Friday, August 27, 2010

Satu Blog Satu Bendera

Assalamualaikum kepada pembaca..

Aha..Entry ringkas saya pada kali ini adalah bertujuan untuk menyahut seruan seorang rakan yang sedang berkempen 'Satu Blog Satu Bendera' tidak lain tidak bukan untuk menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-53.Untuk maklumat lanjut anda boleh klik pada 'Satu Blog Satu Bendera' yang telah saya 'link'kan seperti di atas dan juga di sini.







Kepada bloggers,followers,blogwalkers,atau sesiapa sahaja yang ada terbaca blog ini, mari sama-sama kita support usaha mereka ni ok?Ayuh tunjukkan rasa semangat cintakan tanah air kita..=)

Akhir kata,

"WE LOVE YOU MALAYSIA"

Sunday, August 22, 2010

Jangan Biarkan Ia Mati

Assalamualaikum kepada pembaca..

Hati merupakan organ penting dalam badan manusia. Bahkan daripada hati akan terlahirlah sifat-sifat atau peribadi atau karakter dalam diri seseorang itu. Hati yang baik maka akan terlahirlah insan yang baik luhur akhlaknya, tetapi jika hatinya yang busuk maka akan lahirlah sikap-sikap tercela daripada diri seseorang. Tatkala manusia sibuk dan bimbang akan kesihatan fizikal tubuh badan mereka, lalu mereka mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga seperti memakan makanan yang seimbang nutrisinya, mengambil makanan-makanan 'supplement', minum air secukupnya dan sebagainya, lantas membuatkan mereka lupa tentang satu perkara yang lebih penting di dalam diri mereka iaitu makanan untuk hati atau rohani mereka. Ketahuilah para pembaca sekalian, demikianlah jyga halnya dengan hati, ianya memerlukan makanan untuk terus hidup dengan subur, segar dan mewangi dalam diri seseorang. Jika tidak diberi makan, tidak dibajai, maka hati-hati ini akan lama kelamaan menjadi kering, rosak, busuk dan seterusnya akan mati! Pabila hati sudah mati anda semua sedia maklum bukan apa kesannya kepada diri dan juga masyarakat?

Apakah agaknya makanan untuk hati-hati manusia ini?

Antara yang dapat saya petik daripada pengisian yang baru saya dengar di masjid Universiti Islam Antarabangsa,Petaling Jaya sebentar tadi ialah antara makanan yang berkhasiat untuk hati itu ialah dengan mendengar pengisian-pengisian rohani, tazkirah dan dakwah.

Pembaca sekalian, reaksi yang biasa kita dengar apabila mengajak rakan-rakan atau orang-orang terdekat kita pergi berusrah atau mendengar tazkirah atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami iaitu untuk belajar agama ialah..

"Alah...pergi dengar tazkirah tu balik-balik cakap benda yang sama, suruh orang sembahyang, puasa dan suruh orang buat baik. Aku bukannya jahat sangat pun, aku takda pun buat jahat ke, mencuri ke.."

Situasi di atas sudah agak common terjadi dalam kalangan masyarakat islam sekarang ini. Ramai yang menganggap tazkirah-tazkirah dan majlis pengisian rohani adalah sesuatu yang remeh dalam kehidupan seharian. Sedangkan mereka tidak menyedari bahawa majlis-majlis ilmu ini atau tazkirah ini merupakan makanan penting kepada hati mereka yang kekeringan hasil daripada dosa-dosa kecil dan maksiat yang mereka lakukan dalam kehidupan seharian.



Agak mustahil manusia-manusia seperti kita yang tidak bersifat maksum seperti Rasullullah S.A.W ini tidak pernah melakukan dosa atau sebarang kesilapan dalam kehidupan seharian bukan? Dengan menghadirkan diri di dalam majlis-majlis seperti ini sebenarnya akan membuatkan kita lebih memahami landasan ajaran islam itu sendiri. Apabila ajaran islam itu sudah difahami maka akan mudahlah untuk kita mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Seperti kata-kata yang sering kita dengar bahawa islam itu mudah, tetapi bukan untuk dipermudahkan!

