Saturday, August 21, 2010

Bila Waktu Telah Terhenti

Assalamualaikum kepada pembaca..

Saat berkelana seorang diri di kolej di bulan Ramadhan ini membuatkan hatiku teringatkan tentang fasa hidup yang sedang kujalani sekarang nie..sedang fikiran ini sangat sarat dengan test-test yang bakal menjelang dan memikirkan assignment-assignment yang tak pernah putus..hati nie teringat pula tentang bagaimana agaknnya pengakhiran hidupku nanti..adakah hidup ini akan terhenti dikala diri sedang lalai mengecap kebahagiaan dunia?ataupun ketika diri sedang terlena dibuai asyiknya hidup didunia yang penuh dengan tipu daya ini..?nauzubillah..minta dijauhkan.

Bagaimana kau merasa bangga..
Akan dunia yg sementara..
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi..
Meninggalkan dirimu..

Bagaimanakah bila saatnya..
Waktu terhenti tak kau sadari..
Masihkah ada jalan bagimu untuk kembali..
Mengulangkan masa lalu..

Dunia dipenuhi dengan hiasan..
Semua dan segala yg ada akan..
Kembali padaNya..

Bila waktu tlah memenggil..
Teman sejati hanyalah amal..
Bila waktu telah terhenti..
Teman sejati tingallah sepi..

Memang benar, saat nyawa sudah dihujung tanduk, mana mungkin ada lagi peluang untuk kita bertaubat kepadaNya. Hari ini mungkin kita mampu gembira berhibur bersama rakan-rakan..mampu mengecap kebahagiaan 'cinta abadi' dengan sang kekasih..mampu berbangga dengan pencapaian akademik, kerjaya dan sebagainya..tapi pernah atau tidak kita terfikir semua nie hanya sementara..ya, hanya sementara! Hidup ini sebenarnya sangat singkat, cuma manusia saja kadang-kadang lupa tentang perkara itu..

'Semua itu milikmu Ya Allah dan jika Engkau mengkehendakinya sekelip mata saja pasti ianya akan segera hilang dari pandangan kami..MATI itu pula PASTI bagi kami, oleh itu matikanlah kami dalam iman dan taqwa..'


Allahuakbar...T_T



Lirik lagu dari Opick:Bila Waktu Telah Terhenti

4 comments:

  1. Kita manusia yang lemah..

    Yang paling hampir dengan manusia itu pula adalah maut..

    Maut juga tidak mengenal usia..setiap hari ada saja berita tentang kematian yang kita dengar berlaku disekeliling kita..mungkin esok lusa, giliran kita pula menyusul..

    Semoga dengan mengingati mati akan sentiasa mengingatkan kita agar tidak terlalu asyik dengan keseronokan dunia..

    Bila maut sudah memanggil,duniawi semua akan ditinggalkan,si anak tiada lagi dapat merasa dakapan hangat seorang ibu,si isteri tiada lagi dapat belaian mesra seorang suami,segala apa harta kejayaan semuanya akan ditinggalkan..

    Tika itu hanya amal menjadi bekalan..

    "Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh."(An-Nisa: 78)

    ReplyDelete
  2. yerp, stuju2. sbb tulah kalu niat di hati dh timbul utk berubah jd baik ataw beramal, ianya xb0le ditangguh2 lg. mane taw esok luse daun kita di langit tu dh gugur n kita dipanggil utk menghadapNya. tiada siapa y dpt mjamin apa y akn berlaku kpdnya keesokkn harinya. para sahabat zmn dulu ade y xbole nk tido atz katil kerna bila baring, mrk akn igt pd kematian

    oleh itu, beramalla kamu sperti mana kamu akn mati kesokkn harinya dan..erk, almk, dh lupe skrip dye..nway, kalu rase cm xde mase, betulkn niat kite. setiap rutin dlm hidup kite bole dijadikn ibadah kalu disertakn dgn niat y betul n xmelanggar syara' kn..

    *almk, dh rase cm jd penyemak y setie kt cnie..**

    ReplyDelete
  3. haha..rs2nya camni..(pun xsure betol ke x)

    'beramallah kamu seperti kamu akan mati keesokan harinya, bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi..'

    semua yg nad ckp tu mmg benar!

    *xper..its okay,,kte suke sgt tgk nad kat cnie taw!^_^

    ReplyDelete