Wednesday, June 2, 2010

Ya Allah,selamatkan saudara kami..

Assalamualaikum kepada pembaca semua..

Alhamdulilah minggu ini sudah masuk minggu keempat saya menjalani latihan industri di Talisman Energy Inc. Bebanan tanggungjawab tidak dapat dinafikan semakin hari semakin bertambah. Di dalam kesibukan ini diharapkan hati ini tidak akan lupa untuk mengingati segala nikmat-nikmat yang dikurniakan olehNya kepada diri yang lemah ini. Peluang untuk menjalani latihan industri ini juga merupakan satu nikmat yang dikurniakan olehNya, tanpa izinnya tidak mungkin saya bisa berada ditahap sekarang ini. Kepada rakan-rakan lain yang masih menunggu peluang/tempat untuk LI diharap dapat bersabar,teruskan berusaha dan banyakkan berdoa, besar kemungkinan peluang kalian kelak lebih baik,bagus dan cerah berbanding kami empat orang ini..wallahualam..siapa tahu kan...?^_^

Sudah cukup rasanya cerita tentang LI. Kali ini teringin sekali rasanya mahu meluahkan hati dan perasaan saya terhadap peristiwa serangan tentera israel ke atas kapal bantuan ke Gaza pada Isnin lalu yang mengakibatkan 9 orang terbunuh. Sedih mengenangkan peristiwa yang berlaku. Terasa hati ini makin meluat dengan sikap musuh islam yang tidak berperikemanusiaan itu. Sudahlah rakyat Palestin yang tidak berdosa ditindas, manusia-manusia yang ingin menghulurkan bantuan kepada mereka yang ditindas juga dianiaya!

Para pembaca sekalian, biarpun ada sesetengah pihak yang beranggapan boikot tidak akan bisa memberi kesan kepada ekonomi bangsa musuh islam itu, tetapi masih adakah minat anda pada produk-produk barangan keluaran mereka setelah menyaksikan kekejaman manusia berhati kering itu kepada saudara-saudaramu?masih berminatkah anda untuk menggunakan produk-produk keluaran israel ini?masih adakah selera anda untuk menikmati hidangan makanan keluaran musuh islam ini?Mc'd?Coca Cola?Nescafe?Maggi?







Renung-renungkanlah..Ingatan ini juga adalah ditujukan kepada diri saya yang jahil ini. Untuk makluman pembaca sekalian, saya juga dahulu kurang peka dengan perkara ini. Tetapi lama kelamaan saya sudah makin faham kenapa perlunya kita bertegas memboikot produk-produk keluaran musuh islam ini.

"Ya Allah ya tuhan kami, selamatkanlah saudara-saudara kami di bumi Palestin dan Kau tabahkanlah hati-hati mereka menghadapi segala dugaan dan ujian yang Kau berikan.."

Sekian saja untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi di post yang akan datang..Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment