Sunday, January 8, 2012

Training in Miri

Assalamualaikum.

Alhamdulilah saya sudah selamat sampai di Miri kira-kira jam 7 lebih tadi. Sekarang perlu bermalam di sebuah hotel di tempat asing seorang diri. Apa yang penting. BE strong & enjoy the moment:-)

Beg yang dibawa untuk bekalan 5 hari. Itu pun dah kena perli ngan dak syafiq "aih takde beg kecik lagi ke" wahaha sukahati den lah! :-P



p/s: Baru Miri je kot..:-)


Sunday, January 1, 2012

Tahun Dan Umur Baru

Assalamualaikum.

Selamat tahun baru semua. Syukur kita semua masih diberi peluang untuk menghirup udara milik Allah ini. Apabila dikenang-kenang kembali beberapa kenangan yang telah dilalui sepanjang 2011 yang lalu, memang terasa singkat. Lebih-lebih lagi, tahun-tahun yang lalu, kehidupan saya telah disibukkan dengan aktiviti sebagai seorang pelajar. Maka masa yang berlalu itu mungkin tidak terasa sangat sehinggalah pada tahap ini, iaitu pada tahun ini, setelah saya dengan rasminya tidak lagi bergelar seorang pelajar, saya mula tersentak. Diam tak diam umur pada tahun ini bakal menginjak ke angka 24. Subhanallah. 24? Dengan umur sebanyak ini tidak hairanlah setakat ini saya sudah menerima beberapa  jemputan perkahwinan dari rakan-rakan sebaya. Tahniah kawan-kawan. 

Dan saya? Mungkin masih seperti dulu. Atau mungkin juga sudah banyak berubah. Apa yang pasti, semua orang sentiasa mahu berubah ke arah yang lebih baik. Semoga Allah permudahkan. 

Hurm. Tak banyak yang mahu diceritakan. Memandangkan hati ada sedikit sayu apabila sudah menginjak ke tahun baru ini dan juga memandangkan barang-barang masih banyak sangat yang belum dipacking lagi. Semangat entah ke mana menghilang. Tak mengapa. Lupakan. Mungkin tidur adalah jalan penyelesaian.. 

Sekian. Assalamualaikum. 

p/s : 3 tahun itu tidak lama bukan?