Ada juga dalam kalangan kita yang memberi alasan sibuk dengan kerja, pelajaran dan sebagainya, lalu tidak mempunyai masa untuk menghadirkan diri dalam majlis-majlis ilmu. Antara yang dapat saya kongsikan daripada tazkirah tadi lebih kurang begini dialognya..

Dol: "Mat, aku nak ke surau ni, ada pengisian malam ni, jom ikut nak?"

Mat: "Aduh..aku takda masa la nak pergi dengar ceramah-ceramah agama semua ni. Aku busy ni..kau tak nampak assignment berlambak depan aku ni.."

Tiba-tiba, Mat terasa seperti hendak membuang air besar..lalu dia pun segera berlari lintang pukang ke tandas berdekatan.

Dol: "Ha Mat, kalau 'pasal tu' cepat pula kau ya, assignment pun kau sanggup tinggalkan, itu tandanya kau lebih mengutamakan 'urusan tandasmu itu' daripada majlis-majlis ilmu!"

Lalu Mat pun terkedu dan mula menyedari kesilapannya..

Begitulah antara cerita dan ulasan ringkas yang dapat saya konsgsikan pada entry kali ini. Ingat, jangan biarkan hati itu mati! Siramlah ia agar ianya kelak sentiasa dibasahi dengan iman, berilah ia makanan yang sempurna supaya kelak akan lahirlah peribadi yang mulia dalam diri kita. Wallahualam, saya bukanlah seorang yang arif dan bijak berkata-kata. Entry ini sekadar peringatan untuk diri saya dan juga para pembaca. Fikir-fikirkanlah..

Saturday, August 21, 2010

Bila Waktu Telah Terhenti

Assalamualaikum kepada pembaca..

Saat berkelana seorang diri di kolej di bulan Ramadhan ini membuatkan hatiku teringatkan tentang fasa hidup yang sedang kujalani sekarang nie..sedang fikiran ini sangat sarat dengan test-test yang bakal menjelang dan memikirkan assignment-assignment yang tak pernah putus..hati nie teringat pula tentang bagaimana agaknnya pengakhiran hidupku nanti..adakah hidup ini akan terhenti dikala diri sedang lalai mengecap kebahagiaan dunia?ataupun ketika diri sedang terlena dibuai asyiknya hidup didunia yang penuh dengan tipu daya ini..?nauzubillah..minta dijauhkan.

Bagaimana kau merasa bangga..
Akan dunia yg sementara..
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi..
Meninggalkan dirimu..

Bagaimanakah bila saatnya..
Waktu terhenti tak kau sadari..
Masihkah ada jalan bagimu untuk kembali..
Mengulangkan masa lalu..

Dunia dipenuhi dengan hiasan..
Semua dan segala yg ada akan..
Kembali padaNya..

Bila waktu tlah memenggil..
Teman sejati hanyalah amal..
Bila waktu telah terhenti..
Teman sejati tingallah sepi..

Memang benar, saat nyawa sudah dihujung tanduk, mana mungkin ada lagi peluang untuk kita bertaubat kepadaNya. Hari ini mungkin kita mampu gembira berhibur bersama rakan-rakan..mampu mengecap kebahagiaan 'cinta abadi' dengan sang kekasih..mampu berbangga dengan pencapaian akademik, kerjaya dan sebagainya..tapi pernah atau tidak kita terfikir semua nie hanya sementara..ya, hanya sementara! Hidup ini sebenarnya sangat singkat, cuma manusia saja kadang-kadang lupa tentang perkara itu..

'Semua itu milikmu Ya Allah dan jika Engkau mengkehendakinya sekelip mata saja pasti ianya akan segera hilang dari pandangan kami..MATI itu pula PASTI bagi kami, oleh itu matikanlah kami dalam iman dan taqwa..'


