Monday, February 28, 2011

Permata Yang Dicari

Hadirnya tanpa kusedari

Menggamit kasih cinta bersemi

Hadir cinta insan padaku ini

Anugerah kurniaan Ilahi



Lembut tutur bicaranya 

Menarik hatiku untuk mendekatinya

Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini



Ya Allah

Jika dia benar untukku

Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu



Dialah permata yang dicari

Selama ini baru kutemui

Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu



Ya Allah 

Engkaulah tempat kubergantung harapanku

Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Munsyid : De Hearty
Lagu : Fahmi
Lirik : Nurul Uyun Abdul Aziz 

Sunday, February 27, 2011

Selamat Hari Lahir Bangah

Assalamualaikumwarahmatullah..

2 Mac 2011 iaitu bersamaan dengan hari rabu minggu depan merupakan hari lahir abang pertama saya. Oleh itu kami sekeluarga pun telah mengadakan sidikit jamuan makan di rumah kami semalam memandangkan semalam merupakan hari sabtu dan semua ahli keluarga pun ada berkumpul. Mula-mula rancang nak buat pada waktu malam, tapi atas sebab-sebab tertentu kami tukar plan untuk buat pada pukul 5 petang. Menu masakan?  Macam-macam ada...Daging kambing, ayam, ikan kembung panggang, lauk daging dan rebung masak lemak cili padi, kuih bingka ubi, wadeh, tau fu fa dan 'fruit punch'. Proses penyediaan makanan termasuk memerap daging ayam, kambing dan ikan bermula seawal lebih kurang jam 8 pagi. Ini dia hasil ramuan rempah-rempah yang telah siap untuk memerap daging kambing, ayam dan ikan.

Perap selama beberapa jam dalam peti ais



Proses memanggang bermula



Tukang memanggang ini ialah abg alin dan 'birthday boy' .hehe.



Oppps..ini bukan bbq ye. Itu datuk tengah bakar sampahla..hehe =)

Tu dia..zaman sekarang pakai kipas elektrik je 


Ini ialah tau fu fa yang dimasak oleh kak long. Rupa dia memang nampak tak berapa cantik sebab saya cedok pakai sudu jadi dia hancur sedikit, sepatutnya kalau nak bagi tak hancur kene guna senduk. Dalam gambar nie abg alin pegi letak ais nak bagi sejuk.
 Kalau mahu resepi dia sila ke blog kak long saya. Sodap tak terkata..=)

Ini ialah gambar wadeh yang sempat saya ambil, sebenarnya ada banyak lagi tapi dah selamat masuk dalam perut. Ini juga dibuat oleh kak long. 
Tapi yang membentukkannye ialah mak, saya dan kak nurul. 
Tu yang macam-macam saiz ada tu. Hehe. 

Oh ini ialah kuih bingka ubi. Mak yang buat, sodap woo..

Ehem ehem ehem...Fruit Punch...Ini saya yang buat ok!=)

Baiklah itu saja untuk kali ini. Assalamualaikum semua!^_^




Tuesday, February 8, 2011

'Header' dari Eiyra

Assalamualaikum semua..wah sudah lama rasa tidak online, bukan apa, gara-gara cuai, saya dengan semangatnya telah menyiapkan barang-barang untuk dibawa pulang ke UM setelah bercuti selama seminggu di rumah, lalu dengan tidak sengaja telah mengabaikan charger laptop. Itu bermakna, saya telah pulang ke UM semalam dengan laptop tanpa charger, aish...sudahlah segala nota dan assignment semuanya dalam tue..bingung jugak sebentar kepala dibuatnya.. Tapi alhamdulilah.. semua masalah ada jalan penyelesaian kan? Jadi sementara ini saya terpaksalah pinjam notebook seorang junior di floor kolej saya nie..(bukan buli ya,hehe). Niat hati pinjam nie untuk buat nota, tapi curi masa sikit update blog memandangkan ada seorang sahabat yang sangat baik hati telah membuat header yang bagi saya sangat amat cantik!terima kasih banyak yerr eiyra..=)
Oh ye, ayah saya pun sudah postkan charger tersebut menggunakan pos laju, insyaallah dijangka esok sampaila charger tu ke UM.

Ini dia header yang saya maksudkan..

Untuk makluman, saya sebenar memang tidak tahu menahu tentang header ini, tak pernah try explore lagi macam mana cara nak buat header ini. Cik eiyra pula dengan baik hati telah menwarkan diri untuk buat header special untuk blog saya yang tak seberapa nie..hehe.Terima Kasih lagi! =) (senyum sampai telinga nie,hehe)

Semoga dengan kehadiran header ini, diharap akan menambah seri lagi di blog saya ini. Baiklah, setakat itu saja untuk kali ini, saya perlu kembali fokus pada nota-nota lecture, Assalamualaikum...:)

to eiyra:time kasih yek!kte suke header yang eiyra buatkan tue!!^_^