Sunday, June 13, 2010

Makan Makan dan Makan

Assalamualaikum kepada pembaca semua...^_^

Ah..hari ahad sudah hampir berlalu! Makanya ini bermakna seperti biasa esok kenalah saya bangun awal-awal pagi untuk bersiap ke tempat kerja. Semangat-semangat..hehe..
Cuti semester kali ini sudah hampir 5 minggu berlalu. Maklum sajalah, bila cuti-cuti nie banyak saja dugaannya. Dugaan yang agak berat kali ini ialah tentang M.A.K.A.N....

Untuk pengetahuan pembaca, saya kini menetap di rumah keluarga kakak saya. Nak dijadikan cerita, kakak saya ini pula merupakan seorang suri rumah yang agak berjaya!hehe. Beliau bolehlah dikatakan minat dalam bidang masak-memasak ini. Katakanlah apa saja, roti, kek, coklat, cookies, biskut raya mahupun pelbagai jenis makanan berat, seperti nasi kerabu, nasi beriani, nasi udang, laksa, mee bandung, mee kari, nasi ayam dan macam-macam lagilah, semuanya dihujung jari beliau saja! Syukur alhamdulilah..dikurniakan seorang kakak yang pandai memasak, bolehla saya menumpang belajar memasak dengan beliau.hehe.jadi, apa masalahnya saya sekarang ini?

Huhu. Masalahnya tidak lain tidak bukan lah, bila sudah tinggal sebumbung dengan kakak yang pandai memasak, setiap hari menu masakan beliau pastinya LAZAT-LAZAT dan MENYELERAKAN lalu menyebabkan saya akan makan dengan AGAK banyak....haish.....T_T
Bila sudah makan banyak...kesannya anda semua sedia maklum bukan....T_T






[Gambar sekadar hiasan..]

Tapi tidak mengapalah...cepatlah cuti semester ini berakhir...semoga bila diri ini sudah sibuk dengan pelbagai tugasan, kuliah, tesis, pembentangan, isu makan berlebihan ini dapatlah saya selesaikan..huhu..

Baiklah, rasanya itu saja cerita untuk entry saya kali ini. Kena tidur awal malam ini sebab esok kerja!ayuh!semangat2!^_^

Wednesday, June 2, 2010

Ya Allah,selamatkan saudara kami..

Assalamualaikum kepada pembaca semua..

Alhamdulilah minggu ini sudah masuk minggu keempat saya menjalani latihan industri di Talisman Energy Inc. Bebanan tanggungjawab tidak dapat dinafikan semakin hari semakin bertambah. Di dalam kesibukan ini diharapkan hati ini tidak akan lupa untuk mengingati segala nikmat-nikmat yang dikurniakan olehNya kepada diri yang lemah ini. Peluang untuk menjalani latihan industri ini juga merupakan satu nikmat yang dikurniakan olehNya, tanpa izinnya tidak mungkin saya bisa berada ditahap sekarang ini. Kepada rakan-rakan lain yang masih menunggu peluang/tempat untuk LI diharap dapat bersabar,teruskan berusaha dan banyakkan berdoa, besar kemungkinan peluang kalian kelak lebih baik,bagus dan cerah berbanding kami empat orang ini..wallahualam..siapa tahu kan...?^_^

Sudah cukup rasanya cerita tentang LI. Kali ini teringin sekali rasanya mahu meluahkan hati dan perasaan saya terhadap peristiwa serangan tentera israel ke atas kapal bantuan ke Gaza pada Isnin lalu yang mengakibatkan 9 orang terbunuh. Sedih mengenangkan peristiwa yang berlaku. Terasa hati ini makin meluat dengan sikap musuh islam yang tidak berperikemanusiaan itu. Sudahlah rakyat Palestin yang tidak berdosa ditindas, manusia-manusia yang ingin menghulurkan bantuan kepada mereka yang ditindas juga dianiaya!

Para pembaca sekalian, biarpun ada sesetengah pihak yang beranggapan boikot tidak akan bisa memberi kesan kepada ekonomi bangsa musuh islam itu, tetapi masih adakah minat anda pada produk-produk barangan keluaran mereka setelah menyaksikan kekejaman manusia berhati kering itu kepada saudara-saudaramu?masih berminatkah anda untuk menggunakan produk-produk keluaran israel ini?masih adakah selera anda untuk menikmati hidangan makanan keluaran musuh islam ini?Mc'd?Coca Cola?Nescafe?Maggi?







Renung-renungkanlah..Ingatan ini juga adalah ditujukan kepada diri saya yang jahil ini. Untuk makluman pembaca sekalian, saya juga dahulu kurang peka dengan perkara ini. Tetapi lama kelamaan saya sudah makin faham kenapa perlunya kita bertegas memboikot produk-produk keluaran musuh islam ini.

"Ya Allah ya tuhan kami, selamatkanlah saudara-saudara kami di bumi Palestin dan Kau tabahkanlah hati-hati mereka menghadapi segala dugaan dan ujian yang Kau berikan.."

Sekian saja untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi di post yang akan datang..Assalamualaikum..