Allahuakbar...T_T



Lirik lagu dari Opick:Bila Waktu Telah Terhenti

Friday, August 13, 2010

Kisah di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum kepada pembaca semua..

Hari ini genap 3 hari sudah umat islam menunaikan ibadah puasa. Alhamdulilah kita masih dikurniakan kesempatan menyambut Ramadhan pada tahun ini..



Pengertian puasa dari segi bahasa ialah menahan diri manakala dari segi syarak pula beerti menahan diri dari makan dan minum untuk satu jangkamasa tertentu. Selain daripada menahan diri daripada makan dan minum, umat islam juga perlu menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang sia-sia contohnya mencuri, bergaduh, membazir, sombong, riak, takabbur dan lain-lain. Bulan Ramadhan adalah bulan untuk mentarbiyah dan mendidik diri terutamanya nafsu yang ada dalam diri kita ini ke arah kebaikan. Berpuasa juga dapat memupuk kesabaran dalam diri umat islam. Jika pada bulan-bulan selain bulan Ramadhan kita perlu berperang dengan godaan syaitan dan nafsu, tetapi pada bulan Ramadhan ini hanya satu sahaja yang perlu kita perangi iaitu nafsu!

Firman Allah S.W.T:

“Sudahkah engkau (Muhammad) melihat orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Apakah engkau akan menjadi pelindungnya?”.(Al-Furqan, 25:43)

Para pembaca sekalian, untuk entry kali ini, saya tidak mahu pergi dengan lebih jauh, cukuplah sekadar saya megulas serba sedikit tentang nafsu dengan mengambil beberapa contoh yang berlaku di persekitaran saya sepanjang bulan Ramadhan ini untuk dijadikan iktibar..

Berikut merupakan antara situasi yang tidak asing lagi terutamanya dalam kalangan pelajar-pelajar islam tidak kira di IPTA atau IPTS..

Kes 1

Pada suatu tengah hari dalam bulan Ramadhan..

Jejaka A: “Peh…lapar gila perut ni..ah apa susah, baik aku kirim dekat budak-budak perempuan yang tak berpuasa pergi beli makanan kat KRC jap. Huhu”.

Kes 2

Gadis A: “Wah..bulan puasa nak dekat dah, bolehlah aku buka puasa dengan sayang aku tiap-tiap hari nanti. Mesti romantik sangat!”

Kes 3

Gadis B: “You, petang nanti habis kuliah boleh tak you temankan I pegi shopping baju raya kat Jejesco? Ada sale tau sekarang, rugi sangat kalau kita tak borong banyak-banyak”.

Jejaka B: “Ok darling. I will do anything for you..”

Lalu petang itu mereka pun berpimpin tangan ke Jejesco yang dimaksudkan..

Kes 4

Gadis C: “Haih..nak pakai baju apa ya hari ni pergi kuliah..baju-baju aku yang branded-branded semua dah abis pakai, tinggal yang baju biasa-biasa aje, malula nak pergi kuliah macam ni…”

Kes 5

Jejaka C: “Ya Allah....dahaganya..dah la panas cuaca hari ni, naik kering dah tekak aku nie Ya Allah..”

Ulasan & Komen

Kes 1: Situasi yang berlaku ini bukanlah rekaan saya semata-mata. Tetapi ianya merupakan kisah benar dari apa yang telah dikhabarkan kepada saya oleh rakan-rakan. Apakah mereka merasakan mereka masih muda dan terlalu awal lagi untuk melakukan ibadah puasa itu?

Firman Allah S.W.T:

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa“. (Surah Al-Baqarah: 183)



Kes 2: Hurm.couple ini sudah menjadi seperti satu budaya dalam kalangan remaja masyarakat kita. Diri saya juga dahulunya(sewaktu zaman hingusan)tidak terlepas dari jerat cinta sebelum nikah yang nyata akhirnya memakan diri saya sendiri. Alhamdulilah, semoga kisah yang lalu itu akan terus menjadi iktibar dalam hidup saya seterusnya. Namun apa yang pastinya,dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, tidak lupa juga ada dalam kalangan kita yang mengambil kesempatan untuk berbuka puasa berdua-duaan bersama-sama yang ter’sayang’ atau dengan term yang lebih dikenali sebagai ber’dating’. ‘Romantik’ bukan?



