerjanya menjual surat khabar di pintu pagar sekolah saya dulu mencium-cium pipi saya sambil bertanya khabar apabila saya bersalaman dengannya."Huhu..ingat gak makcik nie kat aku.."

Dan esok merupakan malam terakhir untuk umat islam mengerjakan ibadah tarawikh. Namun apa yang penting, bukan ibadah tarawikh saja yang kita kejarkan pada bulan ramadhan ini, amal yang lain jika kita niatkan kerana Allah insyaallah ianya juga akan diterima sebagai ibadah. Semoga kita semua berkesempatan untuk berjumpa dengan Ramadhan pada tahun akan datang..Insyaallah.

2 comments:

  1. erk!

    tiada!

    kenapa ye?

    haha.sebab saya tak ado gambar raya even ada camera tp tak sempat nak ambil gambar, maklumlah sibuk beraya kan.nak tunggu my family upload gambar lambat sgt.huhu..

    ReplyDelete