Friday, July 30, 2010

1 semester 9 subjek~

Assalamualaikum semua...^_^

Ok..dah 2 minggu lebih rasanya tak update2 blog nih..maklumlah..busy..;p anda nak tau sebab apa...? meh sini saya bgtau..



Haa..inila sebabnya...
Alhamdulilah..semalam saya baru sahaja selesai mengesahkan pendaftaran subjek untuk semester ini..selepas ditambah tolak campur darab bahagi semua...ini la dia hasilnya..9 subjek diambil utk semester pertama tahun akhir ini,iaitu sebanyak 20 jam kredit,dan makanya ada 9 papers lah yang saya akan duduki semasa final exam nanti..lebih kurang je dengan semester lepas..(sem lepas 8 subjek)huhu.

Itu belum ditambah dengan Projek Tahun Akhir iaitu tesis lagi..ish3...



Doa dan harapan..semoga saya dan rakan-rakan bejaya menempuh semester ini dengan cool dan jayanya..^_^ (jika ada masalah peribadi,sila tolak ketepi ya..haha)
Ayuh!!Semangat2!!hehe.

Oklah..sekian sahaja entry ringkas dari saya..jumpa lagi nanti ya..assalamualaikum..^_^

Thursday, July 15, 2010

Praktikal BerAKHIR..Semester Baru BerMULA..

Assalamualaikum kepada pembaca semua...^_^

Alhamdulilah..saya baru saja menamatkan latihan industri pada hari jumaat yang lalu. Dalam masa yang singkat iaitu selama lebih kurang 9 minggu, pelbagai ilmu yang telah kami pelajari dari mentor-mentor kami di sana. Apabila tamatnya praktikal, barulah saya sedari betapa pentingnya mempunyai kemahiran untuk bekerja di dalam satu kumpulan. Satu perkara yang selalu ditekankan oleh mentor saya ialah "team work" ataupun bekerja secara berkumpulan. Dalam suatu projek eksplorasi minyak contohnya, seseorang 'geologist' saling bergantung kepada 'geophysicist', 'petrophysicist' dan juga 'reservoir engineer' untuk mencapai matlamat yang sama iaitu untuk mencari lokasi minyak. Setiap individu pula mempunyai tugas dan kepakaran dalam bidang masing-masing yang akan saling melengkapi antara satu sama lain. Kejayaan/kegagalan bagi sesuatu perkara itu pula merupakan kejayaan bersama ahli kumpulan dan bukan kejayaan/kegagalan individu.


Sekadar untuk berkongsi pengalaman, pada 2 minggu sebelum praktikal berakhir, kami telah berhempas-pulas membuat persediaan bagi pembentangan akhir projek kumpulan. Sehinggakan ada hari-hari tertentu yang kami tidak turun kafe untuk makan tengahari. Kadang-kadang terpaksa pula kami stay di pejabat sehingga pukul 6 p.m, 6.30 p.m,dan kadang-kadang sampai pukul 8.15p.m pun ada. Wah...begitu berdedikasi bukan? hehe..


Dipendekkan cerita, setelah berakhirnya pembentangan dihadapan mentor-mentor kami dan juga dihadapan ketua 'Exploration and Business Department' iaitu Lawrence, kami semua berasa tersangat lega dan gembira apabila mendapat pujian menggunung(yang rasanya tak berapa layak pun untuk kami ni,huhu) daripada beberapa staf di situ termasuklah daripada Lawrence sendiri. Syukurlah..sekurang-kurangnya penat lelah kami semua berbaloi juga...^_^ Kegembiraan kami selepas itu disusuli pula dengan program membeli-belah cenderemata untuk mentor-mentor di KLCC!hehe.

Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada mentor-mentor kami iaitu Supian Suntek, Wong Sook Chen, Poh Kwong Wee dan Mohamad Marzuki (Pak Marzuki) dan tak lupa juga kepada mentor-mentor dari kumpulan lain iaitu Anwar Khan, Stanley, Adrian dan Peter Chu. Jasa dan tunjuk ajar kalian sangat kami hargai..

















Apabila tamatnya latihan industri pada hari Jumaat yang lalu, sisa cuti semester ketika itu masih lagi berbaki 2 hari. Lalu, pada malam jumaat tersebut saya telah bertolak ke Melaka menaiki bas untuk mengemas barang-barang yang perlu dibawa pulang ke kolej. Esoknya, iaitu pada pagi hari sabtu, kedua ibu bapa dan juga abang saya telah menghantar saya ke UM dengan selamatnya...

Tapi selepas saja sesi pungah-memunggah barang dari kereta ke bilik, saya kemudiannya telah mengambil keputusan mengejut untuk mengikut kedua ibu bapa dan abang saya pulang ke kampung ibu mertuanya di Pekan, Pahang. Tindakan ini diambil gara-gara masih tidak puas bercuti dan belum ada mood nak masuk UM lagi..huhuhu..

Tapi apa-apa pun, di Pekan memang best. Maklumlah tengah musim durian..Mertua abang saya nie pula memang mempunyai dusun durian, jadi puaslah kami menikmati durian kat sana. Tak cukup itu saja, beberapa guni durian juga turut dibekalkan oleh mertua abang saya untuk dibawa pulang ke Melaka. Selepas semalaman bercuti di Pekan, esoknya iaitu pada hari ahad, saya telah kembali semula ke UM dan terpaksa menerima kenyataan yang semester baru benar-benar akan bermula pada esok hari...huhu..(sabar jela..)

Ok..praktikal sudah..cuti sudah..dan semester baru pun sudah 4 hari bermula.Hurm..pejam celik pejam celik, sudah hampir seminggu semester 1, sesi 2010/2011 bermula. Setakat ini semua urusan di universiti masih berjalan dengan lancar. Diharapkan saya dan rakan-rakan seperjuangan semua dapat meneruskan usaha dan lakukan yang terbaik untuk semester ini. Insyaallah..^_^

Baiklah..itu saja celoteh untuk entry kali nie..nanti-nanti jumpa lagi ya!Assalamualaikum...^_^