Firman Allah S.W.T:

"Dan janganlah kalian mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan".(Sura al-Israk: 32)



Kes 3: Bagi mereka yang sedang melanjutkan pengajian di Universiti Malaya, tidak dapat dinafikan lokasinya yang sangat strategik iaitu terletak ditengah-tengah laluan yang menghubungkan pelbagai jenis shopping mall dan juga pusat hiburan. Katakana apa saja, Mid Valley Megamall, The Gardens, The Cineleisure, The Sphere, One Utama, Sunway Pyramid, Berjaya Times Square, Sogo, Pavilion, The Mines, Metrojaya dan tak lupa juga KLCC dan lain-lain lagi merupakan destinasi-destinasi yang mudah saja untuk dituju oleh pelajar-pelajar Universiti Malaya. Makanya, nafsu untuk membeli-belah sehingga habis duit biasiswa/ptptn itu pastinya akan melonjak-lonjak terutamanya apabila semakin menghampiri musim perayaan ini. Pada pendapat saya, tidak salah jika ingin membeli-belah, tetapi haruslah berpada-pada...



Firman Allah S.W.T:

" Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu pula adalah mahkluk yang sangat kufur kepada Tuhannya ".(Al-Isra’:27)

Kes 4: Memakai pakaian-pakaian dan aksesori berjenama terkemuka dunia bukanlah menjadi satu perkara yang menghairankan lagi bagi kebanyakan remaja pada masa kini. Setiap hari ke kuliah, pasti pakaian-pakaian yang berjenama terkenal yang akan menjadi pilihan utama mereka. Pada pendapat saya, ianya tidak menjadi satu kesalahan sekiranya kualiti barangan yang diutamakan, tetapi jangan pula sampai menimbulkan perasaan takabbur di dalam hati sudahlah. Takabbur atau sombong beerti menampak-nampakkan keagungan dan kebesarannya, merasa agung dan besar itu pula berlawanan dengan sikap tawadhuk atau rendah hati.

Firma Allah S.W.T:

“Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku".(Al-A’raf:146).

Kes 5: Berpuasa di dalam cuaca yang panas terik sudah pasti menjadi satu perkara yang sukar bagi kita. Tetapi pernahkah kita sedar bahawa itu merupakan tanda yang Allah masih sayangkan kita? Diujinya kita dengan pelbagai ujian dan dugaan. Cuba anda bayangkan..manusia-manusia yang hidupnya senang-lenang yang langsung tidak pernah dipalitkan dalam hidupnya ujian-ujian dan dugaan-dugaan. Rasa-rasanya seberapa kerap dalam hidup mereka akan mengingati Allah? Berbeza pula dengan kebanyakan manusia yang sering hidupnya diuji dan diuji dengan pelbagai jenis ujian dan dugaan, pastinya hati-hati mereka ini akan segera ingat pada penciptanya.

Firman Allah S.W.T:

"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan kamu seperti orang-orang yang melupakan dirinya sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik".(Surah al-Hasyr: 19)



Rasanya itu saja kisah yang dapat saya kongsikan pada entry kali ini. Ingatan ini juga ditujukan kepada diri saya yang lemah ini dan tak lupa juga untuk rakan-rakan seperjuangan. semoga bulan Ramadhan ini dapat dijadikan sebagai satu medium untuk mengubah diri kita kepada yang lebih baik. Insyaallah..

Saturday, August 7, 2010

Budi Bahasa???

Assalamulaikum semua..

Entry saya pada kali ini diharapkan dapat membuka mata dan minda seluruh masyarakat. Rasanya peristiwa yang berlaku pada diri saya pada hari jumaat yang lalu dapat menjadi iktibar kepada kita semua..

Semalam iaitu pada hari jumaat bersamaan 6 Ogos 2010, seusai kuliah kami pada jam 11 pagi, saya dan 2 orang rakan telah ke suatu tempat(rasanya tidak perlulah dinyatakan dimana tempatnya, takut-takut mengaibkan pula) untuk membeli tiket bas ekspres untuk pulang ke kampung. Masuk sahaja di kedai tersebut, saya segera bertanya kepada seorang kakak(atau mungkin saya lagi tua dari dia)yang ada di kaunter:

"kak, nak beli tiket bas kat sini ye..?"

"Ni ha dik dah tulis kat papan tanda ni, kaunter tiket bas pergi kat sebelah sana tu ha"

Ok fine. Memang ada sehelai kertas yang di laminate bersaiz A4 menunjukkan arah membeli tiket bas digantung di atas kaunter tadi. Lalu saya pun melangkah ke kaunter tiket bas yang dimaksudkan. Sedang melangkah tu, dengar bising-bising suara kakak-kakak tadi. Pot pet pot pet. Entah apa yang dikecohkan. Tup-tup saya dengar..

"Hape da..bukan main besar orang letak sign board tuh, RABON ke apa???"

Fuh... Awal-awal tadi pun, bila kena perli dengan kakak tu, saya boleh rilek lagi. Tapi kali ini, dah lebih rasanya..Sakitnya hatiku..rasa menggigil satu badan melihatkan kebiadaban dan kekurangajaran hamba Allah yang satu ini....

Huh. Ke mana hilangnya budi bahasa kalian? Salahkah saya yang cuma bertanya dimana harus saya membeli tiket bas??? Susah sangatkah nak menjawab pertanyaan saya tadi?? Sibuk sangatkah mereka nak melayan pelanggan-pelanggan di kaunter tu??(padahal sewaktu saya masuk tu nampak mereka seronok je tengah berborak-borak macam takda kerja pun). Usaha kebangsaan untuk melahirkan masyrakat berbudi bahasa melalui slogan 'Budi Bahasa Budaya Kita' ternyata masih gagal lagi.



Haih sedihnya..ikutkan rasa hati macam takda mood dah nak beli tiket kat situ, tapi nanti tak balik pula saya ke kampung.huhu.

Setelah mendapatkan tiket dan dalam keadaan hati yang tengah sebal tu, saya terus melangkah keluar dari kedai tersebut dan sempat jugalah menjeling ke arah kakak di kaunter tadi, niat dihati bukan apa, saja nak membuatkan mereka rasa bersalah dan untuk menunjukkan rasa tidak senang hati saya dengan sikap dan layanan mereka terhadap saya sebentar tadi. Mujur ada 2 orang rakan bersama saya iaitu Gee dan Timah, mereka ini la yang menenangkan hatiku yang bengkak ni. huhu.

Wahai manusia-manusia yang masih hidup kat atas muka bumi Allah ni..terutama bagi mereka-mereka yang perlu berurusan dengan manusia pelbagai lapisan masyarakat saban hari, kalian perlu sedar bahawa budi bahasa sangat penting dalam kehidupan seharian. Ikhlas dan lapangkanlah hati kalian untuk melayan pelbagai karenah-karenah manusia saban hari. Tidak salah bukan jika kita bersopan dan berbudi bahsa, malahan sikap itu dapat melahirkan satu suasana yang harmoni tanpa ada lahirnya rasa sakit hati atau menyakitkan hati. Perkara-perkara yang kecil dan remeh tidak perlulah dikecoh-kecohkan. Sehinggakan pelanggan yang ingin bertanya tempat untuk membeli tiket bas pun sudah menjadi satu isu besar buat kalian...



Baiklah..rasanya itu saja luahan hati saya pada entry kali ini. Assignment-assignment saya sudah merengek-rengek minta dibelai. Diharapkan semoga teguran ini sedikit sebanyak dapat memuhasabahkan diri kita semua...

Wallahualam..